Bismillah

|
Bismillahirrahmannirrahim
Syukur Alhamdulillah...



Akhirnya Allah memberi izin untuk saya menulis di blog ini walaupun kewujudan blog ini boleh diibaratkan seperti cebisan skru di gerabak keretapi yang sangat panjang. Walaupun ia bukan entiti yang besar kepada perubahan tetapi mungkin boleh menjadi pengubat kerinduan bagi yang mencari ilmu untuk hati dan jiwa ke arah melahirkan generasi Qur'an yang bergerak dan unik dalam kehidupan seharian seorang Muslim terutamanya kepada diri saya dan keluarga. Skop blog ini juga tertumpu kepada dunia pendidikan anak-anak yang perlu dididik dengan acuan al-Qur'an dan sunnah. Tambahan lagi, alhamdulillah, zaman kini, ibubapa sudah didedahkan dengan ilmu pendidikan anak-anak khususnya penekanan dalam mengajar anak membaca al-Qur'an sejak lahir lagi malahan ada juga sejak kandungan lagi. Oleh itu, penulisan ini boleh jadi daripada perkongsian saya sendiri dan sebahagiannya daripada sumber yang sahih yang boleh dikongsi untuk bacaan bersama. Saya berharap kewujudan blog ini dapat memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain disamping menyampaikan misi dan visi "Merintis Generasi Quran Yang Unik" dalan skop kekeluargaan.




Untuk merintis generasi Qur'an yang unik sepertimana yang dinukilkan oleh Sayid Qutb dalam bukunya Tafsir FiDzilalil Qur'an bukanlah sesuatu yang mudah malah mengambil masa yang sangat lama dan panjang. Misi dan visi ini adalah tanggungjawab yang sangat berat yang sepatutnya digalas oleh setiap individu Muslim yang bergelar khalifah. Pada dasarnya, saya bukanlah orang yang layak dan pakar untuk menulis bidang ini, tetapi keinginan untuk berkongsi dan menyimpan ilmu yang bernilai ini yang diperolehi daripada pakar dan pengamal pendidikan kanak-kanak disamping menjadi rujukan saya pada masa yang diperlukan.

My Baby Can Read


Falsafah penubuhan My Baby Can Read ini bermula daripada cetusan idea untuk mengajar anak saya untuk membaca al-Qur'an sejak daripada usia yang paling awal. Kebiasaannya, perasaan dan naluri setiap ibu mesti akan mencari dan memberi sesuatu yang terbaik untuk anak, begitu juga saya. Saya mencari-cari bahan secara serius untuk mengajar anak ketika anak saya berusia 9 bulan. Sedangkan pada masa itu, 2010 trend dan kekurangan bahan bacaan untuk bayi amat terhad.

Dalam usaha pencarian tersebut, saya terjumpa produk luar negara, Brillkids di mana modulnya disusun berdasarkan teori Glenn Domann. Kebetulan pada masa itu, Brillkids menawarkan 2minggu percubaan pertama sebelum pembelian. Setelah itu, saya nekad untuk mengajarkan anak saya seperti mana yang disarankan oleh Brillkids; 2kali sehari. Saya lakukan selepas balik kerja, petang dan malam. Saya hanya perlu pasangkan slide powerpoint yang diberikan selama 2-3 minit sahaja. Dan Alhamdulillah, teori tersebut berkesan selepas 2minggu. Bagaimana saya katakan ia berkesan? Kerana setiap kali saya flashkan perkataan, anak saya akan menunjukkan action bagi setiap perkataan yang dilihat.

Mommy boleh baca selanjutnya di entry yang berkaitan dalam blog ini. Sangat teruja. Tambahan lagi, apabila melihat beberapa perkongsian ibu yang berjaya mengajar anak mereka membaca pada usia yang paling awal.



Itu kisah perjalanan saya 5 tahun yang lalu. Memang untuk mencari bahan membaca untuk bayi amat sukar apatah lagi mencari bahan untuk mengajar al-Qur'an. Berbeza dengan sekarang, lambakan bahan dan produk menjadikan ibubapa terdedah dengan pendidikan seawal yang mungkin. Tiada istilah terlambat dalam mendidik anak-anak.Rentetan daripada itu, kesedaran ibubapa meningkat dan pada pandangan peribadi, misi untuk membina generasi Qur'an yang unik bukan lagi sesuatu yang mustahil. INSHAALLAH!!




MARI KITA SAMA-SAMA BERDOA SEMOGA ANAK-ANAK KITA MENJADI ANAK YANG SOLEH DAN HAMBA YANG TAAT BERTAQWA...AMEEEN!

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)