Saturday, August 22, 2015

Kesan Ayat Al Quran Kepada Sel Darah Merah Tubuh Manusia

Posted by Siti Mazlita | 0 comments

Alunan ayat al Quran terdiri dari beberapa frekuensi yang sampai ke telinga dan seterusnya menggetarkan sel otak. Ia memberi kesan kepada medan elektronik tubuh yang dikeluarkan oleh getaran frekuensi dari sel-sel tersebut. Tindakbalas langsung ini menukar getaran yang sedia ada pada tubuh jika frekuensi dari al Quran tersebut dihantar/didengar secara berulang.



Virus dan kuman pula sangat terkesan dengan getaran suara terutama dari getaran alunan al Quran. Ia akan menjadi lemah dan berhenti. Aktiviti sel yang sihat pula akan meningkat dan menyembuhkan kembali program penyembuhan tubuh yang terganggu untuk bersedia semula bagi menentang virus dan kuman

Dibawah adalah gambar sebenar sel darah merah yang mula menukar medan elektromagnetik di sekitarnya selepas diperdengarkan alunan al Quran.



Sumber dari Secrets of Quran Healing:
http://kaheel7.com/eng/index.php/secrets-of-quran-a-sunnah/69-the-power-of-quran-healing



Friday, August 21, 2015

5 Sebab Wajib Jadi Agen Flash Felt Hijaiyah

Posted by Siti Mazlita | 0 comments

Produk Flash Felt Hijaiyah Pertama di Malaysia

Sebelum anda membuat keputusan untuk memulakan bisnes, anda perlu memilih pembekal yang memenuhi kehendak dan keperluan semasa sama ada dari segi harga, produk yang menarik dan juga permintaan yang tinggi di pasaran. Pendek kata produk yang sedang dicari-cari dan mendapat sambutan di kalangan kelompok tertentu. Bagi kami My Baby Can Read, kami memiliki beberapa keistimewaan dan keunikan yang tiada pada pembekal yang lain. Antaranya adalah:


1. One Stop Centre of Hijaiyah- Flash Felt Hijaiyah Pertama di Malaysia

Alhamdulillah, My Baby Can Read merupakan pembekal tunggal dan pertama bagi felt hijaiyah di Malaysia. Visi dan misi kami adalah untuk menjadi "One Stop Centre of Hijaiyah" yang dapat mengeluarkan produk yang berkualiti bagi memenuhi keperluan ibu muda kini yang mencari produk yang selamat untuk anak- anak mereka. Kini kami mempunyai beberapa produk utama:

 1. Flash felt hijaiyah (rectangle)

Set Huruf Rainbow
Set Baris Atas Rainbow
Set Baris Bawah Dwi Color
Set Baris Depan Dwi Color
Set Furqan Baris Atas
Set Firqan Baris Bawah
Set Furqan Baris Depan

 2. Flash felt hijaiyah scallop

Set Huruf Rainbow
Set Furqan Baris Atas
Set Furqan Baris Bawah
Set Furqan Baris Depan

3. Flash Felt ABC Rainbow

4. Flash Felt Numbers Rainbow (1-20)

 3. Diy foam hijaiyah berpelekat (sticker) - OUT OF STOCK


2. Produk Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tahukah anda bahawa satu kadar kelahiran berlaku setiap minit di Malaysia. Maka sudah pasti ibu-ibu akan mencari bahan dan permainan yang sesuai dengan usia anak mereka yang mesra-baby, tahan lama, tahan lasak, boleh dipegang dan selamat dimasukkan dalam mulut. Di pasaran sekarang, memang banyak sangat material yang ibu boleh beli. Flash card ABC, 123, kenali haiwan, warna dan sebagainya. Tetapi secara jujur, memang susah untuk mencari bahan yang bersifat Islamik. Malahan untuk mencari flash hijaiyah juga amat sukar. Kebanyakan produk begini hanya boleh didapati di kedai online sahaja.



