Showing posts with label Ajar Bayi Cepat Membaca Sebelum 3 tahun. Show all posts
Showing posts with label Ajar Bayi Cepat Membaca Sebelum 3 tahun. Show all posts

Wednesday, January 20, 2016

Anda Mencari Alat Bantu Ajar Qur'an Yang Mesra Bayi?

Posted by tenangnow | 0 comments
Jika anda masih mencari bahan yang boleh membantu anda untuk mengajar Qur'an yang

mesra bayi,
boleh dibawa ke mana-mana, dalam kereta, atas katil, di playground, sambil duduk dalam stroller, ringan,
mudah disimpan dalam beg,
boleh digigit,
boleh dibasuh,
selamat untuk digigit,
tidak mudah koyak,
tahan lasak,
tahan lama,
warna warni




Wednesday, September 2, 2015

Kaedah Fonetik atau Whole Word untuk Anak Cepat Membaca

Posted by tenangnow | 1 comments

Mengajar anak membaca adalah perkara subjektif bagi setiap ibu bapa. Tambahan lagi, kini banyak teknik dan metod yang diperkenalkan dan boleh dipilih untuk mengajar anak membaca. Berbanding zaman dahulu, hanya satu kaedah digunakan A /a/, B.A. ba, C.A. ca.. Untuk mengajar al-Qur'an, ia perlu dieja satu persatu. Alif di atas aa, ba diatas ba dan seterusnya. Kaedah dahulu sangat jarang digunakan kini. Antara kaedah yang popular sekarang ialah kaedah fonetik (bunyi huruf) dan whole word (mengenal dan mengecam perkataan).

Dalam kaedah fonetik A dibunyikan sebagai /a/(aaa), B sebagai /b/ (beh), C sebagai /c/ (ceh atau keh jika Bahasa Inggeris). Manakala dalam kaedah whole word pula, kanak-kanak diajar mengecam bentuk perkataan dan dengan cara itu mereka dapat membaca dengan lebih cepat, tanpa perlu mengeja satu-persatu.

Kaedah whole word ini digunakan dalam beberapa kaedah mengaji al-Quran seperti Iqra’. Kaedah Furqan menggunakan kedua-dua fonetik dan whole word. Anak-anak tidak diajar mengeja ‘alif fathah aaa, alif kasrah iiii, alih dhommah uuu’ sebaliknya alif berbaris atas terus dikenali sebagai /aaa. Baru-baru ini juga, Islamic Parenting Network mengambil inisiatif dengan mengeluarkan perkataan yang biasa dibaca dan disebut didalam al-Qur'an. Inisiatif ini diambil daripada kaedah wholeword bagi memudahkan anak membaca Qur'an tanpa mengeja perkataan tersebut.



Walaubagaimanapun, apa sahaja kaedah yang digunakan, ia perlu sesuai dengan kemampuan anak kerana setiap anak mempunyai kelebihan dan potensi yang tersendiri. Oleh itu, ibubapa perlu bijak memilih supaya anak tidak rasa terbeban dan stress dek kerana ingin membaca seawal usia yang boleh. Mungkin ada yang sesuai menggunakan cara lama; Mukaddam berbanding kaedah yang ada dipasaran sekarang, Iqra’,  Qiraati,  Huffaz,  al-Bayan, Baghdadi, Furqon, dan sebagainya. Perkara yang sangat penting, ibubapa selesa dengan apa yang digunakan dan anak happy belajar bersama-sama.

Jika anda sedang mencari kaedah fonetik untuk mengajar anak membaca al-
Qur'an, boleh dapatkan disini: https://m.facebook.com/MyBabyCanRead

Jika anda ingin mencari kaedah wholeword membaca al-Qur'an, boleh print dan manfaatkan ia disini: album flashcard frequent word in al-Qur'an




Tuesday, May 24, 2011

Hayya bil 'Arabiah!!

Posted by tenangnow | 1 comments
Hayya bil 'Arabiah!! Jom kita sama-sama ajar nasyid bahasa arabb..yeayyy!!!

Di bawah ini adalah salah satu video yang mommy boleh download dan dengarkan pada baby...rentak dia seronok dan mommy boleh belajar sekali kan...belajar huruf hijaiyah first step untuk belajar quran...

