Tuesday, May 17, 2011

Bila sepatutnya mengajar anak?

Posted by tenangnow | 0 comments
Beberapa hari yang lalu, umi ada terbaca tentang pendidikan awal kanak-kanak di blog, (surirumahtangga.blogspot.) mengupas tentang 'bila sepatutnya mengajar anak?" Umi copy paste artikel tersebut untuk kita sama-sama berfikir dan boleh share idea..

*********************************

"Sebenarnya dua hari lepas, semasa menonton perbincangan dalam rancangan "Al-Nafs wal Hayah", Dr Tarek Habeeb, pakar psikologi Islam (berasaskan Islamisasi Ilm), ada menyebut tentang perkara ini. Namun penjelasan beliau berkaitan dengan memupuk kasih sayang. Beliau menegaskan bahawa "tidak boleh mengajar kanak-kanak membaca sebelum berumur 7 tahun, begitu juga tidak boleh menyuruh mereka menghafal quran dan ilmu-ilmu lain."

Ini kerana peringkat ini sepatutnya kanak-kanak diberikan sepenuh kasih sayang serta diberi sepenuh kebebasan untuk memiliki dan meluahkan perasaan kasih terhadap keluarga dan alam sekeliling mereka. Setelah berumur 7 tahun ajarlah apa-apa yang kita ingin ajar mereka. Bagi beliau terlalu cepat mengajar anak-anak akan menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi apabila besar nanti. Jadi saya teringat pelbagai kisah anak-anak genius di Malaysia yang ditimpa pelbagai masalah ketika besar. Mungkin itulah masalah yang diperkatakan oleh pakar psikologi itu. Begitulah sedikit idea beliau, yang banyak berasaskan sunnah Rasulullah s.a.w.

Jadi saya terfikir, rupa-rupanya ada juga orang lain yang berfikiran begini. Apakah yang sepatutnya kita amalkan? Maklumlah 2 orang anak saya dah belajar sebelum 7 tahun, ketika berada di Educare UIA, ikut sistem educare, manakala 2orang lagi agak lambat, ketika mereka masuk darjah satu. Memang ade perbezaan antara mereka. Teringat juga ketika berbincang dengan Dr Ulaahun (mengajar pendidikan anak-anak), beliau juga menegaskan agar kita memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak ketika berumur di bawah 7 tahun. Begitu juga tentang mendidik anak solat. Apabila membaca buku-buku ulama Arab, memang disebut agar mula mengajar ketika anak berumur 7 tahun. Kesemua mereka berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. : "Ajarkanlah anak-anakmu solat ketika berumur 7 tahun...". Di samping itu juga,saya juga terpengaruh dengan kata-kata Saidina Ali yang membahagikan pendidikan anak-anak kepada 3 bahagian, 7 tahun pertama diberi sepenuh kasih sayang, 7 tahun kedua didisiplinkan dan 7 tahun ketiga dijadikan kawan.".




***********************************


My 2 cents comment tentang artikel di atas:

Setiap ibu bapa mempunyai cara didikan anak yang tersendiri. Dengan teknologi moden yang ada kini, pelbagai cara dan metod yang digunakan untuk memberikan didikan dan pembelajaran kepada anak-anak, memandangkan dunia sekarang menyaksikan saingan anak-anak yang bijak dan "advance". Umi rasa ramai yang setuju dengan kenyataan ini...kalau dulu, mana ada exam di tadika, tapi sekarang sistem tadika juga perlu kepada peperiksaan. "kecik-kecik lagi dah tension dengan exam, umi rasa masa usia tu, umi masih seronok lagi dengan dunia kanak-kanak..bermain!!" hehe...dan sedikit sebanyak sistem juga menyebabkan ibubapa terpaksa mengambil inisiatif mengajar anak dengan lebih awal, kaaan??

Tentang perkara ini, wallahu'alam...umi sendiri tiada jawapan yang pasti..kita semua perlu belajar dari orang yang berpengalaman, belajar juga dari ibu mithali yang berjaya membentuk dan melahirkan anak yang soleh solehah musleh muslehah..tetapi pengalaman mereka itu sebagai guideline untuk kita mendidik anak mengikut rentak dan waqi' kita sendiri namun masih mengikut acuan Quran dan sunnah. Kepelbagaian cara mendidik itu terpulang kepada masing-masing asalkan acuan itu masih sama. Setiap anak yang dilahirkan tidak sama dengan yang lain, masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri...maka tiada salah jika kita menggunakan apa cara dan teknik sekalipun asalkan niat dan matlamat kita untuk mendidik anak sebagai ibadah dan amanah itu dipikul dengan sebaiknya. Usaha dan ikhtiar kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik itu insyaallah akan diganjari dengan pahala yang berlipatkali ganda insyaalllah..dengan doa dan munajat yang berterusan....

