Showing posts with label glenn doman. Show all posts
Showing posts with label glenn doman. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Kaedah Fonetik atau Whole Word untuk Anak Cepat Membaca

Posted by tenangnow | 1 comments

Mengajar anak membaca adalah perkara subjektif bagi setiap ibu bapa. Tambahan lagi, kini banyak teknik dan metod yang diperkenalkan dan boleh dipilih untuk mengajar anak membaca. Berbanding zaman dahulu, hanya satu kaedah digunakan A /a/, B.A. ba, C.A. ca.. Untuk mengajar al-Qur'an, ia perlu dieja satu persatu. Alif di atas aa, ba diatas ba dan seterusnya. Kaedah dahulu sangat jarang digunakan kini. Antara kaedah yang popular sekarang ialah kaedah fonetik (bunyi huruf) dan whole word (mengenal dan mengecam perkataan).

Dalam kaedah fonetik A dibunyikan sebagai /a/(aaa), B sebagai /b/ (beh), C sebagai /c/ (ceh atau keh jika Bahasa Inggeris). Manakala dalam kaedah whole word pula, kanak-kanak diajar mengecam bentuk perkataan dan dengan cara itu mereka dapat membaca dengan lebih cepat, tanpa perlu mengeja satu-persatu.

Kaedah whole word ini digunakan dalam beberapa kaedah mengaji al-Quran seperti Iqra’. Kaedah Furqan menggunakan kedua-dua fonetik dan whole word. Anak-anak tidak diajar mengeja ‘alif fathah aaa, alif kasrah iiii, alih dhommah uuu’ sebaliknya alif berbaris atas terus dikenali sebagai /aaa. Baru-baru ini juga, Islamic Parenting Network mengambil inisiatif dengan mengeluarkan perkataan yang biasa dibaca dan disebut didalam al-Qur'an. Inisiatif ini diambil daripada kaedah wholeword bagi memudahkan anak membaca Qur'an tanpa mengeja perkataan tersebut.



Walaubagaimanapun, apa sahaja kaedah yang digunakan, ia perlu sesuai dengan kemampuan anak kerana setiap anak mempunyai kelebihan dan potensi yang tersendiri. Oleh itu, ibubapa perlu bijak memilih supaya anak tidak rasa terbeban dan stress dek kerana ingin membaca seawal usia yang boleh. Mungkin ada yang sesuai menggunakan cara lama; Mukaddam berbanding kaedah yang ada dipasaran sekarang, Iqra’,  Qiraati,  Huffaz,  al-Bayan, Baghdadi, Furqon, dan sebagainya. Perkara yang sangat penting, ibubapa selesa dengan apa yang digunakan dan anak happy belajar bersama-sama.

Jika anda sedang mencari kaedah fonetik untuk mengajar anak membaca al-
Qur'an, boleh dapatkan disini: https://m.facebook.com/MyBabyCanRead

Jika anda ingin mencari kaedah wholeword membaca al-Qur'an, boleh print dan manfaatkan ia disini: album flashcard frequent word in al-Qur'an




Monday, May 7, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (I)

Posted by tenangnow | 0 comments
Bila sebut tentang ulang/repeatation, kita boleh reflect semula kepada method yang digunakan oleh Glenn Doman dalam pendidikan awal kanak-kanak...seterusnya diaplikasikan oleh Brillkids..sistem flash card yang diulang perkataan tetapi berbeza daripada gambar, bunyi, video dan sebagainya...juga boleh dilihat bagaimana sistem hafalan qur'an dilakukan dengan melakukan ulangan yang berkali-kali dan akhirnya terus melekat dalam jiwa anak-anak...sungguh takjub bukan...?? tetapi kenapa cara ini digunakan oleh mereka..mungkin ada rahsia disebaliknya yang kita sendiri tidak tahu atau mungkin juga tidak perasan...??

