Wednesday, November 2, 2011

Mendidik Little Mutarabbi

Posted by tenangnow | 0 comments
Bila menyebut tentang tarbiyah, kita semenangnya tidak lari dari seorang murabbi dan mutarabbi..Dalam keluarga siapa murabbi dan siapa mutarabbi..siapa yang mendidik dan siapa yang dididik…mereka itulah ibubapa dan mereka itu jugalah anak. Ibubapa mendidik mereka menjadi anak, anak mendidik kita menjadi ibu dan bapa. Jika kita menyuruh mereka bersabar, hakikatnya kita perlu dahulu belajar erti sabar. Jika kita menyuruh mereka berdoa, hakikatnya kita dulu perlu mengangkat tangan untuk berdoa. Jika kita menyuruh mereka membaca al-Qur’an, hakikatnya kita dulu perlu menyelak al-Qur’an untuk membaca dan begitulah seterusnya. Apa sahaja perkara yang kita mahu anak lakukan, maka ibu bapa dulu yang patut melakukan. Inilah proses tarbiyah yang sentiasa berputar, belajar memberi dan menerima, give and take!


Tugas ibu bapa sebagai murabbi itu bukan hanya sekadar mendidik tingkah laku mereka, fizikal mereka, memberi ilmu kepada mereka, berkongsi pengalaman, berkongsi perasaan malah yang lebih menjadi priority adalah spiritual mereka, berkongsi ruh bersama mereka. Oleh itu, bagaimana seorang ibu bapa boleh berkongsi ruh dengan anak mereka jika ruh ibu dan bapa mereka sendiri tidak match dengan ruh ubudiyahnya kepada Allah…bagaimana mungkin hati anak boleh hidup jika ibubapanya lalai dengan dosa, bagaimana mungkin jiwa anak sejuk jika hati ibubapa sendiri jauh dengan al-Qur’an..tetapi sememangnya itulah scenario ibubapa kini..kenkadang jiwa mereka terlalu kosong dengan sifat kehambaan, terlalu asyik dengan nikmat kemewahan, mengejar kejayaan hingga anak-anak juga rapuh dengan keseronokan dunia.
 

Seorang murabbi yang kental jiwanya, yang kuat emosinya, yang teguh peribadinya akan lahir mutarabbi yang setanding murabbinya..tetapi ia bukan sesuatu yang mudah, malah ia satu ujian yang besar yang perlu dihadapi..perlu kepada kesabaran dan berhati-hati. Jika kita menyingkap kembali kisah yang berlaku ketika zaman Saidina Umar menjadi khalifah. Ia pantas menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana peribadi seorang anak adalah cermin kepada peribadi ibu dan bapanya. Pada suatu hari, Saidina Umar telah meronda Madinah untuk melihat kehidupan rakyatnya. Ketika melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalanan, semua kanak-kanak bertempiaran melarikan diri kerana aura tegas pada Amirul Mukminin melainkan seorang budak kecil. Saidina Umar bertanya dalam keadaan berseloroh, "Hai budak, mengapa kamu tidak lari sebagaimana kawan-kawan kamu yang lain?". Maka budak itu menjawab, "Mengapa aku nak lari, aku tidak berbuat apa-apa kesalahan.". Tertarik dengan keberanian dan ketangkasan budak kecil itu, maka bertanya Saidina Umar dengan penuh teruja, "Siapakah ibu dan bapa kamu?". "Ibuku Asma' binti Abu Bakar dan bapaku Zuber Al Awwam" balas budak kecil itu. "Patutlah kamu seorang yang hebat kerana kamu mempunyai ayah dan ibu yang hebat" ujar Saidina Umar. Anak kecil itu ialah Abdullah bin Zubair yang akhirnya membina nama besar dalam sejarah Islam. Maka benarlah hakikat bahawa seorang ibu dan seorang bapa itu mampu membentuk jiwa dan membina peribadi diri seorang anak.

Untuk akhirnya, membentuk jiwa mutarabbi perlu kepada jiwa murabbi, maka akan lahir jiwa yang rabbani..Mungkin kenkadang jauh di sudut hati ibu untuk berfikir sejauh itu..dek kerana sibuk bekerja, mungkin juga kelesuan rutin harian yang tidak pernah ada noktahnya…tapi ingatlah!

Allah berfirman:

"Wahai org-org yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak durhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan" (At-Tahrin:6)

mmm..memang terlalu tinggi harapan ummi untuk diri sendiri tapi mungkin sebagai suntikan jiwa dan ketukan hati untuk kita kembali sedar dalam erti kesedaran yang sebenar..jalan ini bukan saja sangat jauh malah sangat sangat tinggi…wallahu’alam..

 

Note: Mukhlis, semoga rasa ummi ini dapat dirasakan dalam nafas tidur dan jagamu…
Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)