Monday, March 7, 2011

Mana Satu? Ajar Baca Quran Dulu atau Yang Lain?

Posted by tenangnow |
Hari ini umi belajar banyak daripada ibu-ibu yang telah berjaya mencipta sejarah mendidik anak mereka sehingga berjaya..dan daripada situ banyak persoalan umi terjawab...

Kalau dulu, umi sentiasa berfikir tentang ayat dalam surah al-Baqarah, yang mana Allah telah meng"ajar" Nabi Adam nama setiap benda di dunia ini...then dari situ aku mendapat satu jawapan, "ooo..aku boleh terus ajar menyebut nama semua benda/objek yang ada disekeliling untuk mukhlis kenal dan mengajar action untuk dia tahu nama bagi setiap perbuatan yang dilakukan"..kemudian daripada situ, satu persoalan lain menerjah dalam otak fikiran...
"Mana yang lebih utama, nak kena ajar baca quran dulu (bhs arab) atau bahasa lain"   bahasa lain tu maksudnya English la dalam konteks sekarang. Memang tidak dinafikan umi mengajar kedua-dua bahasa ini, tetapi pendedahan bahasa English lebih lagi daripada bahasa Quran yang membuatkan umi berfikir dan tertanya-tanya pada diri sendiri memandangkan Mukhlis sudah pandai membaca beberapa perkataan English..lantas umi bertanya, bila Mukhlis nak pandai baca Quran sedangkan itu adalah matlamat utama umi untuk mengajar Mukhlis membaca al-Quran dengan menggunakan sistem pembelajaran LR...

Dan, akhirnya umi mendapat jawapan berdasarkan pada hadis ini:

"Jika kamu ingin berjaya di akhirat hendaklah dengan ILMU. Jika kamu ingin berjaya di dunia hendaklah dengan ILMU. Jika kamu ingin berjaya di kedua-duanya hendaklah dengan ILMU."



Menurut Imam Al-Ghazali, beliau berpendapat kita perlu mengajar Ilmu al-Quran dahulu kerana ia akan membentuk ilmu naqli kemudian baru ilmu aqli (matematik, sains, geo, dll)
Maka, jawapan ini telah menegaskan entry Little Reader & Al-Quran yang menyebut tentang kanak-kanak yang boleh membaca al-Quran pada usia yang awal akan lebih berjaya dalam akhlaqnya, akademiknya, sahsiah dan sebagainya. Kerana ilmu al-Quran itu akan membentuk peribadi dan perkembangan otak yang berbeza dengan ilmu yang lain. Kesimpulannya, Islam memang menggalakkan supaya kita menuntut ILMU akhirat dan ILMU dunia untuk berjaya di dunia dan akhirat, TETAPI ILMU AKHIRAT itu perlu diutamakan. Inilah kaedah yang dipraktikkan oleh tokoh Islam zaman dahulu dalam menuntut ilmu dan mendidik anak membaca.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)