Oleh itu jika matlamat kita jelas, persoalan untuk mendidik anak pada usia yang paling awal lagi tidak timbul, bila mana pendidikan itu dengan penuh kasih sayang, seronok, gembira, happy happy go lucky, maka ia sama sekali tidak menjejaskan kebebasan anak untuk bermain dan mereka boleh menjelajah dunia kanak-kanak mereka secara ter"pimpin". Secara tidak langsung jugam jika kita mendidik mereka pada usia awla lagi, mereka akan terdedah dengan suasana/biah yang baik..contoh budaya membaca ( tak kira la buku ke, majalah, quran lebih-lebih lagi..kaan..?) then kita boleh mencipta permainan yang mendidik melalui interaksi dengan alam dan benda sekeliling mereka..so mereka pasti akan enjoy..makanya, ia pendidikan itu tidak terhad kepada pendidikan formal atau terlalu formal...;)




Last but not least, perkara yang sangat penting bagi ibubapa ialah "konsisten"..bagaimana nak menjadikan anak-anak kita ini konsisten "bijak" dan konsisten "cerdik"nya sehingga dewasa. Ada juga setengah kanak-kanak bijak pada usia awalnya tetapi berlaku kemunduran apabila mencecah usia sekolah menengah dan universiti. Pendeknya kita perlu memastikan mereka ini bijak dan cerdik di dunia dan bijak cerdik di akhirat.Umi pernah mendengar satu ungkapan.."ibubapa ini mendidik tetapi keputusan itu hanya mutlak di tangan Allah". Jika kita lihat di luar sana, tidak dinafikan ada ibubapa yang mendidik dan memberi yang terbaik kepada anak-anak, tetapi apakan daya, pendidikan anak itu berakhir dengan bukan sesuatu yang diharapkan...so anak ini adalah amanah Allah, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berikhtiar dengan sebaiknya berbekalkan doa dan tawakkal, insyaallah, semoga Allah sentiasa merahmati usaha kita semua..ameeen... fikir-fikirkanlah..



Monday, May 16, 2011

Kasih Sayang Dalam Mendidik

Posted by tenangnow | 0 comments
Bila kita sebut tentang kasih sayang, dari mana datangnya kasih dan sayang itu...tentunya ia satu soalan yang susah untuk dijawab..memang payah untuk kita jejak di mana sayang itu.

Umumnya mungkin kita boleh kata, sayang itu datang dari hati. tapi hati itu di sini..nak kata jantung, bukan juga... hakikatnya ia adalah satu perasaan halus yang ada dalam sanubari manusia. Rasa semulajadi yang mana boleh menyuntik rasa bahagia, tenang dan gembira. Inilah nikmat yang Allah beri, khususnya kita sebagai ibubapa..rasa kasih dan sayang itulah yang mendorong kita untuk mendidik dan membesarkan mereka dengan cara yang terbaik. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami seseorang yang tidak menyayangi anak-anak kecil dan tidak menghormati orang yang lebih tua." Oleh itu, daripada kata-kata yang pendek ini, kita boleh simpulkan kaedah yang paling berkesan dan efektif dalam pendidikan adalah pendekatan kasih sayang. Sebab kasih sayang memiliki daya tarikan yang sangat unik, mengubah jiwa yang keras kepada jiwa yang lembut...Jom kita tengok, apa kata survey tentang kasih sayang daripada perspecktif anak-anak kita:


