Monday, May 14, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (II)

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Pembiasaan adalah salah satu kaedah pendidikan yang sangat penting terutamanya anak-anak yang kecil yang tidak tahu samada baik dan buruk sesuatu perkara. Tambahan lagi anak yang kecil belum kuat ingatannya. Mereka cepat lupa apa yang sudah dan baru berlaku. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila anak-anak yang baru bangun tidur, mereka lupa yang mereka menangis sebelum tidur atau anak-anak lupa yang mereka baru sahaja ditegur dan buat semula apa yang kita suruh untuk tidak membuatnya...begitulah anak-anak kita yang comel yang berjalan dengan fitrah dunia kanak-kanak mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh menerap perkara-perkara yang baik dengan cara melakukannya secara konsisten seperti dimandikan dan ditidurkan pada waktu tertentu, diberi makan dengan teratur, membaca al-Qur'an, menghafal doa yang pendek dan sebagainya. Perkara yang telah menjadi kebiasaan mereka akan menjadi biasa apabila mereka meningkat usia.



Dalam hal ini, Abdullah ibni Mas'ud telah menyedari tentang prinsip pengulangan ini terhadap anak-anak, sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Thabrani:

"Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu terbentuk daripada kebiasaan.."

Oleh itu, kita boleh lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w yang memerintahkan anak-anak mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun yang bermaksud: " Perintahkanlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan perintah solat ketika mereka berumur sepuluh tahun".

Jelas disini Rasulullah memperuntukkan 3tahun untuk ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka setiap kali waktu solat: (5 x 365) x 3 = 5475 kali perintah!!!!! Ini merupakan angka yang menunjukkan betapa pentingnya pengulangan dalam memberikan perintah. Boleh jadi anak tidak mahu memenuhi perintah untuk kali pertama, kedua atau ketiga. Oleh sebab itu, memang seharusnya dilakukan pengulangan terus menerus tanpa rasa jemu.



Sahabat yang mulia, Abdullah bin Mas'ud menyedari prinsip pengulangan perintah terhadap anak. Dalam memberikan pengarahan kepada ibubapa dalam mendidik anak mereka, Ibnu Mas'ud mengatakan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Thabrani:
"Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu (terbentuk dari) kebiasaan.."

Untuk menjadikan anak yang terbiasa, peringatan harus dilakukan berulang-ulang. Ini kerana Anas bin Malik menerapkan sunnah Rasulullah s.a.w. Anas pernah melalui anak-anak dan memberikan salam kepada mereka dan berkata, "Rasulullah melakukan hal yang sedemikian." Jika anak itu melihat dan mendengar ucapan salam dari orang dewasa terhadapnya lebih dari sekali, ia akan belajar mengucapkan salam dengan baik dan seterusnya perkara itu akan menjadikan kebiasaannya.

 Menanam kebiasaan bagi anak-anak adalah sangat sukar dan kadang-kadang memakan masa yang lama. Akan tetapi, satu perkara yang perlu kita tahu....sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sukar akan berubah. Oleh itu, adalah lebih baik ibu bapa menjaga anak-anak supaya mempunyai perilaku kebiasaan yang baik daripada memiliki tabiat kebiasaan yang tidak baik.

Untuk membolehkan ia segera tercapai, pembiasaan itu harus memenuhi syarat tertnetu, antaranya seperti berikut:

a. Mulakanlah pembiasaan itu sebelum terlambat. Ini bagi mengelakkan anak itu mempunyai kebiasaan lain yang berlawanan dengan hal kebiasaan yang baik

b. Pembiasaan itu hendaklah terus-menerus (berulang-ulang) dan dijalankan secara teratur sehingga akhirnya menjadi suatu kebiasaan. Oleh sebab itu, pengawasan adalah sangat diperlukan.

c. Pendidikan hendaklah sesuai, bersikap tegas dan tetap teguh terhadap pendirian yang telah diambil. Jangan memberi kesempatan kepada anak untuk melanggar pembiasaan (tabiat yang baik) yang telah diterapkan itu.

d. Pembiasaan yang mula-mulanya secara paksaan harus bertukar menjadi pembiasaan atas kehendak hati anak itu sendiri (ikhlas)


Hal ini mungkin berlaku jika dilakukan secara beransur-ansur dengan disertakan penjelasan dan nasihat daripada pendidik sehingga semakin lama timbul pengertian dan pemahaman yang mendalam dalam diri anak. Anak itu sendiri adalah makhluk yang mempunyai kata hati. Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

"Ajarkanlah kalimat La ilahaillah kepada anak-anak sebagai kalimah pertama dan bimbingkanlahh mereka mengucapkan la ilaha illalah ketika menjelang kematian."

