Monday, October 19, 2015

Anak Genius Dengan Flash Card

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Konsep Flash Card

Apa sebenarnya konsep flashcard? Perlukah kita menggunakan flashcard untuk mengajar anak. Memang terdapat pelbagai pendapat tentangnya sama ada pro dan kontra.

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.
glenn doman


Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.

Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh).

Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.

Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? 

Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.

Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? 

Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.

Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.

Kualiti Gambar

flash felt hijaiyah

Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ianya seekor ayam, seharusnya ayam itu sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.

Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekaligus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.

Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.


Sumber : Majalah Pa&Ma

Soalan Al-Quran Yang Anda Wajib Tahu

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Soalan teka-teki ini mengandungi beberapa soalan yang paling asas yang anda patut dan wajib tahu. Jika ada lagi soalan yang anda belum tahu jawapannya, bermakna anda perlu ingat dan hafal sekarang!

S : Berapa jumlah Surah dalam al-Quran ?
J : 114 Surah

S : Berapa jumlah Juz dalam al-Quran ?
J : 30 Juz

S : Berapa jumlah Hizb dalam al-Quran ?
J : 60 Hizb

S : Berapa jumlah Ayat dlm al-Quran ?
J : 6236 Ayat

S : Berapa jumlah Kata dalam al-Quran ? Berapa jumlah hurufnya ?
J : 77437 kata atau 77439 kata dan 320670 huruf

S : Siapa Malaikat yang disebut dalam al-Quran ?,
J : Jibril, Mikail, Malik, Malakulmaut, Harut, Marut, Al-Hafazoh, Al-Kiromulkatibun HamalatulArsy, dll.

S : Berapa Jumlah Sajdah (ayat Sujud) dlm al-Quran?
J : 14 Sajdah

S : Berapa jumlah para Nabi yg disebut dalam Al-Quran ?
J : 25 Nabi

S : Berapa jumlah Surah Madaniyah dlm al-Quran ? Sebutkan.
J : 28 Surah, al-Baqoroh, al-Imron, al-Nisa" al-Maidah, al-Anfal, al-Tawbah, al-Ra'd, al-Haj, al-Nur, al-Ahzab, Muhammad, al-Fath, al-Hujurat, al-Rahman, al-Hadid, al-Mujadilah, al-Hasyr, al-Mumtahanah, al-Shaf, al-Jum'ah, al-Munafiqun, al-Taghabun, al-Thalaq, al-Tahrim, al-Insan, al-Bayinah, al-Zalzalah, al-Nashr.

S : Berapa jumlah Surah Makiyah dalam al-Quran ? Sebutkan.
J : 86 Surat, selain surah tersebut di atas.

S : Berapa jumlah Surah yang dimulai dengan huruf dalam al-Quran ?
J : 29 Surah.

S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Makiyah ?, sebutkan 10 saja.
J : Surah Makiyah adalah Surah yg diturunkan sebelum Hijrah, seperti : al-An'am, al-Araf, al-Shaffat, al-Isra', al-Naml, al-Waqi'ah, al-Haqqah, al-Jin, al-Muzammil, al-Falaq.

S : Apakah yang dimaksud dengan Surah Madaniyah? Sebutkan lima saja ?
J : Surah Madaniyah adalah Surah yg diturunkan setelah Hijrah, seperti : al-Baqarah, al-Imran, al-Anfal, al-Tawbah, al-Haj.

S : Siapakah nama para Nabi yg disebut dalam Al-Quran?
J : Adam, Nuh, Ibrahim, Isma'il, Ishaq, Ya'qub, Musa, Isa, Ayub, Yunus, Harun, Dawud, Sulaiman, Yusuf, Zakaria, Yahya, Ilyas, Alyasa', Luth, Hud, Saleh, ZulKifli, Syuaib, Idris, Muhammad Saw.

S : Siapakah satu-satunya nama wanita yang disebut namanya dalam al-Quran?
J : Maryam binti Imran.

S : Siapakah satu-satunya nama Sahabat yang disebut namanya dalam al-Quran?
J : Zaid bin Haritsah. Rujuk dlm surah Al Ahzab ayat 37.

S : Apakah nama Surah yang tanpa Basmalah?
J : Surah at-Tawbah.

S : Apakah nama Surah yg memiliki dua Basmalah?
J : Surah al-Naml.

S : Apakah nama Surah yang bernilai seperempat al-Quran?
J : Surah al-Kafirun.

