Mengajar anak membaca adalah perkara subjektif bagi setiap ibu bapa. Tambahan lagi, kini banyak teknik dan metod yang diperkenalkan dan boleh dipilih untuk mengajar anak membaca. Berbanding zaman dahulu, hanya satu kaedah digunakan A /a/, B.A. ba, C.A. ca.. Untuk mengajar al-Qur'an, ia perlu dieja satu persatu. Alif di atas aa, ba diatas ba dan seterusnya. Kaedah dahulu sangat jarang digunakan kini. Antara kaedah yang popular sekarang ialah kaedah fonetik (bunyi huruf) dan whole word (mengenal dan mengecam perkataan).
Dalam kaedah fonetik A dibunyikan sebagai /a/(aaa), B sebagai /b/ (beh), C sebagai /c/ (ceh atau keh jika Bahasa Inggeris). Manakala dalam kaedah whole word pula, kanak-kanak diajar mengecam bentuk perkataan dan dengan cara itu mereka dapat membaca dengan lebih cepat, tanpa perlu mengeja satu-persatu.
Kaedah whole word ini digunakan dalam beberapa kaedah mengaji al-Quran seperti Iqra’. Kaedah Furqan menggunakan kedua-dua fonetik dan whole word. Anak-anak tidak diajar mengeja ‘alif fathah aaa, alif kasrah iiii, alih dhommah uuu’ sebaliknya alif berbaris atas terus dikenali sebagai /aaa. Baru-baru ini juga, Islamic Parenting Network mengambil inisiatif dengan mengeluarkan perkataan yang biasa dibaca dan disebut didalam al-Qur'an. Inisiatif ini diambil daripada kaedah wholeword bagi memudahkan anak membaca Qur'an tanpa mengeja perkataan tersebut.
Walaubagaimanapun, apa sahaja kaedah yang digunakan, ia perlu sesuai dengan kemampuan anak kerana setiap anak mempunyai kelebihan dan potensi yang tersendiri. Oleh itu, ibubapa perlu bijak memilih supaya anak tidak rasa terbeban dan stress dek kerana ingin membaca seawal usia yang boleh. Mungkin ada yang sesuai menggunakan cara lama; Mukaddam berbanding kaedah yang ada dipasaran sekarang, Iqra’, Qiraati, Huffaz, al-Bayan, Baghdadi, Furqon, dan sebagainya. Perkara yang sangat penting, ibubapa selesa dengan apa yang digunakan dan anak happy belajar bersama-sama.
Jika anda sedang mencari kaedah fonetik untuk mengajar anak membaca al-
Qur'an, boleh dapatkan disini: https://m.facebook.com/MyBabyCanRead
Jika anda ingin mencari kaedah wholeword membaca al-Qur'an, boleh print dan manfaatkan ia disini: album flashcard frequent word in al-Qur'an
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)