  • "Kasih sayang ialah bila kita melakukan aktiviti bersama-sama." ~ Siraj (sewaktu berusia 7 tahun)
  • "Kasih sayang ialah apabila dua orang dewasa berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia selamanya."  (Syarif, 10 tahun)
  • "Bila kita kasih dan sayang kepada seseorang, kita mengambil berat tentang dirinya dan berkongsi apa jua dengannya." (Safi, 12 tahun)
  • "Saya merasa diri saya disayangi apabila Ayah atau Ummi memeluk atau memuji saya." (Alia, 15 tahun)
Begitulah apa yang anak-anak rasa tentang kasih sayang. Mereka mengaitkan kasih sayang itu dengan sesuatu perbuatan yang membuatkan mereka merasa seronok, gembira dan tenang. Apabila mereka mengalami dan cukup kasih dan sayang daripada ibu bapa, mereka mudah menerima sesuatu didikan dan pembelajaran, malah pembentukan emosi dan akhlaq juga mudah dibentuk. Perasaan benci atau marah jauh sekali ada jika kasih sayang ini menebal dalam jiwa ibu dan bapa kepada anak-anak. Malah sifat memberi maaf dan belajar untuk memaafkan kepada anak-anak menjadi satu tradisi kerana cabaran mendidik ini adalah suatu yang memerlukan kepada kesabaran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab dan amanah yang besar pada Allah....


Naluri kasih sayang dan peranannya dalam pendidikan anak-anak

Kasih sayang ini sangat berperanan dalam 3 keadaan:

USAHA MENDIDIK YANG MENYERONOKKAN.

Allah menjadikan kasih sayang ini supaya ibubapa merasa seronok dalam usaha mendidik anak-anak. Sambil girang menimang baby, mommy boleh mengacah baby dengan berunsurkan didikan tarbawi, sambil mendodoikan baby, mommy boleh menyanyi nasyid atau zikir yang boleh membangkitkan jiwa, sambil bergurau senda, mommy boleh menerapkan nilai membantu dan kerjasama, taat, sopan, dosa pahala dan sebagainya, pendeknya bermacam-macam cara atau medan untuk kita didik anak dengan penuh kasih sayang.

Malangnya, sekarang umi tengok ibu bapa mengambil mudah tentang perkara ini, sehingga sangat mudah bagi mommy mengeluarkan kata-kata marah dan herdikan kepada anak-anak. Sedangkan pada usia ini , mereka sedang belajar dari setiap sudut dan segi yang perlukan kepada bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibubapa. Tiada salahnya jika anak membuat kesilapan, maka ibubapa menegur dengan cara yang baik, bukan dengan memarahi dan meleter mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Umi kenkadang rasa sedih dan tertanya-tanya, kenapa nilai kasih sayang itu masih kurang dalam jiwa ibubapa yang mendidik, dan umi pasti mungkin mommy telah puas memarahi anak, ada sekelumit rasa kekesalan di dalam lubuk hati mommy, tetapi perkara itu sudah berlaku, dan anak-anak telah belajar sesuatu tentang perkara yang tidak sepatutnya mereka belajar. Maka para ibu/mommy, pupuklah dalam jiwa itu nilai kasih sayang yang Allah telah beri dan manfaatkanlah ia sebaiknya.  



MENCIPTA TABAH DAN GIGIH DALAM MENDIDIK
 
Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka tika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha mendidik itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.  Yakinlah dengan kuasa kasih sayang itu mampu mengubah perasaan dan emosi anak-anak kita.

MENDORONG PENGORBANAN

Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi ibubapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibubapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”


Tegasnya, naluri kasih sayang itu adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.

Umi Sayang Mukhlis...Muah..muah..;)
waktu ni umur brp ye..tak ingat dah umi..mbe dlm 5-6 kot!

Sunday, May 15, 2011

Sweet Advice to Mommy's LR

Posted by tenangnow | 0 comments

One of the most important thing mommy must remember when teaching your baby to read:

ALWAYS KEEP THE LESSONS FUN AND JOYFUL!!

In doing so, this also means:

  • Do not focus on achieving results
  • Do not force your baby if she is not keen to view the lessons.
Focusing on results tends to bring about negative emotions such as anxiety and disappointments, which will be picked up by your baby. Similarly, focusing your baby is counter-productive and would lead her to associate reading with something negative.

Instead, treat lesson time as a time for bonding with your baby. The aim is to expose your baby to reading and to have fun while doing so, thereby giving her a joyful and loving experience. Keeping a bonding-focused mindset will make you a much more effective teacher, and you are also likely to find that your baby learning to read is a very pleasant side-effect.

Remember, this is not a race!!! Any exposure to reading that you give to your baby during the early years will already be very beneficial.

