Showing posts with label Didik Anak Dengan Qur'an. Show all posts
Showing posts with label Didik Anak Dengan Qur'an. Show all posts

Sunday, March 20, 2016

Kenapa Perlu Ajar Sendiri Anak Baca Qur'an?

Posted by tenangnow | 0 comments
Kenapa Perlu Ajar Sendiri Anak Baca Qur'an?

Mengajar anak membaca al-Qur'an walaupun hanya mengenal huruf alif ba ta merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dipikul bagi setiap ibubapa. Bukankah ibubapa sebagai role model terbaik untuk anak-anak. Apalah sangat 10minit sehari untuk kita belanjakan masa daripada 1440minit yang kita ada. Semoga ia menjadi bekal akhirat dan amal jariah yang tidak akan putus pahalanya nanti.

mybbcanread.com

Cara: 
Anda boleh mencari dan membeli apa sahaja bahan bacaan yang sesuai dengan anak supaya anak boleh belajar dan membaca dengan enjoy dan gembira.


mybbcanread.com

Ibubapa perlu menjadi role model kepada anak-anak terutama dalam mendidik dan mengajar al-Qur'an. Jika ibubapa tidak lancar dan merasa kurang kemampuan untuk mengajar,
cuba sebaik mungkin untuk belajar dan mengajar.


Kenapa Perlu Ajar Sendiri Anak Baca Qur'an?

"Sesiapa yang membaca al-Qur'an sebelum baligh umurnya, maka akan dikurniakan hikmah kebijaksanaan pada usia kecilnya" (Hadis Riwayat Abdullah bin Abbas r.a)



Kenapa Perlu Ajar Sendiri Anak Baca Qur'an?

Setiap pengorbanan dan kesabaran dalam mengajar al-Qur'an malahan setiap huruf yang anak belajar akan menjadi amal jariah dan pahala berterusan walaupun kita berada di alam barzakh.


mybbcanread.com

“Sesiapa yang membaca al-Qur`an dan mengamalkannya Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahawa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. ” (H.R. Abu Daud)



“Tidak berkumpul suatu kaum di salah satu rumah Allah SWT, sedang mereka membaca kitab-Nya dan mengkajinya, melainkan mereka akan dilimpahi ketenangan, dicurahi rahmat, diliputi para malaikat, dan disanjungi oleh Allah di hadapan para makhluk dan di sisiNya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud)


Pilihan:
Kami menyediakan pilihan alat bantu ajar menggunakan flash felt hijaiyah yang boleh dibawa ke mana-mana. Mudah, ringan dan mesra bayi. 


mybbcanread.com


Like and Share
www.mybbcanread.com
019-3134144

Berminat untuk menjadi agen dropship kami?

 Klik sini



Thursday, December 10, 2015

Kualiti Flash Felt Hijaiyah

Posted by tenangnow | 0 comments

Kualiti Flash Felt Hijaiyah


Bagi memastikan kualiti produk yang kami hasilkan adalah yang terbaik, pihak pengurusan telah membuat saringan dan penyelidikan bagi material felt yang terdapat di Malaysia. Terdapat beberapa jenis felt yang boleh digunakan, polyester felt dan acrylic felt.

Acrylic felt adalah felt yang lembut dan diperbuat daripada acrylic iaitu plastik yang menyerupai wool felt. Polyester felt pula diperbuat daripada 100% polyester yang mempunyai campuran tertentu dan gred mengikut ketebalan dan kelembutan material. Ketebalan antara 1mm - 1.3mm yang sesuai untuk membuat produk handmade seperti beg, purse, wording, applique, embellishment, keychain dan sebagainya. Ia tidak begitu mudah berbulu dan mudah dipotong serta tahan lasak.

Berbanding acrylic felt, ia agak berbulu dan tidak boleh digunakan untuk membuat flash felt. Oleh itu, kami telah memilih polyester felt untuk menghasilkan produk "FLASH FELT HIJAIYAH" dengan ketebalan 1.2-1.3mm.

Di bawah adalah beza antara polyester dan acrylic felt.


Acrylic Felt






Polyester Felt


Dan Alhamdulillah, kami menerima respon yang sangat positif daripada pembeli.







Bagi anda yang ingin  membuat tempahan, anda boleh inbox kami di fanpage atau Whatsapp / Telegram 019-3134144


Bagi yang berminat untuk menjadi Agen DROPSHIP, anda boleh mendaftar di borang yang disediakan atau whatsapp di nombor yang sama 019-3134144

Monday, October 19, 2015

Soalan Al-Quran Yang Anda Wajib Tahu

Posted by tenangnow | 0 comments
Soalan teka-teki ini mengandungi beberapa soalan yang paling asas yang anda patut dan wajib tahu. Jika ada lagi soalan yang anda belum tahu jawapannya, bermakna anda perlu ingat dan hafal sekarang!

S : Berapa jumlah Surah dalam al-Quran ?
J : 114 Surah

S : Berapa jumlah Juz dalam al-Quran ?
J : 30 Juz

S : Berapa jumlah Hizb dalam al-Quran ?
J : 60 Hizb

S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran ?
J : 6236 Ayat

S : Berapa jumlah Kata dalam al-Quran ? Berapa jumlah hurufnya ?
J : 77437 kata atau 77439 kata dan 320670 huruf

S : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Quran ?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.

S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 14 Sajdah

S : Berapa jumlah para Nabi yg disebut dalam Al-Quran ?
J : 25 Nabi

S : Berapa jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran ? Sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

S : Berapa jumlah Surah Makiyah dalam al-Quran ? Sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

S : Berapa jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam al-Quran ?
J : 29 Surah.

S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyah adalah Surah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah? Sebutkan lima saja ?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dalam Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.

S : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam al-Quran?
J : Maryam binti Imran.

S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.

S : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.

S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.

S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.

S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas

S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk

S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J : Surah al-Khafi

S : Apakah ayat yang paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S : Pada kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Solat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga ?
J : Ayat Kursi.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sebanyak 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa ? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?
J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran ? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.



Sila kongsi supaya semua orang tahu. Semoga Bermanfaat!!

