Friday, October 7, 2016

Flash Felt My Baby Can Read x Omar & Hana

Posted by tenangnow | 0 comments

Adakah anda pertama kali melihat

FLASH FELT HIJAIYAH? 


Jika YA, anda adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang bertuah kerana
kami akan memperkenalkan kepada anda

SOFTBOOK HIJAIYAH PERTAMA DI MALAYSIA
yang menggunakan material kain "felt' yang berkualiti khusus untuk anak-anak yang berumur
3bulan hingga 5tahun.



==============================================================


 Assalamualaikum ibu, mama, ayah, baba,

Di kesempatan ini, kami nak "share" sikit tentang teknik flash dan sedikit sebanyak mengenai pendidikan awal kanak-kanak dan diharapkan ia memberi manfaat dan boleh dikongsikan kepada yang lain. Terima kasih kerana memilih untuk membaca, teruskan pembacaan anda ...

Terlebih dahulu, kami ingin ucapkan 

KERANA... 
ツ Anda merancang untuk didik anak menjadi anak yang bijak Qur'an
 ツ Anda bersemangat mengajar anak anda!
 ツ Anda mencari bahan bantu mengajar yang mesra bayi
 ツ Anda mencari permainan supaya anak anda tidak leka dengan gajet
 ツ Anda mahu anak anda pandai membaca dari awal lagi
 ツ Anda mahu anak anda cerdik dan pintar
 ツ Anda mahu anak anda pandai berbicara
ツ Anda mahu anak anda TERBAIK segalanya!

TETAPI ADAKAH ANDA SEDANG FIKIRKAN...

✘ bagaimana nak ajar anak membaca Qur'an sejak bayi
✘ apakah teknik yang berkesan untuk anak anda belajar
✘ apakah alat bantu ajar yang mesra bayi dan selamat untuk digunakan
✘ bagaimana nak jadikan anak anda aktif dan suka kepada Qur'an
✘  yang mana satu perlu diajar, ABC atau ALIF BA TA


JIKA ANDA BERFIKIR TENTANG PERKARA DI ATAS, ANDA PERLU RASA RISAU DAN PERLU MENCARI SOLUSINYA SEKARANG!

JOM TONTON VIDEO INI SEBAGAI PENGENALAN

Cara Didik Anak Belajar al-Qur'an

(Rakaman ini baru sahaja disiarkan pada Hari Nuzul Qur'an baru-baru ini, September 2016)


Kenapa IbuBapa Perlu Ajar Quran Guna Flash Felt Hijaiyah ini?

Hakikatnya tiada istilah mengajar bagi ibubapa atau belajar bagi usia bayi dan kanak-kanak di bawah 5 tahun kerana fitrah kehidupan mereka pada usia ini adalah bermain. Oleh itu, pendekatan secara efektif adalah pembelajaran secara bermain "play-based education"  berbanding pembelajaran secara bersistem atau terlalu serius.

Sebenarnya otak kanak-kanak sudah sangat bersedia untuk menerima apa-apa pelajaran sejak lahir. Otaknya pada waktu ini ibarat sponge yang amat mudah menyerap air jika diletakkan di air. Mengikut kajian sains, pada umur 2 tahun, kapasiti otak kanak-kanak adalah menyamai 80% otak dewasa. Kanak-kanak semuanya sama. Yang membuat mereka berbeza adalah didikan yang kita dedahkan pada mereka pada waktu usia kritikal ini.  

Menurut Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah menyatakan bahawa al-Quran itu perlu dipelajari dan dibaca oleh kanak-kanak pada peringkat awal lagi, kerana membaca al-Quran akan menanamkan benih-benih keimanan ke dalam jiwa kanak-kanak. Yusuf al-Qardawi juga menegaskan di antara manfaat membaca al-Quran pada usia kanak-kanak adalah, ianya dapat meluruskan lidah, membaca huruf dengan tepat, dan mengucapkannya sesuai dengan makhraj huruf. 