SO, JUST RELAX AND HAVE FUN!!

THERE ARE NO RULES!

Apart from keeping the lessons fun and joyful, there are no rules are sets in stone! For example, we suggest that the curriculum lessons should be played 5 days a week, once or twice a day. Like many of our other suggestions, this is only a guideline. It is there to help you if you choose to use it, not to enslave you. 

We always stress  that you are your's baby first and BEST TEACHER because you know your baby best.  Every child is different, and even the same child may behave differently at different times! What's most important is that you play it by ear and go according to baby's moods as well as your own circumstances, which may change from time to time.

So if you are tired and want to skip a day, NO PROBLEM! If your baby doesn't seem to have lessons that day or even that week, that's absolutely fine! If you feel that your baby already knows the words then skip them...easy rite??




ENJOY TO BE A CUTE MOM AND BEST TEACHER!!

Reference: Teaching With Little Reader, BrillKids.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu!

Posted by tenangnow | 0 comments
Doa dari seorang ibu, buat seorang anak..

 
Dulu masa kita menjadi anak, belum menjadi seorang ibu, mungkin kita belum merasai aura dan naluri seorang ibu..tapi setelah menggelar ibu, maka baru kita tahu hakikat dan perasaan sebenar menjadi seorang ibu...

  1. Seorang ibu tidak pernah berhenti mengingati anaknya, itulah hakikatnya kerana ibu yang mengandungkan anak selama 9bulan...
  2. Seorang ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya, kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan ibu juga..
  3. Seorang ibu tidak pernah mendoakan sesuatu yang buruk berlaku pada anaknya, kerana ibu tahu doa ibu itu makbul
  4. Seorang ibu akan menitiskan air mata bila anaknya bahagia dan berduka, kerana ibu akan menangis kegembiraan bila melihat kebahagiaan anaknya dan juga akan menangis kesedihan bila melihat anaknya berduka...
  5. Seorang ibu sentiasa berharap dan berdoa agar anaknya menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah, bahagia dan dirahmati di dunia dan akhirat..(ameen!)
  6. Seorang ibu tidak pernah berharap wang ringgit daripada anaknya, hanya mengharapkan kasih sayang daripada seorang suami dan anak
SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang comel...




 

Saturday, May 7, 2011

Bahasa Arab atau English?

Posted by tenangnow | 0 comments
Sebelum ini, umi pernah menyentuh tentang prioriti mengajar al-Quran berbanding ilmu yang lain..begitu juga dengan topik pada kali ini..ia berkait rapat dengan perbincangan lalu....mungkin ia penekanan dan memberikan keyakinan kepada mommy dan umi sendiri untuk mengajar bahasa arab atau al-Quran terlebih dahulu berbanding English atau ilmu yang lain..tapi kenapa?


Abul Hasan al-Mawardi mengingatkan kepada kita tentang pentingnya mengajar bahasa Arab kepada anak:

Apabila seorang anak sudah mencapai usia pendidikan, maka sudah sepatutnya dimulai dengan mengajar al-Quran bersamaaan dengan bahasa Arab. Sebab, Allah menurunkan al-Quran dengan menggunakan bahasa Arab, menjelaskan syariat dan pelbagai kewajiban dalam agama dengan bahasa Arab. Dengan bahasa Arab juga, Rasulullah s.a.w. menjelaskan sunnah-sunnah beliau. Kitab agama, hikmah, serius, humor juga ditulis dalam bahasa Arab. Surat-surat dan pelbagai dokumen yang Allah jadikan sebagai piagam juga ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu, anak-anak ini harus mempelajarinya. Sebab kalau tidak, dia akan menjadi orang yang tidak mengerti tentang urusan agama.

Di samping itu, bahasa Arab memiliki pelbagai kelebihan yang tidak dimililki oleh bahasa lain dari segi kefasihan, sastera, kemewahan dalam pengucapan, keelokan dalam pengucapan, pendengaran, kekayaan kosakata, pengimbangan harakat, keseimbangan jumlah huruf dalam kata. Keutamaan lainnya kalau suatu bahasa yang dipelajari sebagai suatu keindahan, maka bahasa Arab adalah bahasa yang paling sesuai. Oleh kerana itu, para non-Arab mempelajarinya dan menggunakannya di pesta-pesta dan urusan kenegaraan.