Thursday, October 15, 2015

Set Furqan Rangsang Penglihatan Bayi

Posted by tenangnow | 0 comments
Rangsangan Mata Bayi

Pernah terfikir bagaimana bayi melihat? Adakah ianya sama seperti manusia dewasa ataupun tidak? Ataupun pernahkan anda terfikir bagaimana cara meransang penglihatan mata mereka secara efektif? Jika ya, teruskan membaca penulisan oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib, Pakar Optometris & Prof Madya, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penggunaan penglihatan secara maksima adalah penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak berpenglihatan baik akan didapati lebih cepat penggunaan koordinasi mata dan anggota seperti berjalan, duduk dan menari. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tidak dirangsang penglihatannya boleh menyebabkan ianya lambat berjalan dan sukar mencapai objek.

Cara paling mudah dan efektif untuk merangsang penglihatan bayi adalah dengan bermain dengannya. Adalah penting untuk bermain dan berinteraksi  dengan bayi dan kanak-kanak  dengan menggunakan mainan yang bersesuaian dengan umur bayi.

Telah menjadi lumrah, salah satu persediaan utama untuk menyambut kedatangan bayi adalah dengan mewarnakan bilik tidur bayi atau nurseri dengan warna-warna terang dan garang seperti merah, kuning, hijau dan sebagainya.

Begitu juga dengan barangan-barangan bayi seperti katil dan mainan-mainannya akan dipilih dengan pelbagai warna. Tetapi adakah ini akan memberi stimulasi maksima pada penglihatan bayi anda?

Peka Warna Hitam Putih

Warna dan corak hitam & putih adalah material yang paling mudah untuk dilihat oleh bayi yang baru lahir. Semakin umurnya meningkat barulah bayi pandai membezakan tona-tona warna hitam dan putih sebelum mula dapat menilai warna-warna lain disekelilingnya.



Warna-warna lain juga mampu dilihat oleh bayi sewaktu lahir tetapi untuk membezakan setiap warna mengikut tona adalah sukar kerana reseptor kon di retina masih belum matang sepenuhnya. Walaubagaimanpun penglihatan bayi boleh berkembang sangat cepat, dalam tempoh yang singkat.

Pada usia 2 bulan, bayi sudah boleh membeza banyak warna. Oleh itu jangan hanya tayangkan semua objek dan mainan berwarna putih dan hitam sahaja pada bayi kerana anda mungkin membantutkan pula stimulasi penglihatannya pada warna-warna lain.

Bayi yang baru lahir akan lebih gemar melihat garisan sisi berkontrast tinggi seperti bentuk wajah atau garisan rambut dan wajah. Ketika berusia 2 bulan barulah bayi mula melihat mata, hidung dan mulut  ibubapanya. Dan tidak menghairankan jika ketika berusia 5 bulan, bayi sudah pandai membezakan wajah ibubapanya dengan orang asing.

Kredit: Prof Madya Haliza Mutalib

Set Furqan Membantu Stimulasi Penglihatan Bayi Anda

Disebabkan penglihatan bayi masih terlalu ‘muda’, bayi lebih senang melihat warna dan corak yang mempunyai kontras tinggi seperti warna hitam dan putih. Warna dan corak hitam putih berkontras setinggi 100% yang ditayangkan dihadapan bayi akan menarik perhatiannya berbanding dengan satu objek yang berwarna warni.
e

Oleh itu, penglihatan sebagai salah satu panca indera yang memerlukan stimulasi rangsangan untuk mencerdaskan minda anak.

Tahukah Anda?
Wajah ibu adalah objek yang paling disukai bayi untuk menarik perhatian, bentuknya, gerakkannya, dan suaranya.

Bagi yang berminat untuk dapatkan set furqan ini, boleh hubungi:
Whatsapp: 019-3134144
Fanpage: MyBabyCanRead
Telegram: 019-3134144

Saturday, August 22, 2015

Kesan Ayat Al Quran Kepada Sel Darah Merah Tubuh Manusia

Posted by tenangnow | 0 comments

Alunan ayat al Quran terdiri dari beberapa frekuensi yang sampai ke telinga dan seterusnya menggetarkan sel otak. Ia memberi kesan kepada medan elektronik tubuh yang dikeluarkan oleh getaran frekuensi dari sel-sel tersebut. Tindakbalas langsung ini menukar getaran yang sedia ada pada tubuh jika frekuensi dari al Quran tersebut dihantar/didengar secara berulang.



Virus dan kuman pula sangat terkesan dengan getaran suara terutama dari getaran alunan al Quran. Ia akan menjadi lemah dan berhenti. Aktiviti sel yang sihat pula akan meningkat dan menyembuhkan kembali program penyembuhan tubuh yang terganggu untuk bersedia semula bagi menentang virus dan kuman

Dibawah adalah gambar sebenar sel darah merah yang mula menukar medan elektromagnetik di sekitarnya selepas diperdengarkan alunan al Quran.



Sumber dari Secrets of Quran Healing:
http://kaheel7.com/eng/index.php/secrets-of-quran-a-sunnah/69-the-power-of-quran-healing



Wednesday, August 12, 2015

Bijak Baca Qur'an dengan Flash Hijaiyah

Posted by tenangnow | 0 comments
Perkongsian ini merupakan perkongsian sendiri daripada Puan Nursyahirah Ibrahim di dalam group agen dropship My Baby Can Read. Beliau merupakan salah seorang daripada agen dropship pada awalnya dan alhamdulillah kini menjadi agen borong MBCR.

Apa yang beliau lakukan dan amalkan kepada anak beliau, Aufa adalah asas kepada pengenalan huruf al-Quran, dimana teori flashcard dan Glenn Doman diaplikasikan sejak dari bayi lagi.

Diharap lebih ramai lagi ibu menjadi aspirasi dan inspirasi kepada ibu yang lain.


Nukilan: Puan Nursyahirah Ibrahim
AUFA LIEW DAN HIJAIYAH-1TAHUN

Perkongsian ini untuk kawan-kawan yang bertanya dan ingin tahu macam mana aufa bermula mengenal huruf hijaiyah hingga ke hari ini umur aufa 1tahun 2minggu..