S : Apakah nama Surah yang bernilai sepertiga al-Quran?
J : Surah al-Ikhlas

S : Apakah nama Surah yang menyelamatkan dari siksa Qubur?
J : Surah al-Mulk

S : Apakah nama Surah yg apabila dibaca pada hari Jum'at akan menerangi sepanjang minggu ?
J : Surah al-Khafi

S : Apakah ayat yang paling Agung dan dlm Surah apa?
J : Ayat Kursi, dlm Surah al-Baqarah ayat No.255

S : Apakah nama Surah yang paling Agung dan berapa jumlah ayatnya ?
J : Surah al-Fatihah, tujuh ayat.

S : Apakah ayat yg paling bijak dan dlm surah apa?
J : Firman Allah Swt :" Barang siapa yg melakukan kebaikan sebesar biji sawi ia akan lihat, Barang siapa melakukan kejahatan sebesar biji sawi ia akan lihat.. (Surah al-Zalzalah ayat 7-8)

S : Apakah nama Surah yg ada dua sajdahnya ?
J : Surah al-Haj ayat 18 dan ayat 77.

S : Pada kata apakah pertengahan al-Quran itu di Surah apa ? ayat no Berapa ?
J : وليتلطف Surah al-Kahfi ayat No. 19.

S : Ayat apakah bila dibaca setiap habis Solat Fardhu dpt mengantarkannya masuk ke dalam surga ?
J : Ayat Kursi.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sbyk 31 kali dlm satu Surah dan di Surah apa ?
J : Ayat فبأي آلاء ربكما تكذبانِ ) pada Surah al-Rahman.

S : Ayat apakah yg diulang-ulang sebanyak 10 kali dlm satu Surah dan di surah apa ? Apakah ayat ini ada juga disebut dlm surah lainnya? Di Surah apa ?
J : Ayat ( ويل يومئذ للمكذبين ) pada Surah al-Mursalat, juga ada dlm Surah al-Muthafifin ayat No. 10.

S : Apakah Ayat terpanjang dlm al-Quran ? pada Surah apa? Ayat berapa?
J : Ayat No 282 Surah al-Baqarah.



Sila kongsi supaya semua orang tahu. Semoga Bermanfaat!!

Cara Ajar Kenal Hijaiyah

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Perkongsian daripada Puan Sarah Ibrahim

Bahan:

1. DIY Alphabet Board
2. Flashcards

ajar hijaiyah

kenal hijaiyah

Arahan:

1. Board yang digunakan adalah kotak frame yang digunakan semula.
2. Tampal kertas-kertas warna dan tulis huruf satu persatu. Akhir sekali, saya tutup semua huruf dengan selotape besar supaya kalis air dan tidak boleh dikoyakkan.
3. Flashcard pula adalah poster besar huruf hijaiyah yang saya beli di kedai. Saya potong ikut huruf, lubangkan di hujung atas belah kanan dan pasang ring. (Modal di bawah RM5 sahaja)

Cara guna:

Tunjuk dan sebutkan huruf pada flashcard dan minta anak carikan di board. Bila sudah jumpa, tanya semula itu huruf apa. Buat setiap hari. InshaAllah lagi cepat ingat dari guna flashcard sahaja tanpa board. Kadang2 anak sendiri yang ambil flashcard tu dan cari huruf sendiri di board.

homeschooling hijaiyah

ajar hijaiyah

 Anak Puan Sarah baru berusia 2 tahun.

Selamat Mencuba!

Aktiviti Hijaiyah Paling Mudah

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Aktiviti Hijaiyah Paling Mudah

Perkongsian daripada Azizun Aziz

Bahan:

1. Kertas A4
2. Kertas Keras



Aktiviti Auni bermain huruf hijaiyah.



Teknik yang diajarkan: "Saya terus ajar dia bunyi. If dia keliru baru saya terangkan. Contoh: ini lam baris bawah bunyi li. Ini lam baris depan bunyi lu. Ulang beberapa kali sampai dia dapat beza"

Awesome!!!

Anda rasa aktiviti menarik, share di wall facebook anda.

Thursday, October 15, 2015

Set Furqan Rangsang Penglihatan Bayi

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Rangsangan Mata Bayi

Pernah terfikir bagaimana bayi melihat? Adakah ianya sama seperti manusia dewasa ataupun tidak? Ataupun pernahkan anda terfikir bagaimana cara meransang penglihatan mata mereka secara efektif? Jika ya, teruskan membaca penulisan oleh Prof Madya Dr Haliza Abdul Mutalib, Pakar Optometris & Prof Madya, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penggunaan penglihatan secara maksima adalah penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Bayi dan kanak-kanak berpenglihatan baik akan didapati lebih cepat penggunaan koordinasi mata dan anggota seperti berjalan, duduk dan menari. Sebaliknya bagi kanak-kanak yang tidak dirangsang penglihatannya boleh menyebabkan ianya lambat berjalan dan sukar mencapai objek.