Pendedahan dan kesedaran di kalangan ibubapa hari ini tentang pembelajaran al-Quran sejak dari kecil menjadikan produk ini mendapat sambutan yang luarbiasa. (Alhamdulillah...)

3. Boleh dibasuh dan Tidak Mudah Koyak

Kebanyakan flash card di pasaran dibuat daripada kertas keras atau kad di mana material ini mudah koyak dan lusuh apabila kerap digunakan. Tambahan lagi fitrah baby yang suka memasukkan sesuatu di dalam mulut. Flash felt hijaiyah ini direka supaya boleh dimasukkan dalam mulut dan selamat dimain i.e proses pembelajaran secara kinestatic. Felt ini juga boleh dibasuh dan digunakan untuk beberapa kali. Oleh itu, ia tidak mendatangkan masalah jika felt hijaiyah ini kotor atau dikhuatiri habuk.



4. Alat Bantu Mengajar Qur'an

Metod yang digunakan oleh Glenn Doman telah dibuktikan bahawa anak-anak boleh membaca seawal usia 3bulan dengan menggunakan flash card. Ia perlu diimbas sekurang-kurangnya 2kali sehari dalam masa 1saat setiap huruf.  Bagi peringkat permulaan, anak anda boleh diajar terus menggunakan sistem phonic dan mengikut bahasa awal yang biasa disebut oleh baby. Anda boleh menggunakan set furqan yang mengandungi warna putih, merah dan hitam, supaya anak anda mudah memproses maklumat yang diberikan. Setelah umur bayi berusia 4 bulan ke atas, ibu boleh mengajar anak menggunakan felt yang berwarna warni bagi menarik perhatian anak dan seronok bermain.


Tahukah anda, walaupun sistem pelajaran Qur'an sekarang memperkenalkan sistem phonic di sekolah namun anda perlu juga mengajar anak anda sebutan untuk mengenal huruf hijaiyah supaya mereka tidak keliru dan yang paling penting, apabila mereka membaca Qur'an yang dimulai dengan huruf, mereka boleh menyebutnya dengan betul, bukan sebutan phonic.

5. Harga Mampu Milik

Harga bagi setiap set ini bermula RM35-RM60 sahaja, bergantung kepada saiz, material dan ketebalannya. Harga ini masih dianggap murah jika dibandingkan dengan penggunaannya yang tahan lama dan tahan lasak. Tambahan lagi, ia adalah produk "homemade with love", inshaallah. Kami akan sentiasa memastikan kualiti dan memaksimakan kepuasan anda.

Bagi yang berminat, anda boleh terus hubungi kami tanpa berlengah lagi. Tawaran sehingga 40%* akan diberikan untuk agen borong mengikut terma dan syarat yang ditentukan.

Emelkan kuantiti tempahan anda ke cutebabycottage@yahoo.com. atau jika anda perlu respon dalam masa 5minit, anda boleh tekan no phone dan wassup ke 019-3134144. Inshaallah kami akan menjawab persoalan anda secepat yang mungkin.


Untuk melihat gambar produk, boleh lawati fanpage:

https://www.facebook.com/MyBabyCanRead

Wednesday, August 12, 2015

Bijak Baca Qur'an dengan Flash Hijaiyah

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Perkongsian ini merupakan perkongsian sendiri daripada Puan Nursyahirah Ibrahim di dalam group agen dropship My Baby Can Read. Beliau merupakan salah seorang daripada agen dropship pada awalnya dan alhamdulillah kini menjadi agen borong MBCR.

Apa yang beliau lakukan dan amalkan kepada anak beliau, Aufa adalah asas kepada pengenalan huruf al-Quran, dimana teori flashcard dan Glenn Doman diaplikasikan sejak dari bayi lagi.

Diharap lebih ramai lagi ibu menjadi aspirasi dan inspirasi kepada ibu yang lain.