Abdurrazaq meriwayatkan bahawa para sahabat mengajarkan anak mereka dengan kalimah la ilaha illalah ini sebagai kalimah yang pertama boleh mereka ucapkan secara fasih sebnayak 7kali sehingga kalimat ini menjadi kalimah ini menjadi kalimah pertama yang mereka ucapkan.  Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkamul al-Maulud mengatakan " sewaktu anak-anak sudah boleh bercakap, ajarkalah mereka kalimah la ilaha illalaah muhammadur rasulullah dan kalimah tauhid yang lain seperti bacaan selawat, tasbih, tahmid dan doa-doa pendek.*

Begitulah sejarah membuktikan pengaruh pembiasaan itu sangat besar dalam pendidikan anak-anak. Kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembiasaan yang baik menjadi rutin kepada mereka sehingga mereka besar kelak, hakikatnya..ia bukan sesuatu yang mudah..tetapi usaha, pengharapan yang berterusan itu mampu mengangkat darjat mereka sebagai anak yang soleh dan solehah...;)






* Petikan ini telah diadaptasi daripada buku Nasiruddin S.Ag., MM

Lantaran itu, prinsip ini telah dibuktikan dengan teori Glenn Domaan dimana perkataan yang ditunjukkan kepada baby secara berulang-ulang mampu memberi reaksi positif kepada baby dan mampu membaca dalam usia yang awal.




Mommy boleh membaca lanjut tentang artikel "Method Ajar Membaca: Flash Method". Antara alat bantu yang menyokong prinsip ini:











Sila klik di gambar untuk mendapatkan keterangan lanjut

Allah Make Series...

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Kali ni posting ini hanya sekadar coretan dan sedikit perkongsian bersama.. Baru-baru ini, ummi sempat menjelajah ke KLIBF 2012 di PWTC...klu dulu ummi sebagai "penjual" kini datang sebagai "pembeli"...:)

Tujuan dan niat ummi datang adalah untuk mencari buku untuk si kecik Mukhlis...memandangkan dia dah boring dengan buku yang ada di rumah dan sangat excited kalau jupe dengan buku baru. Booth pertama yang ummi jumpe dan singgah, "Saba Islamic Media". Excited jugak tengok di rak-rak buku mempamerkan buku-buku untuk anak-anak...Maka ummi belek satu persatu yang sesuai dengan umur Mukhlis yang baru 2 tahun..kebanyakan buku adalah buku bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak 4tahun ke atas...

Memandangkan budget diperuntukkan untuk buku yang "seusia" dengan umur si comel..maka akhirnya ummi terjupe dan ditaqdirkan untuk membeli buku ini....






Ummi rasa sangat-sangat berbaloi..mukhlis sangat suka n excited...even dia dah boleh baca mana word yang dia selalu jupe..-ingat lagi sharing on repeatation- paling best part page yang last sekali setiap buku...dia akan tulis Allah makes cat, contohnya..so dia dh boleh baca terus...ayat dalam buku ni pendek dan mudah untuk anak yang seusia mukhlis untuk membaca..alhamdulillah...at least dia dah boleh membaca perkataan "Allah"!!!

Set ini ade 2 jenis..softcover dan hardcover...ummi pilih hardcover supaya tahan lama...yang kedua sebab ade flash card...Kalau mommies berminat nk mencuba dan memiliki buku ni..blh menjengah je fb: http://www.facebook.com/MyBabyCanRead

Semoga ade manfaatnya insyaallah!

Monday, May 7, 2012

Pengaruh Pengulangan Dalam Jiwa Anak (I)

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Bila sebut tentang ulang/repeatation, kita boleh reflect semula kepada method yang digunakan oleh Glenn Doman dalam pendidikan awal kanak-kanak...seterusnya diaplikasikan oleh Brillkids..sistem flash card yang diulang perkataan tetapi berbeza daripada gambar, bunyi, video dan sebagainya...juga boleh dilihat bagaimana sistem hafalan qur'an dilakukan dengan melakukan ulangan yang berkali-kali dan akhirnya terus melekat dalam jiwa anak-anak...sungguh takjub bukan...?? tetapi kenapa cara ini digunakan oleh mereka..mungkin ada rahsia disebaliknya yang kita sendiri tidak tahu atau mungkin juga tidak perasan...??