~ sebelum tu bonda aufa harap sangat siapa yang baca tentang perkongsian ni dapat berfikiran positif dan terima yang baik sebagai ilmu dan yang kurang baik tu jadikan sempadan =)

jangan sesekali bandingkan anak kita dgn org lain tapi utk dijadikan satu bukti yg ALLAH itu MAHA pemberi,MAHA mengetahui..

1. Permulaanya bila aufa lahir,saya aplikasikan segala ilmu yang dikutip semasa mengandung..banyak sumber yang saya dapat antaranya dari buku dan seminar online.
aufa 7 hari - saya bagi rangsang mata pada aufa menggunakan pattern hitam putih yang di print ( nanti saya share link untuk sape2 yg nak print)
di samping tu bagi rangsangan pendengaran aufa dengan juz amma

2. Aufa 20 hari - saya perkenalkan huruf pertama iaitu huruf AAA (alif)
saya terus sebutkan huruf tersebut dengan baris atas sebab guna kaedah fonetik.
dan kaedah fonetik lebih sesuai untuk anak lebih cepat membaca dan insyaallah boleh cepat membaca Quran.

3. saya hanya kenalkan satu huruf pada satu masa bukan sekaligus semua huruf.
saya kenalkan AAA sahaja dalam 7 ke 8 hari..dan sesi flash card aufa hanya 5minit sehari..hari ke 9 atau 10 baru saya kenalkan huruf ke2 iaitu huruf BAA,dan saya ulang semula huruf AAA tu sekali dengan huruf BAA..
memang saya kenalkan huruf tu satu2,biar lambat asalkan istiqamah.



4 Aufa 2 bulan -makin nampak reaksi galaknya bila tengok kad..mata die seolah olah scan mengikut bentuk huruf..masa ni dah 3 huruf diperkenalkan iaitu AAA,BAA, dan MAA..

5. Aufa 4bulan - makin galak pegang2,gigit2 kad..dah mula pandai sengih2,ketawa2 bila bermain dgn kad kesygn die..masa ni huruf yg diperkenalkan pun dah bertambah kepada 7 huruf..

6. Bila genap umur aufa 5 bulan,dah mula nampak satu reaksi positif yg memeranjatkan bonda nya. masa ni aufa dah pandai gelak,dah pandai cuba2 nak rampas kad dari bonda,dah pandai jerit2 bila bonda amik kad dari dia.
saya dpt ilham hari tu susun 5 keping kad depan dia..masa tu aufa atas riba bonda nya..
aufa cuba nak amik kad yang bonda sebut..masa tu saja2 je sebut huruf AAA dan memang aufa pilih kad yang betul berulang kali..mulai hari tu,bonda nya tau aufa dah kenal huruf pertama dia.

7. Aufa 6 bulan - kenal 5 huruf daripada 15 huruf yang dah diperkenalkan

8. Aufa 7- 9 bulan - lebih aktif dan masa ni alat bantu mengajar bukan flash card and flash felt je..belajar guna fridge magnet dan ada banner besar gantung dalam bilik
selain tu,bila aufa da pandai duduk sendiri,bila mengaji aufa duduk atas riba dan saya biar dia pegang2 Quran sambil dengar saya mengaji

9. Aufa 10bulan ke 12 bulan - tambahan alat bantu mengajar masa ni sambil main guna puzzle mat alif ba ta..dan bila saya mengaji,saya ajak aufa tunjuk ayat2 yang di baca (biasanya untuk 3 4 surah pendek je lepas tu aufa main)
masa ni memang banyak ulang2 je huruf yang dia da kenal dan uji minda dia dengan bagi pilihan antara 2 kad.

10. Aufa 12 bulan - alhamdulillah aufa dah kenal 21 huruf..tinggal huruf2 yang agak susah makhraj nye dan insyallah lagi beberapa bulan boleh kenalkan baris bawah seterusnya ajar guna buku Furqan pula.

bila aufa mula aktif,banyak juga cara saya pelbagaikan bila ajar seperti sambil dia tolak troley untuk berlatih jalan,masa dalam kereta kadang2 sambil dia makan buah.
pergi ke mana mana pun saya bawa flash card paling kurang 2 atau 3 dalam beg.



yang penting niat kita dan istiqamah..dan jangan terlalu beriya nak anak pandai cepat.
biar anak explore sendiri sambil belajar dengan seronok dan bila mula awal,dia akan biasa dan tahu itu rutin dia..

Percaya lah bahawa semua bayi genius! Ibu bapa yg perlu menyerlahkan lagi kebijaksanaan yg ALLAH dah anugerahkan pada setiap insan yg lahir di dunia ni..kita yg mencorakkan anak yang masih lagi suci bersih =)

Jangan terlalu fikirkan apa org akan kata dlm mendidik anak..Mungkin ada org kata, terlalu awal mendidik anak,biar la anak tu main..buat apa belajar awal nanti anak stress la apa la..tapi kalau kita ada tekniknya,memang anak lagi seronok main sambil belajar..Tapi bagi saya tiada istilah terlalu awal utk mendidik lebih2 lagi ilmu Quran kerana mendidik anak itu sebenarnya sejak dlm kandungan lagi..
dan memang saya fokus huruf quran dulu..insyaallah bila ada ilmu quran,ilmu lain senang je anak nak belajar nanti =)

~semoga perkongsian ini bermanfaat,insyaAllah~
~ BONDA AUFA~




Tuesday, August 11, 2015

Surah AlKahfi Pelindung Anak dari Gejala Bahasa Kotor

Posted by tenangnow | 1 comments

Saya share info ini di wall saya...dan tak sangka ia menjadi viral. Harap semua dapat manfaat dan sama-samalah kita amalkan...😉

Info ini petikan perkongsian daripada Puan Maznah Ibrahim dan maklumat perkongsian asal daripada Puan Nazrah. Semoga ilmu yang disampaikan mendapat ganjaran yang setimpal inshaallah.




***********************

"Baru saya faham sepenuhnya bagaimana Surah Al Kahfi boleh jadi pelindung kita semua.

