Monday, June 6, 2011

Quranic Baby Genius

Posted by tenangnow |
Alhamdulillah, pagi ni umi rasa happy sebab dapat berborak dan share dengan Kak Lina, ibu Darwish dan Darwisya yang selama ni dok belek dan intai-intai cara Kak Lina didik anak...banyak ilmu yang umi dapat walaupun perbualan telefon amat singkat..(kacau kak Lina tengah shopping dengan anak-anak dia..hehe) Umi kononnya nak join program Kak Lina, tp quota dah penuh..sedeh je...huhu..tapi ala kulli hal, hope kita boleh keep in touch..umi perlu banyak lagi belajar daripada orang yang banyak pengalaman dalam mendidik anak nie..I LIKE IT!!

Umi ade tanya beberapa soalan yang umi boleh kongsikan sama-sama di sini:
Secara ringkasnya, apa yang umi boleh kongsikan di sini, Kak Lina secara seriusnya mengajar anaknya ketika berumur 3 tahun, mengajar membaca dan usia 4tahun, darwish /sya boleh membaca dengan lancar...tapi exposure tu memang perlu dimulakan ketika baby lagi...memang apa yang umi kaji dan lihat, pada usia 2tahun ke atas mommy perlu mengambil inisiatif lebih sikit untuk mengajar dan pada waktu ini, anak lebih cepat belajar sebab mereka sudah mula boleh bercakap dan belajar secara "serius"..kapasiti otak mereka juga telah menyamai 80% otak dewasa. tetapi prinsipnya tetap sama, belajar sambil bermain...ibubapa mereka kreatif dengan memahami dunia kanak-kanak adalah bermain. Umi sangat kagum bila darwish telah dididik menghafaz sambil bermain..jom tengok video cute bawah ni..



Bertanya tentang pendapat Kak Lina tentang mengajar ketika usia baby, Kak Lina memang sangat bersetuju supaya usaha mengajar membaca ini perlu diterapkan sejak baby lagi...Jika kita lihat hari pertama lagi baby dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat i.e baby diajar dengan memperdengarkan apa yang kita dengarkan kepada mereka. Oleh itu, kita amat disarankan untuk memperdengarkan selalu ayat-ayat Qur'an kepada baby sebagai salah satu pendidikan al-Qur'an kepada mereka. Untuk anak yang pelat bercakap, Kak Lina juga mencadangkan untuk diajarkan al-Quran kerana ia adalah "speech theraphy" kepada anak. Mengikut pakar, bagi mereka yang mempunyai anak yang pelat, ibubapa perlu bercakap dengan bulat dan jelas kepada mereka selalu. Tetapi, dalam kesibukan kita sekarang sebagai ibubapa yang bekerjaya, selalunya tidak ada masa/ kurang berkesempatan untuk berbuat demikian selalu setiap kali bercakap. Maka, jika ada anak yang pelat, segeralah ajarkan kepada mereka al-Quran kerana al-Qur'an itu perlu dibaca dan disebut dengan betul, maka dalam proses mengajarnya, kita akan menyebut dengan bulat dan jelas, menyebabkan pelat mereka akan hilang secara berperingkat, insyaallah.. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Memberi ilmu ketika kecil laksana melukis di atas batu." (Riwayat al-Baihaqi dan Tabrani)

Berkenaan dengan Little Reader, Kak Lina juga ada menyatakan bahawa alat bantu mengajar ini merupakan salah satu pilihan bagi menggantikan cara tradisional mengajar anak mengaji al-Qur'an. Ia sangat sesuai diajar kepada baby / anak-anak kecil bagi mempercepatkan proses pembelajaran kepada mereka. Kak Lina juga sangat suka pendekatan yang digunakan oleh LR ini dan terpulang kepada ibubapa yang ingin memanfaatkan alat bantu mengajar ini kepada anak-anak mereka... Di bawah ini, adalah video drpd Kak Lina untuk kita jadikan inspirasi dan semangat supaya anak kita mencontohi anak mereka.




p.s Adik comel Darwish dan Darwisha akan mempersembahakan bacaan hafazan mereka di Kediaman YAB Menteri Besar Perak pada 26 Jun ini...bittaufiq wan najah...umi love u all..muahhhs..!!


MENDIDIK JILUL QURAN AL-FARID
"GENERASI AL-QURAN YANG BERGERAK!!!"

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)