Bahasa Arab adalah kunci segala ilmu pengetahuan. Semakin luas daya penguasaan anak dalam bahasa Arab maka itu telah menjadi sarana baginya untuk mudah menguasai ilmu pengetahuan apa pun yang dipelajari. Rasululllah s.a.w. memerintahkan untuk mengajarkan anak bahasa ini dan memberi perhatian yang penuh terhadap pertumbuhan anak untuk menguasainya. Di antara besarnya perhatian beliau terhadap bahasa Arab, beliau menerima tebusan tawanan perang Badar dengan mengajarkan baca-tulis bahasa Arab untuk anak-anak kaum Muslimin. Setiap tawanan menebus dirinya sendiri dengan mengajar baca-tulis bahasa Arab kepada 10 orang anak sahabat. Begitulah situasi di mana Rasulullah sangat menitikberatkan dengan pendidikan bahasa Arab ini.


Dalam perjalanan hidup Imam Syafie ketika masih muda, beliau belajar bahasa Arab daripada kabilah-kabilah yang beliau singgahi. Oleh kerana itulah, Imam Syafie sangat fasih berbahasa Arab dan menjadi rujukan di kalangan para ulama dalam perkara bahasa Arab.

Ibnu Sina dalam kitabnya as-Siyasah mengatakan,  "Sepatutnya menghafazkan bait-bait rajaz, kemudian aqidah. Kerana periwayatan rajaz dan menghafalkannya lebih mudah.Sebab baitnya lebih singkat dan wazannya lebih ringan untuk memilih syair tentang keutamaan sastera, pujian terhadap ilmu pengetahuan, celaan terhadap kebodohan, nasihat untuk berbakti kepada ibubapa, berbuat kebajikan dan menjamu tetamu. Setelah anak hafal dan menguasai dasar-dasar bahasa Arab, silalah memilih cabang ilmu yang sesuai dengan bakat dan keterampilannya.

BELAJAR BAHASA ASING

Setelah anak berjaya menguasai bahasa Arab dengan baik dan menghafal beberapa bahagian dalam al-Quran dan hadis, maka tidak mengapa untuk mempelajari bahasa asing. Itu adalah untuk membangun generasi Muslim  dan mentransfer pengetahuan agar boleh dimanfaatkan oleh orang Islam lain. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. pertama kali beliau tiba di Madinah setelah berhijrah dari Mekah.  Diriwayatkan oleh Abu Ya'la dan Ibnu Asakir dari Zaid bin Tsabit r.a:

Aku dihadapkan kepada Rasulullah s.a.w. setelah beliau tiba di Madinah. Mereka katakan, " Wahai Rasulullah, anak-anak ini dari Bani an-Najjar. Dia hafal tujuh belas surat yang diturunkan kepadamu." Alu pun membacanya kepada Rasulullah dan beliau merasa kagum. Beliau bersabda, "Hai Zaid, belajarlah bahasa Yahudi, kerana demi Allah, sesungguhnya aku tidak percaya orang Yahudi atas suratku." Aku pun mempelajarinya. Tidak sampai setengah bulan, aku sudah menguasainya. Aku yang menulis surat Rasulullah kalau beliau berkirim surat kepada mereka, dan aku juga yang menterjemahkan surat mereka untuk beliau.

Oleh kerana itu, umi merasakan kepentingan bahasa itu begitu memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi, akhlaq dan juga perkembangn minda anak-anak. Jika kita tak mampu untuk mengajar anak untuk mempelajari al-Quran dan bahasa Arab, maka mommy perlu berusaha untuk mencari guru yang terbaik malahan alat bantu mengajar yang sesuai dengan perkembangan anak-anak.


Sehubungan dengan itu, bagi sesiapa yang sudah memiliki Little Reader ini, downloadlah file arabic yang terbaik dengan sebanyak yang mungkin supaya anak boleh menguasai bahasa Arab sebagaimana mereka menguasai English. Cari file yang menggunakan bahasa Arab fushah supaya sebutan mereka betul dan grammar yang digunakan juga bukan bahasa 'ammi (bahasa pasar)

Ini antara link yang mommy boleh search untuk download beberapa file yang menggunakan bahasa Arab fushah: http://www.youtube.com/user/SyrajArabicBooks

