Monday, May 14, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (II)

Posted by tenangnow |
Pembiasaan adalah salah satu kaedah pendidikan yang sangat penting terutamanya anak-anak yang kecil yang tidak tahu samada baik dan buruk sesuatu perkara. Tambahan lagi anak yang kecil belum kuat ingatannya. Mereka cepat lupa apa yang sudah dan baru berlaku. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila anak-anak yang baru bangun tidur, mereka lupa yang mereka menangis sebelum tidur atau anak-anak lupa yang mereka baru sahaja ditegur dan buat semula apa yang kita suruh untuk tidak membuatnya...begitulah anak-anak kita yang comel yang berjalan dengan fitrah dunia kanak-kanak mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh menerap perkara-perkara yang baik dengan cara melakukannya secara konsisten seperti dimandikan dan ditidurkan pada waktu tertentu, diberi makan dengan teratur, membaca al-Qur'an, menghafal doa yang pendek dan sebagainya. Perkara yang telah menjadi kebiasaan mereka akan menjadi biasa apabila mereka meningkat usia.



Dalam hal ini, Abdullah ibni Mas'ud telah menyedari tentang prinsip pengulangan ini terhadap anak-anak, sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Thabrani:

"Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu terbentuk daripada kebiasaan.."

Oleh itu, kita boleh lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w yang memerintahkan anak-anak mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun yang bermaksud: " Perintahkanlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan perintah solat ketika mereka berumur sepuluh tahun".

Jelas disini Rasulullah memperuntukkan 3tahun untuk ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka setiap kali waktu solat: (5 x 365) x 3 = 5475 kali perintah!!!!! Ini merupakan angka yang menunjukkan betapa pentingnya pengulangan dalam memberikan perintah. Boleh jadi anak tidak mahu memenuhi perintah untuk kali pertama, kedua atau ketiga. Oleh sebab itu, memang seharusnya dilakukan pengulangan terus menerus tanpa rasa jemu.



Sahabat yang mulia, Abdullah bin Mas'ud menyedari prinsip pengulangan perintah terhadap anak. Dalam memberikan pengarahan kepada ibubapa dalam mendidik anak mereka, Ibnu Mas'ud mengatakan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Thabrani:
"Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu (terbentuk dari) kebiasaan.."

Untuk menjadikan anak yang terbiasa, peringatan harus dilakukan berulang-ulang. Ini kerana Anas bin Malik menerapkan sunnah Rasulullah s.a.w. Anas pernah melalui anak-anak dan memberikan salam kepada mereka dan berkata, "Rasulullah melakukan hal yang sedemikian." Jika anak itu melihat dan mendengar ucapan salam dari orang dewasa terhadapnya lebih dari sekali, ia akan belajar mengucapkan salam dengan baik dan seterusnya perkara itu akan menjadikan kebiasaannya.

 Menanam kebiasaan bagi anak-anak adalah sangat sukar dan kadang-kadang memakan masa yang lama. Akan tetapi, satu perkara yang perlu kita tahu....sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sukar akan berubah. Oleh itu, adalah lebih baik ibu bapa menjaga anak-anak supaya mempunyai perilaku kebiasaan yang baik daripada memiliki tabiat kebiasaan yang tidak baik.

Untuk membolehkan ia segera tercapai, pembiasaan itu harus memenuhi syarat tertnetu, antaranya seperti berikut:

a. Mulakanlah pembiasaan itu sebelum terlambat. Ini bagi mengelakkan anak itu mempunyai kebiasaan lain yang berlawanan dengan hal kebiasaan yang baik

b. Pembiasaan itu hendaklah terus-menerus (berulang-ulang) dan dijalankan secara teratur sehingga akhirnya menjadi suatu kebiasaan. Oleh sebab itu, pengawasan adalah sangat diperlukan.

c. Pendidikan hendaklah sesuai, bersikap tegas dan tetap teguh terhadap pendirian yang telah diambil. Jangan memberi kesempatan kepada anak untuk melanggar pembiasaan (tabiat yang baik) yang telah diterapkan itu.

d. Pembiasaan yang mula-mulanya secara paksaan harus bertukar menjadi pembiasaan atas kehendak hati anak itu sendiri (ikhlas)


Hal ini mungkin berlaku jika dilakukan secara beransur-ansur dengan disertakan penjelasan dan nasihat daripada pendidik sehingga semakin lama timbul pengertian dan pemahaman yang mendalam dalam diri anak. Anak itu sendiri adalah makhluk yang mempunyai kata hati. Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Ajarkanlah kalimat La ilahaillah kepada anak-anak sebagai kalimah pertama dan bimbingkanlahh mereka mengucapkan la ilaha illalah ketika menjelang kematian."

Abdurrazaq meriwayatkan bahawa para sahabat mengajarkan anak mereka dengan kalimah la ilaha illalah ini sebagai kalimah yang pertama boleh mereka ucapkan secara fasih sebnayak 7kali sehingga kalimat ini menjadi kalimah ini menjadi kalimah pertama yang mereka ucapkan.  Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkamul al-Maulud mengatakan " sewaktu anak-anak sudah boleh bercakap, ajarkalah mereka kalimah la ilaha illalaah muhammadur rasulullah dan kalimah tauhid yang lain seperti bacaan selawat, tasbih, tahmid dan doa-doa pendek.*

Begitulah sejarah membuktikan pengaruh pembiasaan itu sangat besar dalam pendidikan anak-anak. Kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembiasaan yang baik menjadi rutin kepada mereka sehingga mereka besar kelak, hakikatnya..ia bukan sesuatu yang mudah..tetapi usaha, pengharapan yang berterusan itu mampu mengangkat darjat mereka sebagai anak yang soleh dan solehah...;)






* Petikan ini telah diadaptasi daripada buku Nasiruddin S.Ag., MM

Lantaran itu, prinsip ini telah dibuktikan dengan teori Glenn Domaan dimana perkataan yang ditunjukkan kepada baby secara berulang-ulang mampu memberi reaksi positif kepada baby dan mampu membaca dalam usia yang awal.




Mommy boleh membaca lanjut tentang artikel "Method Ajar Membaca: Flash Method". Antara alat bantu yang menyokong prinsip ini:











Sila klik di gambar untuk mendapatkan keterangan lanjut

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)