Nukilan: Puan Nursyahirah Ibrahim
AUFA LIEW DAN HIJAIYAH-1TAHUN

Perkongsian ini untuk kawan-kawan yang bertanya dan ingin tahu macam mana aufa bermula mengenal huruf hijaiyah hingga ke hari ini umur aufa 1tahun 2minggu..

~ sebelum tu bonda aufa harap sangat siapa yang baca tentang perkongsian ni dapat berfikiran positif dan terima yang baik sebagai ilmu dan yang kurang baik tu jadikan sempadan =)

jangan sesekali bandingkan anak kita dgn org lain tapi utk dijadikan satu bukti yg ALLAH itu MAHA pemberi,MAHA mengetahui..

1. Permulaanya bila aufa lahir,saya aplikasikan segala ilmu yang dikutip semasa mengandung..banyak sumber yang saya dapat antaranya dari buku dan seminar online.
aufa 7 hari - saya bagi rangsang mata pada aufa menggunakan pattern hitam putih yang di print ( nanti saya share link untuk sape2 yg nak print)
di samping tu bagi rangsangan pendengaran aufa dengan juz amma

2. Aufa 20 hari - saya perkenalkan huruf pertama iaitu huruf AAA (alif)
saya terus sebutkan huruf tersebut dengan baris atas sebab guna kaedah fonetik.
dan kaedah fonetik lebih sesuai untuk anak lebih cepat membaca dan insyaallah boleh cepat membaca Quran.

3. saya hanya kenalkan satu huruf pada satu masa bukan sekaligus semua huruf.
saya kenalkan AAA sahaja dalam 7 ke 8 hari..dan sesi flash card aufa hanya 5minit sehari..hari ke 9 atau 10 baru saya kenalkan huruf ke2 iaitu huruf BAA,dan saya ulang semula huruf AAA tu sekali dengan huruf BAA..
memang saya kenalkan huruf tu satu2,biar lambat asalkan istiqamah.



4 Aufa 2 bulan -makin nampak reaksi galaknya bila tengok kad..mata die seolah olah scan mengikut bentuk huruf..masa ni dah 3 huruf diperkenalkan iaitu AAA,BAA, dan MAA..

5. Aufa 4bulan - makin galak pegang2,gigit2 kad..dah mula pandai sengih2,ketawa2 bila bermain dgn kad kesygn die..masa ni huruf yg diperkenalkan pun dah bertambah kepada 7 huruf..

6. Bila genap umur aufa 5 bulan,dah mula nampak satu reaksi positif yg memeranjatkan bonda nya. masa ni aufa dah pandai gelak,dah pandai cuba2 nak rampas kad dari bonda,dah pandai jerit2 bila bonda amik kad dari dia.
saya dpt ilham hari tu susun 5 keping kad depan dia..masa tu aufa atas riba bonda nya..
aufa cuba nak amik kad yang bonda sebut..masa tu saja2 je sebut huruf AAA dan memang aufa pilih kad yang betul berulang kali..mulai hari tu,bonda nya tau aufa dah kenal huruf pertama dia.

7. Aufa 6 bulan - kenal 5 huruf daripada 15 huruf yang dah diperkenalkan

8. Aufa 7- 9 bulan - lebih aktif dan masa ni alat bantu mengajar bukan flash card and flash felt je..belajar guna fridge magnet dan ada banner besar gantung dalam bilik
selain tu,bila aufa da pandai duduk sendiri,bila mengaji aufa duduk atas riba dan saya biar dia pegang2 Quran sambil dengar saya mengaji

9. Aufa 10bulan ke 12 bulan - tambahan alat bantu mengajar masa ni sambil main guna puzzle mat alif ba ta..dan bila saya mengaji,saya ajak aufa tunjuk ayat2 yang di baca (biasanya untuk 3 4 surah pendek je lepas tu aufa main)
masa ni memang banyak ulang2 je huruf yang dia da kenal dan uji minda dia dengan bagi pilihan antara 2 kad.