Wednesday, April 27, 2011

Set Al-Furqan

Posted by tenangnow | 0 comments
Umi percaya ramai mommy di luar sana yang telah menggunakan Set Al-Furqan ini untuk membantu dan mengajar anak membaca cepat Al-Quran...Berdasarkan kepada 'prinsip Glenn Doman' kaedah phonic ini semakin mendapat perhatian semua pihak sama ada ibu bapa, guru, pakar pendidikan kanak-kanak dan sebagainya. Banyak kajian dan bukti menunjukkan cara ini lebih berkesan berbanding sistem penbelajaran mengenal huruf diperkenalkan. Begitu juga dengan sistem Al-Furqan. Apa yang istimewanya Al-Furqan ini? Umi tertarik dengan buku ini kerana kaedah yang dicipta tidak mengikut abjad hijaiyyah alif, ba, ta dan seterusnya tetapi susunan yang disusun mengikut bunyi pertama yang keluar dari mulut baby...

Set ini ada 4 buah buku & 1 CD audio Panduan Mengajar Efektif






BUKU 1


  • Mengenal dan membaca 14 huruf lazim al-Quran
  • Keutamaan huruf berdasarkan bunyi pertama yang keluar daripada mulut bayi
  • Penggunaan kad imbasan dan lagu-lagu yang menarik bagi kanak-kanak
  • Latihan membaca suku kata perkataan bermakna secara bertahap
  • Mengenal dan memahami fungsi baris asas bacaan al-Quran
 
BUKU 2


  • Mengenal dan membaca 14 huruf Al-Quran yang susah disebut
  • Latihan membaca pelbagai suku kata dalam pelbagaibaris secara bertahap
  • Mengenal dan membaca huruf sambung
  • Membanding dan membezakan bentuk dan bunyi huruf yang hampir sama


BUKU 3




  • Mengenal dan membaca Mad Asli
  • Mengenal dan membaca bacaan Tanwin
  • Mengenal dan membaca Bacaan Sukun
  • Mengenal dan membaca bacaan Mad Lin
  • mengenal dan membaca bacaac Qalqalah
  • Mengenal dan membaca Bacaan Tasydid
  • Latihan membaca pelbagai bentuk bacaan secara bertahap
  • Bina keyakinan membaca Al-Quran seawal mungkin
BUKU 4



  • Mengenal dan membaca asa bacaan panjang
  • Mengenal dan membaca Hamzah Wasal
  • Mengenal dan membaca Lafaz Allah
  • Memahami cara meberhentikan bacaan
  • Mengenal dan membaca asas bacaan dengung dan sebaliknya
  • Mengenal dan membaca asas bacaan idgham
Selain daripada itu, mommy boleh dapatkan Flash Card Al-Quran (tapi setakat hari ini, umi diberitahu stok ni dah abes, sbb hot selling) kene tunggu la nampaknya bagi mommy yang takde lagi..hehe..



Istimewanya Kad AL-FURQAN mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1 - 4. Harga RM12 (promosi KLIBF) Normal Harga RM15. Kalau mommy nak tempah Set Al-Furqan ini boleh emel ye..atau

Boleh dapatkan buku ini di booth ReadNetwork, PWTC sekarang..promosi ini sempena KLIBF 2011, so mommy jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya dengan harga yang murah! Kalau nak beli daripada umi pun boleh, tp harga biasa RM24.90





Sempena KLIBF 2011 ini juga, umi membuat promosi untuk Little Reader Deluxe dengan harga yang lebih murah, save RM200. Normal price is RM1300 tapi untuk kali ini umi menawarkan promosi RM1100 sahaja sehingga June 2011..sebulan je..klu ada permintaan, insyaallah akan dipanjangkan tempoh tersebut bergantung kepada beberapa faktor. So, jom kita meriahkan suasana ilmu ini dengan menambahkan keberkatan mengajar dan belajar ilmu dan al-quran di rumah..Semoga malaikat sentiasa menaungi mommy dan baby yang berada dalam majlis ilmu ini...

Thursday, April 21, 2011

Understanding LR Works

Posted by tenangnow | 0 comments
Below is the sample how to understanding the flash card lesson...

Sample Flash Mode Lesson



Sample Customized Lesson:



Sample Phonics Lesson:




Sample Personalized Lesson:




So, mommies boleh melihat bagaimana Little Reader membantu baby untuk membaca dan mempercepatkan proses pembelajaran dan perkembangan otak kanan baby..

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)