 TAHUKAH ANDA TEKNIK FLASH ADALAH TEKNIK YANG PALING BERKESAN UNTUK MENGAJAR ANAK MEMBACA?

Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.

Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.

Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.

Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan dengan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.

Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui perkataan atau gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.

INOVASI FLASHCARD KEPADA FLASH FELT

Berdasarkan teori dan eksperimen di atas, maka flash card boleh diinovasikan kepada flash felt di mana ia masih menggunakan konsep yang sama tetapi menggunakan material kain yang lebih tahan lama, tidak mudah koyak, boleh dibasuh, ringan, tahan lasak, boleh dipegang bayi malah boleh digigit untuk memberi rangsangan sentuhan.

KENAPA ANAK ANDA SUKA MEMBACA DENGAN KAEDAH FLASH INI?


Interaksi antara ibubapa dan anak
Suasana happy dan interaksi dengan anak-anak mewujudkan rasa kasih sayang seterusnya dapat menghadkan penggunaan gajet, ipad, tablet, tv dikalangan ibubapa sendiri. Jika ibubapa selalu bermain dengan gajet yang ada, anak juga akan meniru sikap ibubapa apabila mereka besar nanti. Di samping pembelajaran al-Quran adalah lebih baik daripada ibubapa sendiri sepertimana Rasulullah telah memulakan pembelajaran al-Quran dirumah baginda sendiri, kemudian baru baginda mengajar alQuran di rumah al-Arqam abi al-Arqam.

Rangsangan Sentuhan
Anak anda boleh merasa setiap bentuk huruf di flash felt hijaiyah. Anak anda boleh melakar dan pendedahan menulis boleh diterapkan dengan membuat gerakan tangan pada setiap bentuk huruf yang timbul di flash felt. 

Visual Metod
Dalam mengajar anak yang usia kanak-kank, kita perlu menggabungkan deria penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Dalam sistem flashcard manual seperti flash felt hijaiyyah ini, ia telah menggabungkan kesemua deria anak untuk bertindakbalas dan merangsang otak mereka. Anak anda akan melihat, mendengar, membuat kelakuan/tindakan seperti mana apa yang dilihat dan didengar dan dalam waktu yang sama menyentuh/merasa sesuatu melalui pergerakan yang dibuat. Oleh itu, anak akan lebih cepat faham dan belajar setiap perkataan yang dilihat dan didengar. Di dalam Al-Qur'an disebut: "Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Al-A'raf : 204)

Speech Theraphy 
Jika anak anda mempunyai masalah pelat bercakap, salah satu cara untuk mengurangkan masalah pelat yang dialami adalah dengan mengajar membaca al-Quran. MEnurut pakar, bagi anak yang mempunyai maslaah pelat, ibubapa perlu bercakap dan menyebut dengan bulat dan jelas. Oleh itu, al-Quran adalah therapy yang terbaik kerana al-Quran perlu disebut dengan betul (makhraj huruf) dan jelas ketika mengajarnya. Inshaallah masalah pelat akan hilang secara berperingkat

Warna-warni
Melalui flash felt ini juga, anak anda mudah dirangsang dengan warna yang sangat menarik. Bagi anak yang berusia 3bulan pertama, bayi lebih senang melihat warna dan corak yang mempunyai kontras tinggi seperti warna hitam dan putih. Warna dan corak hitam & putih berkontras setinggi 100% yang ditayangkan dihadapan bayi adalah material yang paling mudah untuk dilihat dan akan menarik perhatian bayi. Semakin umurnya meningkat barulah bayi pandai membezakan tona-tona warna hitam dan putih sebelum mula dapat menilai warna-warna lain disekelilingnya. Pada usia 4bulan ke atas, ibubapa boleh mula mengajar menggunakan flash felt yang berwarna warni bagi memberi stimulasi penglihatan kepada warna yang lain pula.

AJAR QURAN ATAU YANG LAIN DULU?