10. Aufa 12 bulan - alhamdulillah aufa dah kenal 21 huruf..tinggal huruf2 yang agak susah makhraj nye dan insyallah lagi beberapa bulan boleh kenalkan baris bawah seterusnya ajar guna buku Furqan pula.

bila aufa mula aktif,banyak juga cara saya pelbagaikan bila ajar seperti sambil dia tolak troley untuk berlatih jalan,masa dalam kereta kadang2 sambil dia makan buah.
pergi ke mana mana pun saya bawa flash card paling kurang 2 atau 3 dalam beg.



yang penting niat kita dan istiqamah..dan jangan terlalu beriya nak anak pandai cepat.
biar anak explore sendiri sambil belajar dengan seronok dan bila mula awal,dia akan biasa dan tahu itu rutin dia..

Percaya lah bahawa semua bayi genius! Ibu bapa yg perlu menyerlahkan lagi kebijaksanaan yg ALLAH dah anugerahkan pada setiap insan yg lahir di dunia ni..kita yg mencorakkan anak yang masih lagi suci bersih =)

Jangan terlalu fikirkan apa org akan kata dlm mendidik anak..Mungkin ada org kata, terlalu awal mendidik anak,biar la anak tu main..buat apa belajar awal nanti anak stress la apa la..tapi kalau kita ada tekniknya,memang anak lagi seronok main sambil belajar..Tapi bagi saya tiada istilah terlalu awal utk mendidik lebih2 lagi ilmu Quran kerana mendidik anak itu sebenarnya sejak dlm kandungan lagi..
dan memang saya fokus huruf quran dulu..insyaallah bila ada ilmu quran,ilmu lain senang je anak nak belajar nanti =)

~semoga perkongsian ini bermanfaat,insyaAllah~
~ BONDA AUFA~




Tuesday, August 11, 2015

Surah AlKahfi Pelindung Anak dari Gejala Bahasa Kotor

Posted by Siti Mazlita | 1 comments

Saya share info ini di wall saya...dan tak sangka ia menjadi viral. Harap semua dapat manfaat dan sama-samalah kita amalkan...😉

Info ini petikan perkongsian daripada Puan Maznah Ibrahim dan maklumat perkongsian asal daripada Puan Nazrah. Semoga ilmu yang disampaikan mendapat ganjaran yang setimpal inshaallah.




***********************

"Baru saya faham sepenuhnya bagaimana Surah Al Kahfi boleh jadi pelindung kita semua.

Tadabbur dan fahami mesej di sebalik 4 kisah di dalam surah ini adalah cara terbaik bagi mengingati diri.

Pn. Lina dalam perkongsiannya baru-baru ini ada berkongsi bagaimana anakandanya Darwisya sangat terlindung dari gejala 'bahasa kotor' rakan sekolahnya dahulu.

Mari kita mula amalkan, dan ajak anak kita dan kita skali menghafaznya.

Kemudian bila anak dah besar, fahami dan jadikan ia sbg survival kit dalam mengharungi dunia kini dan hadapan yang amat amat mencabar.

Credit:Pn Maznah Ibrahim

.............................

'Kenapa kene bace kahfi hari jumaat ye?'

'Katanya ada kaitan ngan dajjal. Dah guane gitu?'

Kalau kita perhati bebetul. Surah kahfi ni ada 4 perceritaan besar dari Allah kepada manusia iaitu:

🕐Kisah Ashabul Kahfi
🕑Kisah 2 Empunya Kebun
🕒Kisah Nabi Musa, Nabi Khidir
🕓Kisah Dzulkarnain

Kaitannya dengan dajjal ni, dajjal akan try sesatkan kita dengan godaan ni lah.

DUGAANNYA
🕐Dugaan Akidah
🕑Dugaan Kekayaan dan Pengikut
🕒Dugaan Ilmu Pengetahuan
🕓Dugaan Dzulkarnain

Kisah Kahfi vs Dugaan Dajjal

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕐Kisah Ashabul Kahfi dan Dugaan AKIDAH

Dugaan AKIDAH - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan memaksa manusia supaya mengaku dia tuhan.