Sebelum kita pergi lagi jauh tentang pengaruh pengulangan dalam jiwa anak-anak ini, adalah lebih baik jika kita mengetahui sejarah pengulangan ini dan yang disebut dalam al-Qur'an. Hakikatnya, sistem pengulangan ini sudah lama wujud hatta di dalam al-Qur'an sendiri menggunakan method pengulangan ini...di dalam bahasa Arab ia disebut "TIKRAR"...mari kita sama-sama lihat apakah rahsia di sebalik tikrar (pengulangan) ini...


Tikrar berasal dari kata karra yang berarti kembali, mengulangi atau menyambung. Imam Jauhari menegaskan hal yang sama yaitu, arti kata karra ialah mengulangi suatu hal atau perbuatan tertentu. Dari segi istilah, tikrar  ialah mengulangi satu kata atau perkataan yang sama beberapa kali kerana bebarapa sebab diantaranya dengan tujuan penegasan (tawkid), memberi peringatan atau menggambarkan agungnya sebuah hal tertentu.

Jenis Pengulangan Dalam Qur'an

1.      Pengulangan yang terjadi pada lafaz
Contoh: Lafaz al-jalalah yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat 247. Ia diulang lebih dari 2kali dalam satu ayat atau bahkan 3kali.Pada ayat lain, lafaz al-Jalalah diulang hingga lima kali pada satu ayat iaitu masih pada surat al-Baqarah ayat 16.

2.      Pengulangan pada mode gramatikal bahasa arab (nahu)
Pengulangan pada jenis ini lebih kepada keindahan alunan muzik yang ditimbulkan bukan pada berapa kali diulangnya suatu perkataan. Keindahan ini membuat al-Qur`an begitu indah sehingga jiwa pun rindu untuk selalu mentadaburinya dan juga mudah untuk dihafal. Jenis pengulangan ini boleh dilihat dalam surah Makkiyah yangmempunyai potongan-potongan surah relatif pendek. Contohnya surat al-Nazi'at ayat 1-5 

3.      Pengulangan pada perkataan
Jenis pengulangan ini terbahagi kepada 2: a. Pengulangan pada perkataan yang berdekatan, ia boleh jelas dilihat di dalam surat al-Rahman, al-Mursalat dan al-Kafirun. b. Pengulangan pada perkataan yang berjauhan. Pada pengulangan ini kembali menunjukkan kepada kita tentang I`jaz Balaghi yang dimilki oleh al-Qur`an. Contoh surat al-Baqarah ayat 49, al-A`raf ayat 141 dan surat Ibrahim ayat 6

4. Pengulangan tentang kisah al-Qur`an
Contohnya kisah Nabi Musa yang boleh dilihat dalam beberapa surah seperti surat Taha, surat al-Syu`ara, surat al-A`raf, surat al-Isra, surat Yunus, surat al-Nazi`at dan surat al-Dzariyat.




Rahsia Pengulangan Dalam al-Qur`an

 a. Menganjurkan manusia agar mentadabburi al-Qur`an dan seterusnya mengambil ibrah dari pengulangan ayat tersebut. Seperti pada ayat-ayat yang menjelaskan tentang kekuasaan Allah dari penciptaan langit, bumi angkasa raya dan sebagainya. Seperti pada surat al-Syua`ra ayat 8 dan 9 yang diulangi sebanyak lapan kali

b. Anjuran agar istiqomah.

c. Pengukuhan kewujudan Allah yang memilki alam semesta. Seperti dalam surat al-Nisa ayat 131 dan 132

d. Pengkhususan. Seperti pengulangan pada lafaz "manusia" sebanyak dua kali pada surat Ghafir ayat 61. Pemgkususan ini diperuntukan kepada manusia dari makhluk yang lainnya dengan kekufuran mereka pada nikmat-nikmat Allah.

d. Celaan. Seperti pengulangan pada ayatفبأي الاء ربكما تكذبان  sebanyak 30 kali

f. Ancaman. Seperti pengulangan ayat (ويل يومئذ للمكذبين)  pada surat al-Mursalat

Bacaan lanjut boleh dilihat di sini: http://qoetoez.wordpress.com/2011/03/14/pengulangan-al-tikrar-dalam-al-quran/



to be continued....perbincangan lanjut akan menyentuh tentang pengulangan yang membawa kepada kebiasaan....