Soalan ini selalu menjadi perbualan dan kekeliruan ibu bapa yang baru mempunyai anak sulung. Dan kami pasti anda masih mencari jawapan yang kukuh supaya anda rasa itu adalah yang terbaik untuk anak anda.

Menurut Imam Al-Ghazali, beliau berpendapat kita perlu mengajar Ilmu al-Quran dahulu kerana ia akan membentuk ilmu naqli kemudian baru ilmu aqli (matematik, sains, geo, dll). Kanak-kanak yang boleh membaca al-Quran pada usia yang awal akan lebih berjaya dalam akhlaqnya, akademiknya, sahsiah dan sebagainya. Kerana ilmu al-Quran itu akan membentuk peribadi dan perkembangan otak yang berbeza dengan ilmu yang lain. 

Abul Hasan al-Mawardi mengingatkan kepada kita tentang pentingnya mengajar al-Quran kepada anak. “Apabila seorang anak sudah mencapai usia pendidikan, maka sudah sepatutnya dimulai dengan mengajar al-Quran bersamaaan dengan bahasa Arab. Sebab, Allah menurunkan al-Quran dengan menggunakan bahasa Arab, menjelaskan syariat dan pelbagai kewajiban dalam agama dengan bahasa Arab. Dengan bahasa Arab juga, Rasulullah s.a.w. menjelaskan sunnah-sunnah beliau. Kitab agama, hikmah, serius, humor juga ditulis dalam bahasa Arab. Surat-surat dan pelbagai dokumen yang Allah jadikan sebagai piagam juga ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana itu, anak-anak ini harus mempelajarinya. Sebab kalau tidak, dia akan menjadi orang yang tidak mengerti tentang urusan agama. Di samping itu, bahasa Arab memiliki pelbagai kelebihan yang tidak dimililki oleh bahasa lain dari segi kefasihan, sastera, kemewahan dalam pengucapan, keelokan dalam pengucapan, pendengaran, kekayaan kosakata, pengimbangan harakat, keseimbangan jumlah huruf dalam kata. 

Bahasa Arab adalah kunci segala ilmu pengetahuan. Semakin luas daya penguasaan anak dalam bahasa Arab maka itu telah menjadi sarana baginya untuk mudah menguasai ilmu pengetahuan apa pun yang dipelajari. Rasululllah s.a.w. memerintahkan untuk mengajarkan anak bahasa ini dan memberi perhatian yang penuh terhadap pertumbuhan anak untuk menguasainya. Di antara besarnya perhatian beliau terhadap bahasa Arab, beliau menerima tebusan tawanan perang Badar dengan mengajarkan baca-tulis bahasa Arab untuk anak-anak kaum Muslimin. Setiap tawanan menebus dirinya sendiri dengan mengajar baca-tulis bahasa Arab kepada 10 orang anak sahabat. Begitulah situasi di mana Rasulullah sangat menitikberatkan dengan pendidikan bahasa Arab ini.

✿ Kelebihan Flash Felt Hijaiyah
=====
✔Terdapat huruf lengkap hijaiyah – huruf di dalam al-Qur’an
✔Menggunakan tulisan Rasm Uthmani seperti mushaf Al-Quran.
✔ Boleh digunakan oleh beberapa genarasi adik beradik jika anda tahu tips penjagaan felt.
✔ Sebagai alat latih tubi teknik pengulangan (tikrar).
✔ Bagus untuk merangsang penglihatan bayi sejak umur 3bulan lagi.
✔Sebagai tools game untuk sight and memory test
✔ Tulisan yang jelas
✔ Bentuk huruf timbul pada setial flash felt
✔Boleh digunakan untuk anak berumur 3 bulan hingga 5tahun
✔ Mudah, senang dan praktikal.
✔ Boleh di bawa ke mana-mana
✔ Boleh dimasukkan dalam handbag anda

 KOLEKSI ANAK YANG HAPPY BERMAIN FLASH FELT











SOALAN YANG SELALU DITANYA

Adakah flash felt ini boleh dibasuh?
Ya, ia boleh dibasuh menggunakan tangan. Hanya gosok dibahagian yang kotor. Ia tidak boleh dibasuh dengan menggunakan mesin basuh.