Cara paling mudah dan efektif untuk merangsang penglihatan bayi adalah dengan bermain dengannya. Adalah penting untuk bermain dan berinteraksi  dengan bayi dan kanak-kanak  dengan menggunakan mainan yang bersesuaian dengan umur bayi.

Telah menjadi lumrah, salah satu persediaan utama untuk menyambut kedatangan bayi adalah dengan mewarnakan bilik tidur bayi atau nurseri dengan warna-warna terang dan garang seperti merah, kuning, hijau dan sebagainya.

Begitu juga dengan barangan-barangan bayi seperti katil dan mainan-mainannya akan dipilih dengan pelbagai warna. Tetapi adakah ini akan memberi stimulasi maksima pada penglihatan bayi anda?

Peka Warna Hitam Putih

Warna dan corak hitam & putih adalah material yang paling mudah untuk dilihat oleh bayi yang baru lahir. Semakin umurnya meningkat barulah bayi pandai membezakan tona-tona warna hitam dan putih sebelum mula dapat menilai warna-warna lain disekelilingnya.



Warna-warna lain juga mampu dilihat oleh bayi sewaktu lahir tetapi untuk membezakan setiap warna mengikut tona adalah sukar kerana reseptor kon di retina masih belum matang sepenuhnya. Walaubagaimanpun penglihatan bayi boleh berkembang sangat cepat, dalam tempoh yang singkat.

Pada usia 2 bulan, bayi sudah boleh membeza banyak warna. Oleh itu jangan hanya tayangkan semua objek dan mainan berwarna putih dan hitam sahaja pada bayi kerana anda mungkin membantutkan pula stimulasi penglihatannya pada warna-warna lain.

Bayi yang baru lahir akan lebih gemar melihat garisan sisi berkontrast tinggi seperti bentuk wajah atau garisan rambut dan wajah. Ketika berusia 2 bulan barulah bayi mula melihat mata, hidung dan mulut  ibubapanya. Dan tidak menghairankan jika ketika berusia 5 bulan, bayi sudah pandai membezakan wajah ibubapanya dengan orang asing.

Kredit: Prof Madya Haliza Mutalib

Set Furqan Membantu Stimulasi Penglihatan Bayi Anda

Disebabkan penglihatan bayi masih terlalu ‘muda’, bayi lebih senang melihat warna dan corak yang mempunyai kontras tinggi seperti warna hitam dan putih. Warna dan corak hitam putih berkontras setinggi 100% yang ditayangkan dihadapan bayi akan menarik perhatiannya berbanding dengan satu objek yang berwarna warni.
e

Oleh itu, penglihatan sebagai salah satu panca indera yang memerlukan stimulasi rangsangan untuk mencerdaskan minda anak.

Tahukah Anda?
Wajah ibu adalah objek yang paling disukai bayi untuk menarik perhatian, bentuknya, gerakkannya, dan suaranya.

Bagi yang berminat untuk dapatkan set furqan ini, boleh hubungi:
Whatsapp: 019-3134144
Fanpage: MyBabyCanRead
Telegram: 019-3134144

Sunday, October 11, 2015

Tips Penjagaan Flash Felt Hijaiyah

Posted by Siti Mazlita | 0 comments
Bagi ibu yang mempunyai flash felt hijaiyah, disini dilampirkan tips penjagaan flash felt hijaiyah supaya ia boleh tahan lebih lama dan boleh digunakan beberapa generasi anak.


1. Basuh apabila kotor. Flash felt boleh dibasuh dengan tangan dan sabun. Elakkan daripada membasuh menggunakan berus. Tetapi adalah lebih baik supaya flash tersebut dibasuh pada bahagian yang kotor sahaja memandangkan terdapat 2 bahagian yang mempunyai material besi; di bahagian lubang dan ball chain. Pastikan kedua-dua bahagian ini tidak terkena air untuk mengelakkan ia berkarat.


2. Jangan masukkan ke dalam mesin basuh supaya flash felt tahan lama

3. Jika terdapat kedutan di bahagian felt, anda boleh iron felt tersebut pada tahap kepanasan yang sederhana

4. Bagi mengelakkan huruf hijaiyah tercabut, ia juga boleh diiron supaya ia kekal melekat pada kain felt.





Gambar bawah merupakan flash felt hijaiyah milik saya (penulis) yang bertahan sudah 3tahun. Alhamdulillah



Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)