Umi ada codekan sekali "lirik" dia dan maksud sekali supaya mommy boleh nasyid sekali, baru best!! tapi maknanya lebih kurang je lah ye..as long as mommy  faham apa yang diajar dan nyanyikan....
I LIKE IT! Jom ajar baby huruf hijaiyyah!!


alif - ya....
hazihi huruful hija' (ini huruf hija')

alifun arnab yajri yal'ab ya'kuluhu jazaran kaila yal'ab
ba 'un battah nattot nattoh waqa'at dohakat min hal qittah
ta un taj fauqa ras' fi hi zahab wa fi hi mass
tha un tha'lab tho da dajajah huwa makir waktal hajah

jim mun  jamalun fis sahra' mithla safinah fauqal ma'
ha un hajjun asma rahgbah fi hi tawafun haulal ka'abah
kho un khubjun 'indal bai' la ya'kuluhu illah jai' (ni part yang umi paling suka!!)
dal un dikk hasasun saut qama yuazzinu fauqal bait

dzal un dzikbun wahsun solbun ya yurhibuhu illa al-kalb
ra un rajulun arafat dina fahuwa saduuqun wahuwa amin
zai un zahrah asfaruhu ahmar hiya bi 'aini ahlaaman dharr
sin un saah tahfazu waqti fi madrasati au fil baiti

sinn un syams sun uqdik fiha diqq wa fi ha an-nurr
dhad un soiq alqasshabakah ba'da kolilin soodashabakah
dho un dhabit yahmi watoni yahfazu 'amni yar'aa sakani
tha un thiflun ajmalu thiflin fahuwa nazifun hasanuss shaklih

zo un zifrunazzofnah thola qalilan faqosasnah
ain un ainan takhsallah takhsu ghoiran fi hi ridha
ghain un gharr gharrun hira' fihi unzilal qur'an
fa un fil zu aan yarr wahuwa sodiqun ya ashab
qof un qamarun fihi manalun wamawaqitun tahdi sail
kaf un kalbun 'aasya jiwari yahrusu ghanami yahrusu dari

lam un lahmun yanmu jismi yaksu 'azmi fihi asmah
mim un masjid baitullah fi hi uaddihi kullassolah
nun un nahrun nairun nail fahuwa kareemun ghairu bakhil
ha un haromun aalil himmah wabiurun zul himmah 
waw un wajhun lil insan fihi nuurun bil iman
ya un yaddun tarsumu zahrah tubdi'u syakhlan tuzhiru fikrah..



*mencabar jugak nk code ikut rumi ni..senang lagi klu arab...takpelah..at least mommy sume dapat clear baca n ikut skli nasyid...

Saturday, May 7, 2011

Bahasa Arab atau English?

Posted by tenangnow | 0 comments
Sebelum ini, umi pernah menyentuh tentang prioriti mengajar al-Quran berbanding ilmu yang lain..begitu juga dengan topik pada kali ini..ia berkait rapat dengan perbincangan lalu....mungkin ia penekanan dan memberikan keyakinan kepada mommy dan umi sendiri untuk mengajar bahasa arab atau al-Quran terlebih dahulu berbanding English atau ilmu yang lain..tapi kenapa?


Abul Hasan al-Mawardi mengingatkan kepada kita tentang pentingnya mengajar bahasa Arab kepada anak:

Apabila seorang anak sudah mencapai usia pendidikan, maka sudah sepatutnya dimulai dengan mengajar al-Quran bersamaaan dengan bahasa Arab. Sebab, Allah menurunkan al-Quran dengan menggunakan bahasa Arab, menjelaskan syariat dan pelbagai kewajiban dalam agama dengan bahasa Arab. Dengan bahasa Arab juga, Rasulullah s.a.w. menjelaskan sunnah-sunnah beliau. Kitab agama, hikmah, serius, humor juga ditulis dalam bahasa Arab. Surat-surat dan pelbagai dokumen yang Allah jadikan sebagai piagam juga ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu, anak-anak ini harus mempelajarinya. Sebab kalau tidak, dia akan menjadi orang yang tidak mengerti tentang urusan agama.

Di samping itu, bahasa Arab memiliki pelbagai kelebihan yang tidak dimililki oleh bahasa lain dari segi kefasihan, sastera, kemewahan dalam pengucapan, keelokan dalam pengucapan, pendengaran, kekayaan kosakata, pengimbangan harakat, keseimbangan jumlah huruf dalam kata. Keutamaan lainnya kalau suatu bahasa yang dipelajari sebagai suatu keindahan, maka bahasa Arab adalah bahasa yang paling sesuai. Oleh kerana itu, para non-Arab mempelajarinya dan menggunakannya di pesta-pesta dan urusan kenegaraan.

