Di kesempatan ini, Ummi ingin berkongsi sedikit apa yang terdapat di dalam buku supaya kita sama-sama boleh manfaatkan dan seterusnya memberi pahala berterusan kepada ummi anak comel ni, Aisyah Hashimee.. barakallahu fik!
Pernah tak kita dengarkan sesuatu pada anak dan dia boleh mengulanginya semula...even kenkadang kita tak ajar pun, tetapi pada satu-satu masa dia boleh mengulangi apa yang pernah didengarinya secara spontan! betul kan? contoh mudah yang ummi alami, adalah..mukhlis boleh mengikut apa yang dihadap dan didengarnya setiap hari sebelum azan maghrib di astro..alunan zikir tu..intentionally mmg nk mengalihkan perhatian dia pada tv dan ummi boleh buat keje apa yang patut...tp alhamdulillah dalam tak sedar, dia telah belajar sesuatu...so itu lah formula dan teorinya...sangat mudah dan senang tetapi sangat susah untuk dibuat..ermm...dari situ, ummi sangat menyimpulkan bahawa benarlah ayat Qur'an yang menyebut tentang 3 panca indera yang disebut serentak..hati, telinga, mata...dr sini timbulah teori VSK dan teori tentang bayi boleh mendengar dari perut ibu..ye..mmg itulah kebenarannya yang telah disebut 1400 kurun yang lalu!!!
Mari kita sama-sama melihat ayat-ayat Allah yang menyebut dengan terang mengenai perkara ini:
1. Surah al-Hajj: 46
"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi sehingga hati (akal) mereka dapat memahami atau telinga mereka dapat mendengar. Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta tetapi yang buta itu adalah mata hati yang ada di dalam dada."
2. Surah al-'Araaf: 179
"Dan sungguh, akan Kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat Qur'an dan memilki mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka memilki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka seperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi."
3. Surah al-'Araaf: 195
" Apakah mereka (berhala) mempunyai kaki untuk berjalan atau tangan untuk memegang dengan keras atau mempunyai mata untuk melihat atau mempunyai mata untuk mendengar?"
4. Surah az-Zumar: 18
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama) mereka itulah orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."
Selain dari tue, adakah mommy tahu baby dan anak-anak kita memang suka pada nyanyian...ummi rasa bukan setakat baby bahkan remaja, ibu, orang tua pun suka menyanyi. Kita boleh tengok berapa ramai kanak-kanak yang baru 2-3 tahun dah pandai menyanyi lagu...tak kira la lagu ape pun..pernah dulu ummi tengok youtube seorang kanak-kanak perempuan yang sangat comel menyanyi lagu anuar zain siap dengan gaya lagi..cuba teka berapa umur dia...cakap pun tak betol lagi...hehe..cute kan??
Al-Qur'an pun diturunkan dengan nyanyian dan lengkok bahasa yang sangat unik...dan sememangnya anak memang suka kalau diterapkan dari kecil. Kita tengok pula kanank-kanak yang menyanyi ayat Qur'an. Video ini adalah anak aisyah yang berusia 2tahun tp dah boleh menghafaz surah ar-rahman!!
Oleh yang demikian, kita sendiri boleh berfikir dan membenarkan bahawa pancaindera telinga mempunyai kuasa yang sangat besar kepada anak-anak kita. Dari situ juga, kita dapat menilai kenapa Allah memberi 2 telinga satu mata dan satu mulut. Ayuh kita mengambil pengajaran ini untuk terus diamalkan untuk anak-anak kita. Beli vcd atau cd zikir atau surah pendek al-Qur'an yang boleh dijadikan bahan dan perdengarkan ayat-ayat tersebut setiap hari dan sekerap mungkin..dalam kereta on the way nak hantar ke nursery atau taska, bermain, melompat, ketika hendak tidur dan sebagainya. Banyak inisiatif yang kita boleh ambil dalam dunia zaman moden ni untuk mereka dimanfaatkan hanya dengan proses mendengar...maka tiada alasan untuk kita mulakan untuk memanfaatkan deria telinga ini dengan sebaiknya.
Sekali lagi terima kasih banyak-banyak kepada Ummi Aisyah kerana sudi berkongsi pengalaman dan ilmu disamping memberi motivasi dan semangat kepada ummi untuk terus berusaha dan memberi yang terbaik untuk anak-anak. Sebagai seorang ibu, semua yang nak dibuat mesti terbaik untuk anak-anak!!! Semoga Allah mempermudahkan urusan segalanya...ameeeen
0 comments:
Post a Comment