Tadabbur dan fahami mesej di sebalik 4 kisah di dalam surah ini adalah cara terbaik bagi mengingati diri.

Pn. Lina dalam perkongsiannya baru-baru ini ada berkongsi bagaimana anakandanya Darwisya sangat terlindung dari gejala 'bahasa kotor' rakan sekolahnya dahulu.

Mari kita mula amalkan, dan ajak anak kita dan kita skali menghafaznya.

Kemudian bila anak dah besar, fahami dan jadikan ia sbg survival kit dalam mengharungi dunia kini dan hadapan yang amat amat mencabar.

Credit:Pn Maznah Ibrahim

.............................

'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

Kalau kita perhati bebetul. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

🕐Kisah Ashabul Kahfi
🕑Kisah 2 Empunya Kebun
🕒Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
🕓Kisah Dzulkarnain

Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA
🕐Dugaan Akidah
🕑Dugaan Kekayaan dan Pengikut
🕒Dugaan Ilmu Pengetahuan
🕓Dugaan Dzulkarnain

Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕐Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

Survival Kit dari kisah ashabul kahfi :
Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕑Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕒Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕓Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

💊Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
💉Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
💉Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
💉Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
💉Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.
💉Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
💉Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)



🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

👳Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

👳Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

👳Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

👳Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

👳Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

👳Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

👳Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

👳Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.



Terima kasih Nazrah Abdul Aziz berkongsi dalam grup.



Saturday, September 29, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (III)

Posted by tenangnow | 0 comments
Para pengikut aliran behaviorisme dan psikologi individual terlalu mengutamakan kepentingan pembiasaan dalam pendidikan. Behabiorisme menganggap bahawa hasil pendidikan sangat ditentukan oleh pengaruh yang diterima oleh anak dri dunia sekitarnya termasuk dunia pendidikan. Psikologi individual juga menekankan tentang pengaruh persekitaran dan pendidikan. Kita memang tidak menafikan bahawa pembentukan tabiat pembiasaan ini sangat penting tetapi jangan kita lupa bahawa di samping itu manusia mempunyai juga kata hati yang dapat memilih dan menentukan sendiri.


Stephen R. Covey dalam bukunya "The 7 Habits of Highly Effective People" yang mampu "menyihir" jutaan orang di dunia untuk menjalankan kebiasaan-kebiasaan yang baik secara konsisten dan berdisiplin tinggi, bercerita mengenai buku dan keluarganya seperti berikut:

"Beberapa tahun yang lalu, saya terkejut ketika anak lelaki saya, Joshua bertanya pernahkah dan bilakah saya membaca. Saya sedar anak saya itu tidak pernah melihat saya membaca. Saya selalu membaca ketika saya bersendirian. Bahkan sebelum anak saya bertanya tentang hal membaca itu, pada kebiasaannya saya akan menghabiskan dalam tiga atau empat buku setiap minggu. Tetapi jika saya sedang bersama keluarga saya, saya memberi perhatian sepenuhnya kepada mereka dan saya tidak membaca."

Baru-baru ini saya membaca sebuah kajian yang menunjukkan alasan utama mengapa anak tidak mahu membaca adalah kerana mereka tidak melihat ayah mereka membaca. Saya fikir ini adalah salah satu kesalahan yang telah saya lakukan selama bertahun-tahun. Seandainya saya membuat ruang belajar saya lebih terbuka sehingga anak-anak saya melihat saya lebih kerap membaca."

Apa yang dapat dipetik daripada kisah Stephen Covey ini? Untuk membuat anak menyukai aktiviti membaca, anak-anak perlu merasai persekitarannya dengan  memberi contoh aktiviti membaca yang dilakukan oleh ibu dan bapa. Kisah Stephen Covey ini juga mengajak ibubapa untuk menyedari bahawa satu tabiat yang bernama kebiasaan. Kebiasaan atau habit adalah keadaan yang papling kuat untuk membuat suatu perbuatan atau kegiatan yang dirasakan berat untuk dilakukan (tetapi memberikan manfaat yang banyak) menjadi ringan dilakukan pada akhirnya. Hanya dengan membiasakan diri dengan kebiasaan yang baik dapat melahirkan individu yang bersemangat baru. Ada pepatah mengatakan "We first make our habits, then our habits makes us".



Dari Perspektif Sejarah Islam 

Ibnu Zhafar al-Makki menceritakan sebuah kisah menarik mengenai kecintaan anak dalam mengulang kalimah syahadatain ( dua kalimah shahadah). Beliau mengatakan "Telah sampai kepadaku sebuah kisah bahawa Abu Sulaiman Dawud bin Nushairah-Tha'i ketika berumur 5 tahun diserahkan oleh ayahnya kepada seorang guru. Guru memulakan pengajarannya dengan mengajarkan ayat-ayat al-Qur'an. Ketika dia telah mempelajari surah al-Insan dan telah menghafalnya, pada suatu hari pada hari Jumaat, si ibu melihatnya sedang menatapi tembok dengan merenung sambil menunjuk sesuatu dengan tangannya.

Si ibu yang khuatirkan anak tersebut terus memanggil, "Wahai Daud, bangun dan bermainlah dengan anak-anak yang lain!" Tetapi dia tidak mengikut saranan ibunya dan akhirnya ibunya menarik secara paksa. lalu dia berkata, " Kenapa dengan ibu?" Ada apa-apa yang ibu tidak berkenan?" Si ibu kembali bertanya, "Di mana fikiranmu?" Dia menjawab,"Akalku bersama hamba-hamba Allah. "Di mana mereka?"tanya ibunya lagi.  Dia menjawab, "Dia di syurga." Ibunya bertanya lagi, "Mereka sedang buat apa?" Dia menjawab, "Di dalamnya mereka duduk berteleku di atas pelamin (yang berhias) mereka tidak nampak di situ adanya matahari dan tidak pula merasai suasana yang sangat sejuk." (Surah al-Insan: 13)

Dia terus membaca ayat-ayat selanjutnya dengan renungan yang mendalam hingga sampai pada ayat Allah: "Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu dan usahamu adalah disyukuri (diberi balasan)" (Surah al-Insan:22)