Bahasa Arab adalah kunci segala ilmu pengetahuan. Semakin luas daya penguasaan anak dalam bahasa Arab maka itu telah menjadi sarana baginya untuk mudah menguasai ilmu pengetahuan apa pun yang dipelajari. Rasululllah s.a.w. memerintahkan untuk mengajarkan anak bahasa ini dan memberi perhatian yang penuh terhadap pertumbuhan anak untuk menguasainya. Di antara besarnya perhatian beliau terhadap bahasa Arab, beliau menerima tebusan tawanan perang Badar dengan mengajarkan baca-tulis bahasa Arab untuk anak-anak kaum Muslimin. Setiap tawanan menebus dirinya sendiri dengan mengajar baca-tulis bahasa Arab kepada 10 orang anak sahabat. Begitulah situasi di mana Rasulullah sangat menitikberatkan dengan pendidikan bahasa Arab ini.


Dalam perjalanan hidup Imam Syafie ketika masih muda, beliau belajar bahasa Arab daripada kabilah-kabilah yang beliau singgahi. Oleh kerana itulah, Imam Syafie sangat fasih berbahasa Arab dan menjadi rujukan di kalangan para ulama dalam perkara bahasa Arab.

Ibnu Sina dalam kitabnya as-Siyasah mengatakan,  "Sepatutnya menghafazkan bait-bait rajaz, kemudian aqidah. Kerana periwayatan rajaz dan menghafalkannya lebih mudah.Sebab baitnya lebih singkat dan wazannya lebih ringan untuk memilih syair tentang keutamaan sastera, pujian terhadap ilmu pengetahuan, celaan terhadap kebodohan, nasihat untuk berbakti kepada ibubapa, berbuat kebajikan dan menjamu tetamu. Setelah anak hafal dan menguasai dasar-dasar bahasa Arab, silalah memilih cabang ilmu yang sesuai dengan bakat dan keterampilannya.

BELAJAR BAHASA ASING

Setelah anak berjaya menguasai bahasa Arab dengan baik dan menghafal beberapa bahagian dalam al-Quran dan hadis, maka tidak mengapa untuk mempelajari bahasa asing. Itu adalah untuk membangun generasi Muslim  dan mentransfer pengetahuan agar boleh dimanfaatkan oleh orang Islam lain. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pertama kali beliau tiba di Madinah setelah berhijrah dari Mekah.  Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Asakir dari Zaid bin Tsabit r.a:

Aku dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. setelah beliau tiba di Madinah. Mereka katakan, " Wahai Rasulullah, anak-anak ini dari Bani an-Najjar. Dia hafal tujuh belas surat yang diturunkan kepadamu." Alu pun membacanya kepada Rasulullah dan beliau merasa kagum. Beliau bersabda, "Hai Zaid, belajarlah bahasa Yahudi, kerana demi Allah, sesungguhnya aku tidak percaya orang Yahudi atas suratku." Aku pun mempelajarinya. Tidak sampai setengah bulan, aku sudah menguasainya. Aku yang menulis surat Rasulullah kalau beliau berkirim surat kepada mereka, dan aku juga yang menterjemahkan surat mereka untuk beliau.

Oleh kerana itu, umi merasakan kepentingan bahasa itu begitu memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi, akhlaq dan juga perkembangn minda anak-anak. Jika kita tak mampu untuk mengajar anak untuk mempelajari al-Quran dan bahasa Arab, maka mommy perlu berusaha untuk mencari guru yang terbaik malahan alat bantu mengajar yang sesuai dengan perkembangan anak-anak.


Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang sudah memiliki Little Reader ini, downloadlah file arabic yang terbaik dengan sebanyak yang mungkin supaya anak boleh menguasai bahasa Arab sebagaimana mereka menguasai English. Cari file yang menggunakan bahasa Arab fushah supaya sebutan mereka betul dan grammar yang digunakan juga bukan bahasa 'ammi (bahasa pasar)

Ini antara link yang mommy boleh search untuk download beberapa file yang menggunakan bahasa Arab fushah: http://www.youtube.com/user/SyrajArabicBooks
Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)