Sunday, August 14, 2011

The Perfect Age to Begin (II)

Posted by tenangnow | 0 comments
Starting With A Little Baby (Seven to Twelve Months)

If you are beginning with a seven-to-twelve months-old the most important things to keep in mind are:

1. Keep every session very brief.
2. Have sessions often.

As we have said, a four-month-old will sometimes want to see all his sets of words one after the other at one session. However such a procedure would be a disaster for a seven-to-eighteen months-old. Use only one groups of five words at a session and then put them away.



The reason for this is simple. Each day your baby's mobility will be expanding. At three months he is relatively sedentary. He is a watcher. He will watch his words for a long periods. We adults love this, so we get into the habit of showing him all his words as one sitting. We get used to this routine, it is easy for us. But each day, baby is changing. He is getting more and more mobile. As soon as he is creeping on hands and knees a whole world of new possibilities opens up for him. He now has a driver's license and he is just dying to explore. All of sudden this sedentary little fellow, who saw fifty words quite happily, is no longer sedentary. He has no time at all for his reading. We become discouraged. Where have we gone wrong? He must not like reading anymore. Baffled, we give up.

The baby must be baffled too. He was having such a good time reading and then the words disappeared. It wasn't that he stopped liking reading, it was that his schedule became busier. He now had an entire household to explore. He has all those kitchen cabinets to open and close, all those plugs to investigate, every piece of fuzz on the carpet has to be picked up and eaten before the sun sets. You have to admit that there is an awful lot on a seven-month-old's plate when it comes to search and destroy. He still want to explore reading too but he cannot afford fifty words at one time. Five words at one time is far, far better.

If we provide him with brief session, he will continue to gobble up new words at a mile a minute. It is only when we make him late to his next pressing appointment by taking more than a few seconds that he is forced to abandon ship and leave us sitting alone in the middle of the living room floor.



We adults love to find a nice comfortable schedule and then stick to it no matter what. Children are dynamic- they never stop changing. Just as we have established a routine, the tiny child moves on a new level abd we find we must move with him or be left  behind.

Because this is so, always keep sessions in brief, then as his mobility expands you will be in the habit of brief session, which are a natural part of his busy schedule and fit in with his agenda.

Sunday, June 19, 2011

The Perfect Age to Begin (I)

Posted by tenangnow | 0 comments
Starting With An Infant ( 3 months to 6months)

If you are beginning your reading program with a 3-6 months old, he will be majoring in the first step of the Reading Pathway. This step will be the heart of your program. The most important things to remember are:

1. Show words very quickly.
2. Add new words often.

The wonderful thing about a tiny infant is that he is a pure intellectual. He learns anything with a total impartiality and without any bias what-soever. He learns fir learning's sake, without any strings attached. Of course, his survival depends on this characteristics but it is an admirable characteristics and is no less admirable for being tied to his survival.

Between 3-6 months of age a tiny baby is able to take in language at an astounding rate. He is also seeing detail consistently. In short, he is able to absorb spoken language without the slightest difficulty, as long as we make that information loud and clear. He is able to absorb written language as long as it large and clear. It is our objective to keep reading words large and bold so that the baby can always see them easily.

At this stage a baby is using sounds to talk to us. However, it will be months before we are able to decode all these sounds as the words, sentences and paragraphs that they are. In adult terms, then the baby cannot talk.

He has superb sensory pathways to take in information, but he has nit yet developed the motor pathways sufficiently to get information back out in a way that can readily be understood.Since this is the case, someone will no doubt ask you how can teach a baby to read when he cannot yet talk. Reading is done with the visual pathway, not the mouth. Readings is the process of taking in language of putting out language in its oral form.

Reading is a sensory ability as is hearing. Talking is a motor ability as is writing. Talking and writing require motor skills that the baby doesn't have.  The fact that your baby is too young to speak and is not able to say his reading words does not negate the fact that you are increasing and enrichment his language by teaching him to read.  Indeed such investment in teaching the baby to read will speed his talking and broaden his vocabulary. Remember that language is language, whether transmitted to the brain via the eye or via the car.