Sesudah itu, si anak mengajukan pertanyaan kepada ibunya, "Wahai ibuku, tahukah engkau apa sebenarnya yang mereka telah lakukan dahulu?" Si ibu tidak boleh menjawab. Akhirnya dia berkata kepada ibunya, "Biarkanlah aku sejenak hingga aku selesai berseronok memahami mereka!" Kemudian si ibu oergi membawanya kehadapan si ayah untuk memberitahu perihal anaknya. Ayahnya kemudian berkata kepadanya, "Wahai Daud, amalan mereka dahulu adalah mengucapkan, "Laila haillallah Muhammadur Rasulullah". Akhirnya Daud pun dapat mengisi sebahagian besar waktunya dengan mengulang-ulang kalimah tersebut.
Latihan yang berulang-ulang adalah latihan yang sangat penting kerana menurut law of exercise semakin kerap sesuatu tingkahlaku itu dilakukan semakin mantap eksistensi (keberadaan) tingkahlaku tersebut.

Semoga dengan perkongsian ilmiah ini dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang pengaruh konsisten/pembiasaan dalam kehidupan kita sebagai ibu dan juga sebagai seorang anak. Sejuta penghargaan kepada penulis Nasirudin di atas perkongsian ilmu beliau yang dinukilkan dalam sebuah buku yang bertajuk " Mendidik Anak berPrestasi Cara Rasulullah.." Semoga Allah membalas curahan ilmu beliau dengan timbalan berat di akhirat kelak...ameeeeen....




Sunday, September 23, 2012

Visual Auditory Kinesthetics Method

Posted by tenangnow | 0 comments
Dalam al-Qur'an ada disebut secara jelas, tentang penggunaan 3 deria yang sangat penting untuk dimanfaatkan dlm semua aktiviti manusia terutama dalam belajar dan memahami sesuatu ilmu..bagaimana ia terbukti...?? Dalam istilah ilmiah, ia disebut sebagai visual = penglihatan, auditory= pendengaran, kinesthetics= pergerakan, tactile= sentuhan.



Kita perlu menggabungkan deria penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Dalam system flashcard manual seperti flash felt hijaiyyah ataupun moden seperti Little Reader, ia telah menggabungkan kesemua deria baby untuk bertindakbalas dan merangsang otak mereka. Baby akan melihat, mendengar, membuat kelakuan/tindakan seperti mana apa yang dilihat dan didengar dan dalam waktu yang sama menyentuh/merasa sesuatu melalui pergerakan yang dibuat. Oleh itu, baby akan lebih cepat faham dan belajar setiap perkataan yang dilihat dan didengar.

Di dalam Al-Qur'an disebut: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Al-A'raf : 204)

"Dan kamu sekali-kali tidak dapat bersembunyi dari persaksian yang dilakukan oleh pendengaranmu, mata-mata kalian dan kuli-kulit kalian terhadap kalian sendiri, bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yang kalian kerjakan." ( Fussilat: 22)

Malah sebenarnya pendekatan  ini juga memang amat berkesan bagi mommy yang nak memulakan teknik hafazan al-quran kepada anakanak. Ayuh kita lihat bagaimana seorang hafiz menghafaz al-Qur'an dengan menggabungkan ketiga-tiga deria ini dan ulasan beliau mengenaninya:

"Ketika mula menghafaz, saya akan mengecam betul-betul pola kedudukan ayat, tajwid serta tanda waqaf (visual). Kemudian saya gunakan suara yang agak kuat (audio) ketika menghafaz ayat demi ayat. Selalunya bila sudah asyik membaca, badan saya akan mula bergerak-gerak mengikuti irama ayat yang dibaca (kinestetik).

Kesemua teknik ini memiliki kelebihannya tersendiri. Teknik pertama (visual) amat baik untuk seseorang mengecam pola kedudukan ayat yang dihafaz. Ia berperanan sebagai "basic" atau "tiang seri" yang ditanam dalam minda lebih awal supaya ingatan hafazan seseorang mudah disusun selepas itu.

Teknik kedua (audio) lebih berkesan untuk jangka masa panjang. Memang benar, ia mengambil masa kerana seseorang perlu mendengar cd bacaan ayat hafazan yang sama berkali-kali. Tetapi berita baiknya adalah, irama ayat bacaan tersebut bukannya tersimpan dalam ingatan jangka pendek tetapi disimpan dalam ingatan jangka panjang.

Saya pernah menggunakan teknik hafazan audio ketika mengingtai surah Yunus dan surah Maryam dengan mendengar kaset baccan Iman Al-Ghamidi berulang kali. Hasilnya Masya Allag, Tabarakallah!! Sama seperti lagu Negaraku yang kekal dalam ingatan kerana dinyanyikan berkali-kali sejak kecil. Ingatan dua surah ini saya anggap paling kukuh dalam ingatan selepas 3Qul dan Surah al-Fatihah.

Bagi teknik ketiga (kinestetik) ia amat berguna untuk melajukan "speed" hafazan seseorang. Ia juga boleh membantu untuk lebih khusyuk ketika menghafaz keranan bila badan bergerak seiring dengan irama ayat hafazan yang dilagukan, ia sebenarnya sedang berada dalam keadaan asyik, "separa khayal" atau iltilah psikologinya - "trance". Keadaan ini amat membantu kerana melaluinya, tumpuan menghafaz akan lebih terarah, lebih feeling dan kurang memikirkan perkara lain. Mengambil kira keadaan tersebut, pastinya kelajuan hafazan akan lebih bertambah, jumlah hafazan akan lebih banyak dan kualitinya akan menjadi lebih baik!"



Beginilah komen dan ulasan yang diberikan oleh seorang hafiz yang berpengalaman. Maka dalam dunia kanak-kanak juga, ia tidak lari daripada teknik yang disebutkan...ibubapa boleh menggunakan teknik pendengaran (audio) dimana ia boleh dipasang pada bila - bila masa walaupun anak sedang bermain. Setiap masa anak-anak sangat berharga untuk dipersia-siakan...biarlah dunia permainan mereka diisi dengan dunia permainan al-Qur'an...Semoga kita sama-sama dapat memanfaatkan apa yang dikongsikan dan seterusnya mempraktikkan kepada anak-anak.

