Thursday, August 11, 2011

Ramadhan Bulan Al-Qur'an Bulan Membaca Al-Qur'an

Posted by tenangnow |

Alhamdulillah, kini kita selamat berada di bulan Ramadhan al-Mubarak...dalam kesibukan kita mengajar anak-anak membaca, dalam waktu yang sama kita juga perlu menyibukkan diri kita sendiri untuk membaca..Tetapi apa yang istimewa bulan membaca bulan ini adalah bulan membaca al-Qur'an. Dalam bulan ini juga, penerapan yang paling ideal untuk kita sebagai ibubapa menunjukkan role model dan membudayakan trend membaca Al-Qur'an di rumah...


Ramadan adalah bulan al-Quran, bulan yang padanya permulaan diturunkan al-Quran. Dalam bulan ini, diketuk hati kita untuk memberi komitmen yang lebih kepadanya. Maka kita disyariatkan untuk memperbanyakkan amalan membaca al-Quran. Allah berfirman:”Bulan Ramadan, bulan yang padanya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang haq dan yang batil” (Surah al-Baqarah:185)

Al-Qur'an ialah kitab Allah yang penuh dengan keajaiban. Membaca Al-Qur'an walaupun tanpa memahami maknanya merupakan ibadah yang menjanjikan ganjaran besar daripada Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah, maka baginya satu kebaikan. Dan setiap satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda." (Riwayat at-Tirmizi)

Menariknya, ganjaran ini bukan hanya untuk orang yang mahir membaca al-Qur'an.Malah orang yang tidak lancar membaca pun akan turut memdapat pahala. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Orang yang mahir membaca al-Qur'an, ia akan bersama para malaikat yang mulia lagi berbakti. Dan orang yang membacanya tersekat-sekat kerana ada kesukaran dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua pahala."


Banyak hadis dan athar yang menyebut keutamaan membaca tetapi sayangnya kita terlalu sibuk dengan perkara lain sehingga tidak sempat melakukannya. Saidina Uthman bin Affan berkata: "Kalau hati kita bersih, kita tak akan pernah kenyang daripada al-Qur'an. Aku tidak menyukai satu hari yang aku tidak membaca mashaf al-Qur'an padanya." Imam al-Baihaqi berkata selepas meriwayatkan ucapan ini: "Apabila Uthman wafat, mashafnya telah rosak kerana terlalu kerap dibaca.". Sungguh berbeza dengan mashaf di rumah kita. Setelah bertahun-tahun pun, masih nampak baru..mungkin sebab jarang guna atau sayang nak guna.

Nasihat Ustaz Nazri, juri AQ..ibubapa yang tak pandai baca al-Quran jangan malu untuk belajar al-Qur'an terutama di hadapan anak-anak.Sepatutnya kita perlu malu apabila tidak pandai membaca al-Qur'an dan tidak mahu pula untuk cuba mempelajarinya. Jika ada ibubapa yang tidak pandai membaca al-Qur'an, mereka mungkin ingin melihat anak-anak lebih baik daripada mereka. Jika boleh, mereka mahu anak-anak sendiri yang membaca surah Yasin untuk mereka apabila mereka meninggal dunia kelak. Apa yang berlaku sekarang, anak-anak tidak mampu menghadiahkan bacaan Yasin kepada ibubapa mereka. 

Oleh itu, mari kita sama-sama manfaatkan bulan Ramadhan kali ini dengan memperbanyakkan bacaan Al-Qur'an untuk diri sendiri, isteri suami dan anak-anak di samping doa yang tidak pernah putus..



p.s. kalau ade sesiapa mommy yang berminat nk belajar al-Quran dengan Ummi, boleh je..insyaallah..;)

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)