At The Institute for the achievement of Human Potential we use reading as one of the important means of teaching brain-injured children to speak. Reading aloud for a 4 months old is impossible. This is to his great advantage since no one will be tempted to try to get him to do this. He can read as you and I read silently, quickly and effectively. At this age of tiny child a glutton  for information. He will probably demand more information than you are able give him. When you begin your reading program you may often find that at the end of a session he will demand more. Resist the temptation of repeating his words again or doing another group just then. He might happily see 4 or 5 groups of words and still want more.

You can actually show several sets back-to-back with 3 or 4 months old and get away with it for a few months, but he prepared to change in the near future because you will need to do so. Remember he is a linguistic genius - be prepared to feed him with a lot of new single words.


Wednesday, April 27, 2011

Set Al-Furqan

Posted by tenangnow | 0 comments
Umi percaya ramai mommy di luar sana yang telah menggunakan Set Al-Furqan ini untuk membantu dan mengajar anak membaca cepat Al-Quran...Berdasarkan kepada 'prinsip Glenn Doman' kaedah phonic ini semakin mendapat perhatian semua pihak sama ada ibu bapa, guru, pakar pendidikan kanak-kanak dan sebagainya. Banyak kajian dan bukti menunjukkan cara ini lebih berkesan berbanding sistem penbelajaran mengenal huruf diperkenalkan. Begitu juga dengan sistem Al-Furqan. Apa yang istimewanya Al-Furqan ini? Umi tertarik dengan buku ini kerana kaedah yang dicipta tidak mengikut abjad hijaiyyah alif, ba, ta dan seterusnya tetapi susunan yang disusun mengikut bunyi pertama yang keluar dari mulut baby...

Set ini ada 4 buah buku & 1 CD audio Panduan Mengajar Efektif






BUKU 1


  • Mengenal dan membaca 14 huruf lazim al-Quran
  • Keutamaan huruf berdasarkan bunyi pertama yang keluar daripada mulut bayi
  • Penggunaan kad imbasan dan lagu-lagu yang menarik bagi kanak-kanak
  • Latihan membaca suku kata perkataan bermakna secara bertahap
  • Mengenal dan memahami fungsi baris asas bacaan al-Quran
 
BUKU 2


  • Mengenal dan membaca 14 huruf Al-Quran yang susah disebut
  • Latihan membaca pelbagai suku kata dalam pelbagaibaris secara bertahap
  • Mengenal dan membaca huruf sambung
  • Membanding dan membezakan bentuk dan bunyi huruf yang hampir sama


BUKU 3




  • Mengenal dan membaca Mad Asli
  • Mengenal dan membaca bacaan Tanwin
  • Mengenal dan membaca Bacaan Sukun
  • Mengenal dan membaca bacaan Mad Lin
  • mengenal dan membaca bacaac Qalqalah
  • Mengenal dan membaca Bacaan Tasydid
  • Latihan membaca pelbagai bentuk bacaan secara bertahap
  • Bina keyakinan membaca Al-Quran seawal mungkin
BUKU 4



  • Mengenal dan membaca asa bacaan panjang
  • Mengenal dan membaca Hamzah Wasal
  • Mengenal dan membaca Lafaz Allah
  • Memahami cara meberhentikan bacaan
  • Mengenal dan membaca asas bacaan dengung dan sebaliknya
  • Mengenal dan membaca asas bacaan idgham
Selain daripada itu, mommy boleh dapatkan Flash Card Al-Quran (tapi setakat hari ini, umi diberitahu stok ni dah abes, sbb hot selling) kene tunggu la nampaknya bagi mommy yang takde lagi..hehe..