Monday, May 14, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (II)

Posted by tenangnow | 0 comments
Pembiasaan adalah salah satu kaedah pendidikan yang sangat penting terutamanya anak-anak yang kecil yang tidak tahu samada baik dan buruk sesuatu perkara. Tambahan lagi anak yang kecil belum kuat ingatannya. Mereka cepat lupa apa yang sudah dan baru berlaku. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila anak-anak yang baru bangun tidur, mereka lupa yang mereka menangis sebelum tidur atau anak-anak lupa yang mereka baru sahaja ditegur dan buat semula apa yang kita suruh untuk tidak membuatnya...begitulah anak-anak kita yang comel yang berjalan dengan fitrah dunia kanak-kanak mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh menerap perkara-perkara yang baik dengan cara melakukannya secara konsisten seperti dimandikan dan ditidurkan pada waktu tertentu, diberi makan dengan teratur, membaca al-Qur'an, menghafal doa yang pendek dan sebagainya. Perkara yang telah menjadi kebiasaan mereka akan menjadi biasa apabila mereka meningkat usia.



Dalam hal ini, Abdullah ibni Mas'ud telah menyedari tentang prinsip pengulangan ini terhadap anak-anak, sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Thabrani:

"Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu terbentuk daripada kebiasaan.."

Oleh itu, kita boleh lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w yang memerintahkan anak-anak mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun yang bermaksud: " Perintahkanlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan perintah solat ketika mereka berumur sepuluh tahun".

Jelas disini Rasulullah memperuntukkan 3tahun untuk ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka setiap kali waktu solat: (5 x 365) x 3 = 5475 kali perintah!!!!! Ini merupakan angka yang menunjukkan betapa pentingnya pengulangan dalam memberikan perintah. Boleh jadi anak tidak mahu memenuhi perintah untuk kali pertama, kedua atau ketiga. Oleh sebab itu, memang seharusnya dilakukan pengulangan terus menerus tanpa rasa jemu.



Sahabat yang mulia, Abdullah bin Mas'ud menyedari prinsip pengulangan perintah terhadap anak. Dalam memberikan pengarahan kepada ibubapa dalam mendidik anak mereka, Ibnu Mas'ud mengatakan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Thabrani:
"Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu (terbentuk dari) kebiasaan.."

Untuk menjadikan anak yang terbiasa, peringatan harus dilakukan berulang-ulang. Ini kerana Anas bin Malik menerapkan sunnah Rasulullah s.a.w. Anas pernah melalui anak-anak dan memberikan salam kepada mereka dan berkata, "Rasulullah melakukan hal yang sedemikian." Jika anak itu melihat dan mendengar ucapan salam dari orang dewasa terhadapnya lebih dari sekali, ia akan belajar mengucapkan salam dengan baik dan seterusnya perkara itu akan menjadikan kebiasaannya.

 Menanam kebiasaan bagi anak-anak adalah sangat sukar dan kadang-kadang memakan masa yang lama. Akan tetapi, satu perkara yang perlu kita tahu....sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sukar akan berubah. Oleh itu, adalah lebih baik ibu bapa menjaga anak-anak supaya mempunyai perilaku kebiasaan yang baik daripada memiliki tabiat kebiasaan yang tidak baik.

Untuk membolehkan ia segera tercapai, pembiasaan itu harus memenuhi syarat tertnetu, antaranya seperti berikut:

a. Mulakanlah pembiasaan itu sebelum terlambat. Ini bagi mengelakkan anak itu mempunyai kebiasaan lain yang berlawanan dengan hal kebiasaan yang baik

b. Pembiasaan itu hendaklah terus-menerus (berulang-ulang) dan dijalankan secara teratur sehingga akhirnya menjadi suatu kebiasaan. Oleh sebab itu, pengawasan adalah sangat diperlukan.

c. Pendidikan hendaklah sesuai, bersikap tegas dan tetap teguh terhadap pendirian yang telah diambil. Jangan memberi kesempatan kepada anak untuk melanggar pembiasaan (tabiat yang baik) yang telah diterapkan itu.

d. Pembiasaan yang mula-mulanya secara paksaan harus bertukar menjadi pembiasaan atas kehendak hati anak itu sendiri (ikhlas)


Hal ini mungkin berlaku jika dilakukan secara beransur-ansur dengan disertakan penjelasan dan nasihat daripada pendidik sehingga semakin lama timbul pengertian dan pemahaman yang mendalam dalam diri anak. Anak itu sendiri adalah makhluk yang mempunyai kata hati. Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Ajarkanlah kalimat La ilahaillah kepada anak-anak sebagai kalimah pertama dan bimbingkanlahh mereka mengucapkan la ilaha illalah ketika menjelang kematian."

Abdurrazaq meriwayatkan bahawa para sahabat mengajarkan anak mereka dengan kalimah la ilaha illalah ini sebagai kalimah yang pertama boleh mereka ucapkan secara fasih sebnayak 7kali sehingga kalimat ini menjadi kalimah ini menjadi kalimah pertama yang mereka ucapkan.  Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkamul al-Maulud mengatakan " sewaktu anak-anak sudah boleh bercakap, ajarkalah mereka kalimah la ilaha illalaah muhammadur rasulullah dan kalimah tauhid yang lain seperti bacaan selawat, tasbih, tahmid dan doa-doa pendek.*

Begitulah sejarah membuktikan pengaruh pembiasaan itu sangat besar dalam pendidikan anak-anak. Kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembiasaan yang baik menjadi rutin kepada mereka sehingga mereka besar kelak, hakikatnya..ia bukan sesuatu yang mudah..tetapi usaha, pengharapan yang berterusan itu mampu mengangkat darjat mereka sebagai anak yang soleh dan solehah...;)






* Petikan ini telah diadaptasi daripada buku Nasiruddin S.Ag., MM

Lantaran itu, prinsip ini telah dibuktikan dengan teori Glenn Domaan dimana perkataan yang ditunjukkan kepada baby secara berulang-ulang mampu memberi reaksi positif kepada baby dan mampu membaca dalam usia yang awal.