Survival Kit dari kisah ashabul kahfi :
Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia.
Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.
Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu.
(Rujukan al-kahfi, ayat 28)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕑Kisah 2 Empunya Kebun dan Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI

Dugaan KEKAYAAN DAN POPULARITI - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan menawarkan kekayaan. Selain itu, dengan kekayaan, akan lebih ramai pengikut dan keluarga yang akan mengikut kita.

Survival Kit dari kisah 2 Empunya Kebun :
Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting.
Syukur kepada Allah atas kurniaanNya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 45)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕒Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir dan Dugaan ILMU PENGETAHUAN

Dugaan ILMU PENGETAHUAN - Dajjal akan cuba menyesatkan kita dengan menawarkan pengetahuan dan teknologi yang canggih. Namun, banyak perkara yang tersirat di sebalik perkara yang tersurat tersebut.

Survival Kit dari kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir :
Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan.
Perlu bersikap sabar dalam mencari ilmu pengetahuan.
Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.
(Rujukan al-kahfi, ayat 69)

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

🕓Kisah Dzulkarnain dan Dugaan KUASA

Dugaan KUASA - Dajjal akan cuba menyesatkan kite dengan kuasa yang dimiliki di dunia ini.

💊Survival Kit dari kisah Dzulkarnain :
💉Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa.
💉Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
💉Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.
💉Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.
💉Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina tembok di antara dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.
💉Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.
(Rujukan al-kahfi, ayat 110)



🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼

👳Kesimpulan :
Bila baca surah al-kahfi, take notes on these survival kits yang dah disenaraikan.

👳Jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kawan yang saleh iaitu mengikut perintah Allah.

👳Jangan mengikut dengan orang yang mengikut hawa nafsu. Sedar hakikat kehidupan.
Sedar bahawa kekayaan dan populariti di dunia adalah sementara, hidup yang kekal adalah lebih penting syukur kepada Allah atas kurniaanNya.

👳Perlu bersikap humble dan tawaduk atas pengetahuan yang diberikan. Perlu bersabar dalam mencari ilmu pengetahuan.

👳Terdapat banyak perkara tersirat di sebalik yang perkara yang tersurat, oleh itu perlu diselidik dan banyak ilmu pengetahuan yang kita tidak tahu hakikatnya.

👳Perlu bersikap ikhlas dalam mendapat kuasa. Tidak boleh bersikap gila kuasa dan angkuh.
Sentiasa membantu orang susah sekiranya berkuasa.

👳Sekiranya dapat suatu kuasa, perlu integrasikan pengetahuan dan kekuatan, membantu orang susah dan meluaskan kebaikan.

👳Sebagai contoh: Dzulkarnain membantu segolongan kaum yang kesusahan untuk membina dua gunung untuk menghalang Ya'juj dan Ma'juj membuat kerosakan.

Jangan sekutu Allah dan buat amal soleh.



Terima kasih Nazrah Abdul Aziz berkongsi dalam grup.



Wednesday, August 5, 2015

Beli Flash Felt Hijaiyah Percuma Ball Chain!

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Kami bagi pihak My Baby Can Read - Cutebabycottage telah berbesar hati memberi secara Percuma 2 utas Ball chain bagi setiap satu set flash felt hijaiyah. Anda tidak perlu lagi membeli ring atau chain yang sesuai di kedai stationery malah anda boleh terus menggunakan dan memasang chain tersebut di lubang yang disediakan pada flash felt hijaiyah.



Bagi yang ingin membeli flash felt hijaiyah, anda boleh berhubung terus melalui wassup 019-3134144 atau boleh juga membeli melalui agen kami secara COD yang berhampiran dengan kawasan rumah atau pejabat anda.

Anda boleh melihat senarai agen borong dan agen dropship kami di sini.

Bagi yang berminat untuk menjadi agen borong/ dropship, anda boleh juga terus menghubungi admin My Baby Can Read di fan page atau whatsapp 0193134144

https://www.facebook.com/MyBabyCanRead
Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)