Istimewanya Kad AL-FURQAN mengandungi 48 keping kad yang disusun secara sistematik sebagai alat bantu mengajar Al-Furqan 1 - 4. Harga RM12 (promosi KLIBF) Normal Harga RM15. Kalau mommy nak tempah Set Al-Furqan ini boleh emel ye..atau

Boleh dapatkan buku ini di booth ReadNetwork, PWTC sekarang..promosi ini sempena KLIBF 2011, so mommy jangan lepaskan peluang ini untuk mendapatkannya dengan harga yang murah! Kalau nak beli daripada umi pun boleh, tp harga biasa RM24.90





Sempena KLIBF 2011 ini juga, umi membuat promosi untuk Little Reader Deluxe dengan harga yang lebih murah, save RM200. Normal price is RM1300 tapi untuk kali ini umi menawarkan promosi RM1100 sahaja sehingga June 2011..sebulan je..klu ada permintaan, insyaallah akan dipanjangkan tempoh tersebut bergantung kepada beberapa faktor. So, jom kita meriahkan suasana ilmu ini dengan menambahkan keberkatan mengajar dan belajar ilmu dan al-quran di rumah..Semoga malaikat sentiasa menaungi mommy dan baby yang berada dalam majlis ilmu ini...

Saturday, April 16, 2011

Bukan untuk bertanding?

Posted by tenangnow | 0 comments
Mesti kenkadang mommies tertanya-tanya pada diri, kenapa sibuk nak ajar anak awal-awal..sampai masanya drg ni boleh la membaca, takyah nk susah payah nak ajar.."

Kalau kita tengok sejarah ilmuwan dahulu, (umi pernah ulas sedikit sebelum nie) bagaimana Imam Syafie 7 tahun dah boleh menghafaz al-Quran, 30 juzu' ok?ahaks.... Al-Maududi umur 15 tahun dah jadi editor akhbar, Sultan Muhammad al-Fateh umur 19 tahun dah jadi pemerintah...

Glenn Doman menggalakkan untuk mengajar anak seawal mungkin. Beliau juga pernah cakap.."ada banyak sangat teknik di dunia ni untuk mengajar anak untuk membaca"..tetapi daripada semua teknik yang dikaji, cara yang paling berkesan adalah "bila anak dan mommy happy masa belajar".

Basically Glenn Doman metod guna flash card, lebih kurang sama dengan Shicida metod..especially bab flash card dan principle macam mana nk mengaktifkan otak kanan baby. Antara teknik yang dilakukan oleh Glenn Doman:
  • Start early.
  • Teach when your child is happy. (And you’re happy too!) bukan dua-dua tengah stress.
  • Stop before your child want to stop/anak naik bosan/minta berhenti.
  • Create a good and conducive learning environment. Don’t do it while the TV is on.
  • Trust and respect your child.
  • Tunjukkan material cepat2.
  • Selalu update material (tunjuk benda baru).
  • Istiqomah. (ni yang paling penting..!)
  • Sentiasa bersedia awal2 dengan material, etc.
  • The Fail-Safe-Law : Kalau kita dan anak tak menikmati masa2 yang seronok semasa belajar tu, tolonglah stop. You’re doing something wrong.
Malah bukan 24 jam kena ajar budak2 ni. Budak2 cepat belajar. Umi dengan anak2 tak ada pun lebih 10 minit buat aktiviti macam ni. tapi otak mereka sangat superb. Apatah lagi kalau ibu bapa yang committed.

Thursday, March 17, 2011

Flash Method By Doman 2 (con't..)

Posted by tenangnow | 0 comments
MATERIAL PRESENTATION

  • Initially, make the words BIG and RED. A card should be about the length of one and a half pieces of A4 paper, with the word filling most of the card.
  • To fit increasing numbers of words to a card, you will be reducing the text size. Do so gradually, and monitor your child's reaction at every stage. Go back to a LARGER text size if your child appears uncomfortable.
  • Once your child is comfortable with the reading process, switch to BLACK TEXT. Black is easier on the eye than red when there are more words to a card.
  • Write the word on the back of the card for your own references (you can write it small) - you will SAY the word at the moment you flash the card to your child.
  • Prepare 200 WORDS initially and always have 200 words ready to go. "It is important to be ahead of your child, because your child will not move at the same rate. He will begin at what seems like a very fast rate to you, and then he'll speed up" - JD
  • Organize the words into CATEGORIES (e.g. home, animals, colors, etc)
will be continued...

cheers...

