Kita perlu menggabungkan deria penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Dalam system flashcard manual seperti flash felt hijaiyyah ataupun moden seperti Little Reader, ia telah menggabungkan kesemua deria baby untuk bertindakbalas dan merangsang otak mereka. Baby akan melihat, mendengar, membuat kelakuan/tindakan seperti mana apa yang dilihat dan didengar dan dalam waktu yang sama menyentuh/merasa sesuatu melalui pergerakan yang dibuat. Oleh itu, baby akan lebih cepat faham dan belajar setiap perkataan yang dilihat dan didengar.
Di dalam Al-Qur'an disebut: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Al-A'raf : 204)
"Dan kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian yang dilakukan oleh pendengaranmu, mata-mata kalian dan kuli-kulit kalian terhadap kalian sendiri, bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kalian kerjakan." ( Fussilat: 22)
Malah sebenarnya pendekatan ini juga memang amat berkesan bagi mommy yang nak memulakan teknik hafazan al-quran kepada anakanak. Ayuh kita lihat bagaimana seorang hafiz menghafaz al-Qur'an dengan menggabungkan ketiga-tiga deria ini dan ulasan beliau mengenaninya:
"Ketika mula menghafaz, saya akan mengecam betul-betul pola kedudukan ayat, tajwid serta tanda waqaf (visual). Kemudian saya gunakan suara yang agak kuat (audio) ketika menghafaz ayat demi ayat. Selalunya bila sudah asyik membaca, badan saya akan mula bergerak-gerak mengikuti irama ayat yang dibaca (kinestetik).
Kesemua teknik ini memiliki kelebihannya tersendiri. Teknik pertama (visual) amat baik untuk seseorang mengecam pola kedudukan ayat yang dihafaz. Ia berperanan sebagai "basic" atau "tiang seri" yang ditanam dalam minda lebih awal supaya ingatan hafazan seseorang mudah disusun selepas itu.
Teknik kedua (audio) lebih berkesan untuk jangka masa panjang. Memang benar, ia mengambil masa kerana seseorang perlu mendengar cd bacaan ayat hafazan yang sama berkali-kali. Tetapi berita baiknya adalah, irama ayat bacaan tersebut bukannya tersimpan dalam ingatan jangka pendek tetapi disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Saya pernah menggunakan teknik hafazan audio ketika mengingtai surah Yunus dan surah Maryam dengan mendengar kaset baccan Iman Al-Ghamidi berulang kali. Hasilnya Masya Allag, Tabarakallah!! Sama seperti lagu Negaraku yang kekal dalam ingatan kerana dinyanyikan berkali-kali sejak kecil. Ingatan dua surah ini saya anggap paling kukuh dalam ingatan selepas 3Qul dan Surah al-Fatihah.
Bagi teknik ketiga (kinestetik) ia amat berguna untuk melajukan "speed" hafazan seseorang. Ia juga boleh membantu untuk lebih khusyuk ketika menghafaz keranan bila badan bergerak seiring dengan irama ayat hafazan yang dilagukan, ia sebenarnya sedang berada dalam keadaan asyik, "separa khayal" atau iltilah psikologinya - "trance". Keadaan ini amat membantu kerana melaluinya, tumpuan menghafaz akan lebih terarah, lebih feeling dan kurang memikirkan perkara lain. Mengambil kira keadaan tersebut, pastinya kelajuan hafazan akan lebih bertambah, jumlah hafazan akan lebih banyak dan kualitinya akan menjadi lebih baik!"
Beginilah komen dan ulasan yang diberikan oleh seorang hafiz yang berpengalaman. Maka dalam dunia kanak-kanak juga, ia tidak lari daripada teknik yang disebutkan...ibubapa boleh menggunakan teknik pendengaran (audio) dimana ia boleh dipasang pada bila - bila masa walaupun anak sedang bermain. Setiap masa anak-anak sangat berharga untuk dipersia-siakan...biarlah dunia permainan mereka diisi dengan dunia permainan al-Qur'an...Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan apa yang dikongsikan dan seterusnya mempraktikkan kepada anak-anak.
0 comments:
Post a Comment