Sebelum kita pergi lagi jauh tentang pengaruh pengulangan dalam jiwa anak-anak ini, adalah lebih baik jika kita mengetahui sejarah pengulangan ini dan yang disebut dalam al-Qur'an. Hakikatnya, sistem pengulangan ini sudah lama wujud hatta di dalam al-Qur'an sendiri menggunakan method pengulangan ini...di dalam bahasa Arab ia disebut "TIKRAR"...mari kita sama-sama lihat apakah rahsia di sebalik tikrar (pengulangan) ini...


Tikrar berasal dari kata karra yang berarti kembali, mengulangi atau menyambung. Imam Jauhari menegaskan hal yang sama yaitu, arti kata karra ialah mengulangi suatu hal atau perbuatan tertentu. Dari segi istilah, tikrar  ialah mengulangi satu kata atau perkataan yang sama beberapa kali kerana bebarapa sebab diantaranya dengan tujuan penegasan (tawkid), memberi peringatan atau menggambarkan agungnya sebuah hal tertentu.

Jenis Pengulangan Dalam Qur'an

1.      Pengulangan yang terjadi pada lafaz
Contoh: Lafaz al-jalalah yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat 247. Ia diulang lebih dari 2kali dalam satu ayat atau bahkan 3kali.Pada ayat lain, lafaz al-Jalalah diulang hingga lima kali pada satu ayat iaitu masih pada surat al-Baqarah ayat 16.

2.      Pengulangan pada mode gramatikal bahasa arab (nahu)
Pengulangan pada jenis ini lebih kepada keindahan alunan muzik yang ditimbulkan bukan pada berapa kali diulangnya suatu perkataan. Keindahan ini membuat al-Qur`an begitu indah sehingga jiwa pun rindu untuk selalu mentadaburinya dan juga mudah untuk dihafal. Jenis pengulangan ini boleh dilihat dalam surah Makkiyah yangmempunyai potongan-potongan surah relatif pendek. Contohnya surat al-Nazi'at ayat 1-5 

3.      Pengulangan pada perkataan
Jenis pengulangan ini terbahagi kepada 2: a. Pengulangan pada perkataan yang berdekatan, ia boleh jelas dilihat di dalam surat al-Rahman, al-Mursalat dan al-Kafirun. b. Pengulangan pada perkataan yang berjauhan. Pada pengulangan ini kembali menunjukkan kepada kita tentang I`jaz Balaghi yang dimilki oleh al-Qur`an. Contoh surat al-Baqarah ayat 49, al-A`raf ayat 141 dan surat Ibrahim ayat 6

4. Pengulangan tentang kisah al-Qur`an
Contohnya kisah Nabi Musa yang boleh dilihat dalam beberapa surah seperti surat Taha, surat al-Syu`ara, surat al-A`raf, surat al-Isra, surat Yunus, surat al-Nazi`at dan surat al-Dzariyat.




Rahsia Pengulangan Dalam al-Qur`an

 a. Menganjurkan manusia agar mentadabburi al-Qur`an dan seterusnya mengambil ibrah dari pengulangan ayat tersebut. Seperti pada ayat-ayat yang menjelaskan tentang kekuasaan Allah dari penciptaan langit, bumi angkasa raya dan sebagainya. Seperti pada surat al-Syua`ra ayat 8 dan 9 yang diulangi sebanyak lapan kali

b. Anjuran agar istiqomah.

c. Pengukuhan kewujudan Allah yang memilki alam semesta. Seperti dalam surat al-Nisa ayat 131 dan 132

d. Pengkhususan. Seperti pengulangan pada lafaz "manusia" sebanyak dua kali pada surat Ghafir ayat 61. Pemgkususan ini diperuntukan kepada manusia dari makhluk yang lainnya dengan kekufuran mereka pada nikmat-nikmat Allah.

d. Celaan. Seperti pengulangan pada ayatفبأي الاء ربكما تكذبان  sebanyak 30 kali

f. Ancaman. Seperti pengulangan ayat (ويل يومئذ للمكذبين)  pada surat al-Mursalat

Bacaan lanjut boleh dilihat di sini: http://qoetoez.wordpress.com/2011/03/14/pengulangan-al-tikrar-dalam-al-quran/



to be continued....perbincangan lanjut akan menyentuh tentang pengulangan yang membawa kepada kebiasaan....



Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)