Saturday, September 29, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (III)

Posted by tenangnow |
Para pengikut aliran behaviorisme dan psikologi individual terlalu mengutamakan kepentingan pembiasaan dalam pendidikan. Behabiorisme menganggap bahawa hasil pendidikan sangat ditentukan oleh pengaruh yang diterima oleh anak dri dunia sekitarnya termasuk dunia pendidikan. Psikologi individual juga menekankan tentang pengaruh persekitaran dan pendidikan. Kita memang tidak menafikan bahawa pembentukan tabiat pembiasaan ini sangat penting tetapi jangan kita lupa bahawa di samping itu manusia mempunyai juga kata hati yang dapat memilih dan menentukan sendiri.


Stephen R. Covey dalam bukunya "The 7 Habits of Highly Effective People" yang mampu "menyihir" jutaan orang di dunia untuk menjalankan kebiasaan-kebiasaan yang baik secara konsisten dan berdisiplin tinggi, bercerita mengenai buku dan keluarganya seperti berikut:

"Beberapa tahun yang lalu, saya terkejut ketika anak lelaki saya, Joshua bertanya pernahkah dan bilakah saya membaca. Saya sedar anak saya itu tidak pernah melihat saya membaca. Saya selalu membaca ketika saya bersendirian. Bahkan sebelum anak saya bertanya tentang hal membaca itu, pada kebiasaannya saya akan menghabiskan dalam tiga atau empat buku setiap minggu. Tetapi jika saya sedang bersama keluarga saya, saya memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka dan saya tidak membaca."

Baru-baru ini saya membaca sebuah kajian yang menunjukkan alasan utama mengapa anak tidak mahu membaca adalah kerana mereka tidak melihat ayah mereka membaca. Saya fikir ini adalah salah satu kesalahan yang telah saya lakukan selama bertahun-tahun. Seandainya saya membuat ruang belajar saya lebih terbuka sehingga anak-anak saya melihat saya lebih kerap membaca."

Apa yang dapat dipetik daripada kisah Stephen Covey ini? Untuk membuat anak menyukai aktiviti membaca, anak-anak perlu merasai persekitarannya dengan  memberi contoh aktiviti membaca yang dilakukan oleh ibu dan bapa. Kisah Stephen Covey ini juga mengajak ibubapa untuk menyedari bahawa satu tabiat yang bernama kebiasaan. Kebiasaan atau habit adalah keadaan yang papling kuat untuk membuat suatu perbuatan atau kegiatan yang dirasakan berat untuk dilakukan (tetapi memberikan manfaat yang banyak) menjadi ringan dilakukan pada akhirnya. Hanya dengan membiasakan diri dengan kebiasaan yang baik dapat melahirkan individu yang bersemangat baru. Ada pepatah mengatakan "We first make our habits, then our habits makes us".



Dari Perspektif Sejarah Islam 

Ibnu Zhafar al-Makki menceritakan sebuah kisah menarik mengenai kecintaan anak dalam mengulang kalimah syahadatain ( dua kalimah shahadah). Beliau mengatakan "Telah sampai kepadaku sebuah kisah bahawa Abu Sulaiman Dawud bin Nushairah-Tha'i ketika berumur 5 tahun diserahkan oleh ayahnya kepada seorang guru. Guru memulakan pengajarannya dengan mengajarkan ayat-ayat al-Qur'an. Ketika dia telah mempelajari surah al-Insan dan telah menghafalnya, pada suatu hari pada hari Jumaat, si ibu melihatnya sedang menatapi tembok dengan merenung sambil menunjuk sesuatu dengan tangannya.

Si ibu yang khuatirkan anak tersebut terus memanggil, "Wahai Daud, bangun dan bermainlah dengan anak-anak yang lain!" Tetapi dia tidak mengikut saranan ibunya dan akhirnya ibunya menarik secara paksa. lalu dia berkata, " Kenapa dengan ibu?" Ada apa-apa yang ibu tidak berkenan?" Si ibu kembali bertanya, "Di mana fikiranmu?" Dia menjawab,"Akalku bersama hamba-hamba Allah. "Di mana mereka?"tanya ibunya lagi.  Dia menjawab, "Dia di syurga." Ibunya bertanya lagi, "Mereka sedang buat apa?" Dia menjawab, "Di dalamnya mereka duduk berteleku di atas pelamin (yang berhias) mereka tidak nampak di situ adanya matahari dan tidak pula merasai suasana yang sangat sejuk." (Surah al-Insan: 13)

Dia terus membaca ayat-ayat selanjutnya dengan renungan yang mendalam hingga sampai pada ayat Allah: "Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan)" (Surah al-Insan:22)

Sesudah itu, si anak mengajukan pertanyaan kepada ibunya, "Wahai ibuku, tahukah engkau apa sebenarnya yang mereka telah lakukan dahulu?" Si ibu tidak boleh menjawab. Akhirnya dia berkata kepada ibunya, "Biarkanlah aku sejenak hingga aku selesai berseronok memahami mereka!" Kemudian si ibu oergi membawanya kehadapan si ayah untuk memberitahu perihal anaknya. Ayahnya kemudian berkata kepadanya, "Wahai Daud, amalan mereka dahulu adalah mengucapkan, "Laila haillallah Muhammadur Rasulullah". Akhirnya Daud pun dapat mengisi sebahagian besar waktunya dengan mengulang-ulang kalimah tersebut.
Latihan yang berulang-ulang adalah latihan yang sangat penting kerana menurut law of exercise semakin kerap sesuatu tingkahlaku itu dilakukan semakin mantap eksistensi (keberadaan) tingkahlaku tersebut.

Semoga dengan perkongsian ilmiah ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang pengaruh konsisten/pembiasaan dalam kehidupan kita sebagai ibu dan juga sebagai seorang anak. Sejuta penghargaan kepada penulis Nasirudin di atas perkongsian ilmu beliau yang dinukilkan dalam sebuah buku yang bertajuk " Mendidik Anak berPrestasi Cara Rasulullah.." Semoga Allah membalas curahan ilmu beliau dengan timbalan berat di akhirat kelak...ameeeeen....




0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)