Mommy boleh membaca lanjut tentang artikel "Method Ajar Membaca: Flash Method". Antara alat bantu yang menyokong prinsip ini:











Sila klik di gambar untuk mendapatkan keterangan lanjut

Allah Make Series...

Posted by tenangnow | 0 comments
Kali ni posting ini hanya sekadar coretan dan sedikit perkongsian bersama.. Baru-baru ini, ummi sempat menjelajah ke KLIBF 2012 di PWTC...klu dulu ummi sebagai "penjual" kini datang sebagai "pembeli"...:)

Tujuan dan niat ummi datang adalah untuk mencari buku untuk si kecik Mukhlis...memandangkan dia dah boring dengan buku yang ada di rumah dan sangat excited kalau jupe dengan buku baru. Booth pertama yang ummi jumpe dan singgah, "Saba Islamic Media". Excited jugak tengok di rak-rak buku mempamerkan buku-buku untuk anak-anak...Maka ummi belek satu persatu yang sesuai dengan umur Mukhlis yang baru 2 tahun..kebanyakan buku adalah buku bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak 4tahun ke atas...

Memandangkan budget diperuntukkan untuk buku yang "seusia" dengan umur si comel..maka akhirnya ummi terjupe dan ditaqdirkan untuk membeli buku ini....






Ummi rasa sangat-sangat berbaloi..mukhlis sangat suka n excited...even dia dah boleh baca mana word yang dia selalu jupe..-ingat lagi sharing on repeatation- paling best part page yang last sekali setiap buku...dia akan tulis Allah makes cat, contohnya..so dia dh boleh baca terus...ayat dalam buku ni pendek dan mudah untuk anak yang seusia mukhlis untuk membaca..alhamdulillah...at least dia dah boleh membaca perkataan "Allah"!!!

Set ini ade 2 jenis..softcover dan hardcover...ummi pilih hardcover supaya tahan lama...yang kedua sebab ade flash card...Kalau mommies berminat nk mencuba dan memiliki buku ni..blh menjengah je fb: http://www.facebook.com/MyBabyCanRead

Semoga ade manfaatnya insyaallah!

Monday, May 7, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (I)

Posted by tenangnow | 0 comments
Bila sebut tentang ulang/repeatation, kita boleh reflect semula kepada method yang digunakan oleh Glenn Doman dalam pendidikan awal kanak-kanak...seterusnya diaplikasikan oleh Brillkids..sistem flash card yang diulang perkataan tetapi berbeza daripada gambar, bunyi, video dan sebagainya...juga boleh dilihat bagaimana sistem hafalan qur'an dilakukan dengan melakukan ulangan yang berkali-kali dan akhirnya terus melekat dalam jiwa anak-anak...sungguh takjub bukan...?? tetapi kenapa cara ini digunakan oleh mereka..mungkin ada rahsia disebaliknya yang kita sendiri tidak tahu atau mungkin juga tidak perasan...??

Sebelum kita pergi lagi jauh tentang pengaruh pengulangan dalam jiwa anak-anak ini, adalah lebih baik jika kita mengetahui sejarah pengulangan ini dan yang disebut dalam al-Qur'an. Hakikatnya, sistem pengulangan ini sudah lama wujud hatta di dalam al-Qur'an sendiri menggunakan method pengulangan ini...di dalam bahasa Arab ia disebut "TIKRAR"...mari kita sama-sama lihat apakah rahsia di sebalik tikrar (pengulangan) ini...


Tikrar berasal dari kata karra yang berarti kembali, mengulangi atau menyambung. Imam Jauhari menegaskan hal yang sama yaitu, arti kata karra ialah mengulangi suatu hal atau perbuatan tertentu. Dari segi istilah, tikrar  ialah mengulangi satu kata atau perkataan yang sama beberapa kali kerana bebarapa sebab diantaranya dengan tujuan penegasan (tawkid), memberi peringatan atau menggambarkan agungnya sebuah hal tertentu.

Jenis Pengulangan Dalam Qur'an

1.      Pengulangan yang terjadi pada lafaz
Contoh: Lafaz al-jalalah yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat 247. Ia diulang lebih dari 2kali dalam satu ayat atau bahkan 3kali.Pada ayat lain, lafaz al-Jalalah diulang hingga lima kali pada satu ayat iaitu masih pada surat al-Baqarah ayat 16.

2.      Pengulangan pada mode gramatikal bahasa arab (nahu)
Pengulangan pada jenis ini lebih kepada keindahan alunan muzik yang ditimbulkan bukan pada berapa kali diulangnya suatu perkataan. Keindahan ini membuat al-Qur`an begitu indah sehingga jiwa pun rindu untuk selalu mentadaburinya dan juga mudah untuk dihafal. Jenis pengulangan ini boleh dilihat dalam surah Makkiyah yangmempunyai potongan-potongan surah relatif pendek. Contohnya surat al-Nazi'at ayat 1-5 

3.      Pengulangan pada perkataan
Jenis pengulangan ini terbahagi kepada 2: a. Pengulangan pada perkataan yang berdekatan, ia boleh jelas dilihat di dalam surat al-Rahman, al-Mursalat dan al-Kafirun. b. Pengulangan pada perkataan yang berjauhan. Pada pengulangan ini kembali menunjukkan kepada kita tentang I`jaz Balaghi yang dimilki oleh al-Qur`an. Contoh surat al-Baqarah ayat 49, al-A`raf ayat 141 dan surat Ibrahim ayat 6

4. Pengulangan tentang kisah al-Qur`an
Contohnya kisah Nabi Musa yang boleh dilihat dalam beberapa surah seperti surat Taha, surat al-Syu`ara, surat al-A`raf, surat al-Isra, surat Yunus, surat al-Nazi`at dan surat al-Dzariyat.