Berapakah saiz flash felt hijaiyah ini?
Kami mempunyai beberapa koleksi;
1. Set Huruf Hijaiyah / ABC Huruf Besar / ABC Huruf Kecil / Nombor - 8cm x 10cm
2. Set Hijaiyah Baris Atas Rainbow / Set Furqan Baris Atas - 9cm x 11cm

Flash felt ini sesuai untuk anak berapa tahun?
Bagi bayi berumur lahir hingga 3 bulan, kami mencadangkan untuk mengambil set FURQAN BARIS ATAS. Kanak-kanak yang berumur 4bulan hingga 5 tahun, flash felt yang sesuai adalah set huruf hijaiyah, set hijaiyah baris atas, set abc dan set nombor.

Adakah flash felt ini seperti kad imbas yang lain?
Tidak, flash felt ini mempunyai lubang dan eyelet dibucu flash felt supaya ia mudah disimpan dan tidak mudah hilang malah ia boleh digantung mengikut kreativiti masing-masing. Kami menyediakan rantai untuk digantung secara PERCUMA!

Dapatkan Flash Felt Hijaiyah ini Sekarang
dengan harga

RM89.90

RM79.90

RM69.90

-

-

-

-


BUKAN! BUKAN! BUKAN!

Kami Nak BERI ANDA HARGA DISKAUN 
TAWARAN PROMOSI

RM57.90 SAHAJA!!
RM57.90 SAHAJA!!
RM57.90 SAHAJA!!

SAYA YAKIN DENGAN KAEDAH FLASH INI DAN SAYA NAK SATU!

.....................................................................

Tunggu!
 Ada lagi tawaran hebat!

Jika anda beli SET COMBO FLASH FELT HIJAIYAH DENGAN MANA-MANA SET FLASH FELT,

ANDA AKAN HANYA PERLU BAYAR

RM110 SAHAJA!

Kenapa saya tawarkan Set Combo ini?

Set Baris Atas

Mengajar anak membaca adalah perkara subjektif bagi setiap ibu bapa. Tambahan lagi, kini banyak teknik dan metod yang diperkenalkan dan boleh dipilih untuk mengajar anak membaca. Berbanding zaman dahulu, hanya satu kaedah digunakan Alif di atas aa, ba diatas ba dan seterusnya.Untuk mengajar al-Qur'an, ia perlu dieja satu persatu. Tetapi kaedah dahulu sangat jarang digunakan kini. Antara kaedah yang popular sekarang ialah kaedah fonetik (bunyi huruf), A /a/, B.A. ba, C.A. ca.. dan whole word (mengenal dan mengecam perkataan).
Kaedah fonetik adalah kaedah yang paling sesuai dengan bayi dan kanak-kanak kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kajian telah menunjukkan bahawa otak membaca dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau membaca perkataan itu. Ringkasnya, kaedah fonetik ini adalah membunyikan huruf TANPA MENYEBUT HURUF.
Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat.

  Set Baris Atas Rainbow

Set Furqan Baris Atas


SET ABC HURUF BESAR/ HURUF KECIL/ NOMBOR
SET ABC HURUF BESAR


 SET ABC HURUF KECIL

SET NOMBOR


Sebagai akhirnya, ingatlah hadis ini:
 Diriwayatkan oleh Abu Hurairah: "Barang siapa yang belajar al-Quran di masa mudanya, nescaya al-Quran akan bercampur dengan daging dan darahnya. Dan barangsiapa yang belajar al-Quran di masa tuanya dengan kepayahan dan kesusahan namun dia tidak meninggalkannya, maka dia mendapat dua kali pahala.."

UNTUK PEMBELIA ANDA BOLEH BELI TERUS DISINI:

UNTUK MENJADI AGEN DROPSHIP KLIK SINI: 
Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)