Thursday, April 14, 2011

Hak Anak Dalam Belajar

Posted by tenangnow |
Ingat lagi entry yang lepas umi ada sebut tentang ayat Surah an-Nahl:78 yang bermaksud..

Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur

Nabi Muhammad s.a.w telah meletakkan basic bahawa waktu kanak-kanak adalah waktu belajar dan waktu menuntut ilmu. Dalam hadis juga ada disebut " Menuntut ilmu itu adalah kewajipan bagi setiap Muslim" oleh itu tidak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa, means ibu bapa juga perlu untuk menuntut ilmu kerana ia merupakan ibadah dan digunakan oleh seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya. Oleh kerana itu juga, masa kanak-kanak adalah masa yang paling bagus dan subur untuk pembentukan ilmu dan pemikiran mereka. Hadis lain menyebut:

Permisalan orang yang menuntut ilmu di masa kecilnya seperti pahatan di atas batu dan permisalan orang yang menuntut ilmu di masa tuanya seperi orang yang menulis di atas air


Hadis ini disebut oleh Ibnu Abidin dan kemudian dia katakan, 
Aku lupa apa yang aku pelajari di masa tua
tetapi aku tidak pernah lupa pelajaranku di waktu muda
tidaklah ilmu selain belajar di masa kecil 
dan tidaklah ketenangan selain belajar di waktu dewasa
ilmu setelah beruban hanyalah keserampangan 
yang mengisi hati, pendengaran dan penglihatan setiap orang 
andai sang guru membelah dada di waktu kecil
dia akan melihat di sana ilmu seperti terpahat di atas batu
manusia hanya memiliki dua hal: akal dan bicara
barang siapa yang kehilangan ini dan ini, bererti dia telah binasa
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

"Barang siapa yang belajar al-Quran di masa mudanya, nescaya al-Quran akan bercampur dengan daging dan darahnya. Dan barangsiapa yang belajar al-Quran di masa tuanya dengan kepayahan dan kesusahan namun dia tidak meninggalkannya, maka dia mendapat dua kali pahala.."

Diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

"Barangsiapa yang dapat menghafal al-Quran sebelum mencapai usia baligh, maka dia termasuk orang yang mendapat hikmah di masa kecilnya."

Sudah cukup dengan beberapa bukti al-Quran dan hadis di atas menyatakan bahawa anak yang belajar di usia mudanya akan memiliki pengaruh yang cukup kuat dalam perkembangan ilmu, menjadikan mereka kuat ingatan malah sanggup menghadapi bebanan menuntut ilmu apabila dewasa nanti...

Adaptasi daripada buku: Prophetic Parenting

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)