Rahsia Pengulangan Dalam al-Qur`an

 a. Menganjurkan manusia agar mentadabburi al-Qur`an dan seterusnya mengambil ibrah dari pengulangan ayat tersebut. Seperti pada ayat-ayat yang menjelaskan tentang kekuasaan Allah dari penciptaan langit, bumi angkasa raya dan sebagainya. Seperti pada surat al-Syua`ra ayat 8 dan 9 yang diulangi sebanyak lapan kali

b. Anjuran agar istiqomah.

c. Pengukuhan kewujudan Allah yang memilki alam semesta. Seperti dalam surat al-Nisa ayat 131 dan 132

d. Pengkhususan. Seperti pengulangan pada lafaz "manusia" sebanyak dua kali pada surat Ghafir ayat 61. Pemgkususan ini diperuntukan kepada manusia dari makhluk yang lainnya dengan kekufuran mereka pada nikmat-nikmat Allah.

d. Celaan. Seperti pengulangan pada ayatفبأي الاء ربكما تكذبان  sebanyak 30 kali

f. Ancaman. Seperti pengulangan ayat (ويل يومئذ للمكذبين)  pada surat al-Mursalat

Bacaan lanjut boleh dilihat di sini: http://qoetoez.wordpress.com/2011/03/14/pengulangan-al-tikrar-dalam-al-quran/



to be continued....perbincangan lanjut akan menyentuh tentang pengulangan yang membawa kepada kebiasaan....



Saturday, April 28, 2012

Flash Felt My Little Jannah

Posted by tenangnow | 0 comments
Kemungkinan ramai yang menanti kemunculan posting yang baru..terutama kepada silent reader, ummi mintak maaf banyak-banyak..tapi ummi harap mommies tak "merajuk"la daripada menjenguk blog yang kerdil ni. Kerana kekangan komitmen, kesihatan dan sebagainya mungkin menjadi salah satu faktor yang memperlahankan proses mengemaskini blog..ala kulli hal..afwan kathira...

Baru-baru ni, ummi menghadiri luvlylife program di Masjid Al-Ghufran, TTDI..alhamdulillah banyak sangat input yang dapat walaupun rasa tak puas tetapi ummi akan kongsikan sedikit sebanyak apa yang ummi mampu kongsikan di sini....yang paling menariknya, hajat untuk berjumpa dengan Kak Lina, ibu kepada 2 anak yang unik Darwish Darwisha akhirnya tercapai...di samping itu juga, Kak Ina, isteri kepada Ustaz Zaharuddin juga sempat memberikan pengisian yang ummi rasa semua para ibu dan mommies kene perlu sekali duduk mendengar...ade ketika terasa kagum, terharu, tersentak,..huh..tp alhamdulillah setiap kata-kata Kak Ina memberi inspirasi, ilmu, kreativiti, semangat dan kesedaran tentang kepentingan dan betapa besarnya peranan dan tanggungjawab fitrah yang Allah telah galaskan kepada seorang insan bernama IBU!!!



Apa yang ummi sangat terkesan adalah "tanpa sedar atau tidak, peranan ibu itu menentukan anak akan ke syurga atau ke neraka. kenapa kita sibuk untuk menambah ilmu tentang sesuatu ilmu dalam sesuatu kepakaran dalam kerjaya dan sebagainya, tetapi kita tidak sibuk untuk menambah ilmu tentang tugas fitrah yang diberikan oleh majikan kita, Allah Subhanahu wa taala...apabila kita mahu menjadi pakar dalam sesuatu perkara, kita perlu menambah ilmu dan pengetahuan mengenai sesuatu perkara tersebut. Peranan seorang ibu adalah proses berterusan yang perlu kepada refleksi, muhasabah, tidak mengulangi kesalahan yang lalu, lebih kreatif menangani masalah rumahtangga dan anak-anak, belajar sesuatu yang baru yang bermanfaat dan byk lagi perkara yang perlu diambilkira. Kerana proses itu akan meninggalkan jejak dan kesan sepanjang hidup..

Pengisian Kak Ina ada dikupas dengan lebih detail oleh sahabat seminar,
http://www.tintainsyirah.com/seminar-love-being-a-mother-vision-passion-action/

Berbalik pada tajuk posting, ummi baru-baru ni memperkenalkan produk terbaru dr mybbcanread bagi mommies yang tercari-cari mana yang beli flash quran ni..punyelah susah nak carik di luar..kalau nak cari di bookstore kebanyakan memang takde...oleh itu, ummi mengambil inisiatif ini untuk membantu mommies dalam memudahkan pencarian supaya si comel dapat terus dapat belajar dari peringkat awal lagi.

Pengenalan sedikit tentang produk terbaru ummi nie...kalau nk dikatakan flash card, its not really card...mbe boleh panggil flash felt kot;) sebab ia dibuat daripada kain felt yang tahan lama dan boleh dibasuh....kalau sebelum ni jika mommies guna flash "card", sangat mudah nk koyak, tetapi insyallah dengan menggunakan kain felt ni, ia boleh bertahan lama...berbaloi la orang kata, tak yah nk beli banyak kali..kaaan?

 Ni sample Flash Felt Mukhlis...special sikitla ade cover My Little Jannah


Sample tp dh sold out..



Ok..tentang huruf pula, ade orang tanya, mula huruf alif sampai ya ke...tak ye, mommies semua....1 set terdapat 14 huruf di mana huruf-huruf tersebut dipilih berdasarkan kepada bunyi awal yang keluar daripada mulut baby, contohnya aaa, baaa, maaa...maka tak semua huruf ade dalam set ini. Tambahan lagi, idea ini datang daripada buku al-furqan yang ummi guna untuk mengajar mukhlis membaca quran... selepas daripada khatam flash"felt" ni, mommies boleh dapatlan al-furqan sebagainya bahan bacaann lanjutan...insyaallah...
Warna setiap flash berubah...sume blh tgk di fb cutebabycottage:
http://www.facebook.com/MyBabyCanRead
Ummi akan upload gambar dr semasa ke semasa insyaallah...

Untuk tempahan, boleh terus msg ke 0193134144 atau emel ke cutebabycottage@yahoo.com.
Insyallah ummi akan memenuhi permintaan mommies secepat yang mungkin. Bagi yang berminat untuk menjual, boleh juga membeli secara borong dari ummi, k.....
Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)