Monday, March 14, 2011

Flash Method By Doman 1

Posted by tenangnow | 0 comments
The Doman reading program can begin any time from the age of 3 months. The following is a summary of the method that mommies can do it with your cute baby at home!!!

WORD SELECTION

  • Start with words that are familiar to your child - words in his environment, words that you use often, e.g. people's name (ummi, abah), objects around the house (ball, books), common everyday vocabulary (smile, laugh, kick, amek ball). Your child will benefit from a teaching program tailored specifically to him because you, as his mom, know better than anyone what interests your child.
  • Choose words that you know your child will enjoy or find interesting. Short words that look alike e.g. bird, cat, sit - are boring. Words like "spaghetti" or "refrigerator" are interesting. Children taught parts of the body invariably find the word "belly button" the most fun, and therefore memorable.
  • Do include long and unusual words. It's easy to confuse words that look alike; much harder to confuse a word like "spaghetti" with another word.
 will be continued....tungguuuu....

Thursday, March 3, 2011

Little Reader & Al-Quran

Posted by tenangnow | 0 comments
"Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca Kitab"


Pantun ni zaman dulu-dulu lagi kita dengar kan..? orang tua-tua memang suka sangat nyanyi lagu ni masa nak tidurkan baby. Tapi apa significantnya pantun ni? Kalau kita tengok maksud pantun ni, orang dulu pun percaya dan yakin baby yang takde gigi tu pun boleh pandai baca Kitab, maksudnya al-Quran laaa..apatal lagi kita zaman teknologi mcm-mcm ni, bukan setakat Quran kita boleh ajar, bahasa lain dan subjek pun kita boleh ajar..

Menyingkap sejarah membaca ni, dalam Islam kita digalakkan untuk mengajar anak membaca pada usia awal, terutamanya membaca al-Quran. Kalau kita masih blur-blur dan pening lagi, tak percaya tengok baby boleh membaca, cuba kita tengok Imam Syafie sudah menghafaz 30 juzuk pada umur 7tahun, maknanya beliau sudah mula membaca pada usia 2 tahun..sebab family Imam Syafie telah berhijrah ke Mekah pada usia 2 tahun. Kemudian beliau menghafaz kitab al-Muwatta', Imam Malik ketika umurnya 10 tahun. Pada sesiapa yang pernah tengok, belek dan belajar kitab Muwatta' ni mesti salute abes la...umi sendiri yang belajar kitab ni pun pening-pening nak faham, apatah lagi nak hafal..Masyaallah!!! Then, sape lagi tokoh Islam yang sudah menghafal al-Quran sejak kanak-kanak; Imam as-Sayuti, Ibn Sina, malah ramai lagi....Allah telah menyebut dalam Quran, "Dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran.." (Surah al-Qamar, ayat 13)

Kebiasaannya dan mengikut fitrah alam, kanak-kanak yang boleh membaca al-Quran pasti akan lebih success dalam pelajaran, tingkah laku pun baik, happy selalu dan lebih tenang..Kerana al-Quran yang mereka belajar bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup yang sangat agung, malah berperanan sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran yang lain seperti bahasa English, Cina, Matematik, Sains dan sebagainya. Oleh itu, dengan Little Reader, kita boleh manfaatkan system dan mendowload file yang sesuai untuk mengajar baby membaca al-Quran. Mana yang sudah memiliki software LR, boleh cari author Nellie dan share file surah al-Quran dengan beliau.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan cepat, sama ada dari segi intelek, jasmani mahupun rohani. Baby tiak akan berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap apa yang dia belajar. (Mukhlis sekarang ni, tersangat sensitif dan cikgu dia kata Mukhlis sangat manja kat sekolah, hobi dia suka melanding2 kat badan dan kaki....kot dia tgk kat umah orang suka melanding2..hehe..)  Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik. Mengajar mereka ini seolah-olah mengukir di atas batu...

Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar pendidikan awal kanak-kanak, mereka telah mengenalpasti peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.

Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan kanak-kanak adalah Dr Glenn Doman. Antaranya:
  • Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.
  • BKanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  • Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran dan percakapan. (Sangat-sangat betul...mukhlis suka sangat bercakap, tapi cakap bahasa baby la...ummi tak faham lagi..)
  • Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Kaedah rangsangan mata dan telinga ini telah digunakan oleh LR untuk memastikan baby cepat membaca dan bercakap.
  • IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsang pada peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsang selepas peringkat ini.
  • Apa yang tidak diperolehi semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila mereka besar kelak.
  • Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak pada apa yang didapatinya semasa baby.
Oleh itu, melalui kajian ini, pakar kanak-kanak amat menyarankan supaya kita memulakan pendidikan seawal yang mungkin. Kita perlu memahami proses pembelajaran baby yang berkesan melalui rangsangan, belaian sentuhan dan sebagainya sebagaimana yang telah dicipta oleh Brillkids dengan mengutamakan "bonding time" antara ibu dan baby semasa belajar.

Kemampuan baby membaca pada usia yang awal tidak datang dengan sendirinya, kita sendiri yang perlu mencipta suasana dan persekitaran membaca bermula dari rumah.

BE THE BEST TEACHER AT HOME TODAY!!





Thursday, February 10, 2011

Method Ajar Membaca: Flash Method

Posted by tenangnow | 1 comments
Traditionally, flash metod melibatkan flash kad sama ada dibuat sendiri atau dibeli dari mana kedai buku, dan akan ditunjukkan kepada baby secara cepat.

Flash card metod (at a speed of less than one second per card) ini merupakan salah satu cara yang sangat effektif untuk mengajar baby membaca, antara sebabnya adalah:


1. Maklumat yang diberikan secara cepat adalah lebih mudah diserap oleh otak kanan baby. Tidak seperti otak kiri, ia melibatkan ketepatan, directed effort berbanding otak kanan yang berlaku tanpa sedar dan effortless. 

Apa beza otak kanan dan otak kiri? ini penting untuk ibubapa tahu, kenapa baby kena guna otak kanan?

Pada tahun 1968, Dr. Roger Sperry pertama kali menemukan perbezaan fungsi otak kiri dan otak kanan. Secara kasarnya, fungsi bagi kedua-dua otak ini:

OTAK KIRI mengendalikan :

1. fikiran sedar
2. analisa, logika, rasional
3. bahasa

OTAK KANAN mengendalikan :

1. fikiran bawah sedar
2. emosi
3. kreatif, intuitif

Mungkin anda pernah mendengar di mana para ahli mengatakan bahwa kita HANYA menggunakan 3% dari seluruh kemampuan otak. Mengapa ? Kerana sebahagian besar kemampuan otak terkunci di dalam fikiran bawah sedar, yang merupakan bahagian dari otak kanan.Jika dilihat dengan lebih detail, otak kanan berfungsi untuk:

1. photographic memory
2. speed reading, listening
3. automatic mental processing
4. mass-memory
5. multiple language acquisition
6. computer-like math calculation
7. creativity in movement, music and art
8. intuitive insight

See!! Betapa hebat dan berkuasanya kemampuan otak kanan kita! Tanpa kita sedar sebenarnya  hampir seluruh kehidupan kita, sama ada sejak dari sekolah sampailah kerja harian yang kita buat setiap hari hanya menekankan pada kemampuan otak kiri. Oleh itu, kita perlu seimbangkan kemampuan otak kiri dan otak kanan secara maksimum. Dan sebelum anak-anak kita terjun ke dunia otak kiri, lebih baik kita kembangkan kemampuan otak kanan mereka dari sekarang..

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan perkembangan otak kanan baby, antaranya ialah image training (latihan imaginasi), visualisasi, dll., termasuk juga flash card ini. 

2. Kanak-kanak, especially baby akan mudah belajar secara cepat berbanding orang dewasa; which is much faster even than adults can imagine. Salah satu cara untuk baby memberi perhatian dan fokus adalah dengan menggerakkan flash card secara cepat.
Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)