Tuesday, May 17, 2011

Bila sepatutnya mengajar anak?

Posted by tenangnow |
Beberapa hari yang lalu, umi ada terbaca tentang pendidikan awal kanak-kanak di blog, (surirumahtangga.blogspot.) mengupas tentang 'bila sepatutnya mengajar anak?" Umi copy paste artikel tersebut untuk kita sama-sama berfikir dan boleh share idea..

*********************************

"Sebenarnya dua hari lepas, semasa menonton perbincangan dalam rancangan "Al-Nafs wal Hayah", Dr Tarek Habeeb, pakar psikologi Islam (berasaskan Islamisasi Ilm), ada menyebut tentang perkara ini. Namun penjelasan beliau berkaitan dengan memupuk kasih sayang. Beliau menegaskan bahawa "tidak boleh mengajar kanak-kanak membaca sebelum berumur 7 tahun, begitu juga tidak boleh menyuruh mereka menghafal quran dan ilmu-ilmu lain."

Ini kerana peringkat ini sepatutnya kanak-kanak diberikan sepenuh kasih sayang serta diberi sepenuh kebebasan untuk memiliki dan meluahkan perasaan kasih terhadap keluarga dan alam sekeliling mereka. Setelah berumur 7 tahun ajarlah apa-apa yang kita ingin ajar mereka. Bagi beliau terlalu cepat mengajar anak-anak akan menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi apabila besar nanti. Jadi saya teringat pelbagai kisah anak-anak genius di Malaysia yang ditimpa pelbagai masalah ketika besar. Mungkin itulah masalah yang diperkatakan oleh pakar psikologi itu. Begitulah sedikit idea beliau, yang banyak berasaskan sunnah Rasulullah s.a.w.

Jadi saya terfikir, rupa-rupanya ada juga orang lain yang berfikiran begini. Apakah yang sepatutnya kita amalkan? Maklumlah 2 orang anak saya dah belajar sebelum 7 tahun, ketika berada di Educare UIA, ikut sistem educare, manakala 2orang lagi agak lambat, ketika mereka masuk darjah satu. Memang ade perbezaan antara mereka. Teringat juga ketika berbincang dengan Dr Ulaahun (mengajar pendidikan anak-anak), beliau juga menegaskan agar kita memberi sepenuh kebebasan kepada anak-anak ketika berumur di bawah 7 tahun. Begitu juga tentang mendidik anak solat. Apabila membaca buku-buku ulama Arab, memang disebut agar mula mengajar ketika anak berumur 7 tahun. Kesemua mereka berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. : "Ajarkanlah anak-anakmu solat ketika berumur 7 tahun...". Di samping itu juga,saya juga terpengaruh dengan kata-kata Saidina Ali yang membahagikan pendidikan anak-anak kepada 3 bahagian, 7 tahun pertama diberi sepenuh kasih sayang, 7 tahun kedua didisiplinkan dan 7 tahun ketiga dijadikan kawan.".




***********************************


My 2 cents comment tentang artikel di atas:

Setiap ibu bapa mempunyai cara didikan anak yang tersendiri. Dengan teknologi moden yang ada kini, pelbagai cara dan metod yang digunakan untuk memberikan didikan dan pembelajaran kepada anak-anak, memandangkan dunia sekarang menyaksikan saingan anak-anak yang bijak dan "advance". Umi rasa ramai yang setuju dengan kenyataan ini...kalau dulu, mana ada exam di tadika, tapi sekarang sistem tadika juga perlu kepada peperiksaan. "kecik-kecik lagi dah tension dengan exam, umi rasa masa usia tu, umi masih seronok lagi dengan dunia kanak-kanak..bermain!!" hehe...dan sedikit sebanyak sistem juga menyebabkan ibubapa terpaksa mengambil inisiatif mengajar anak dengan lebih awal, kaaan??

Tentang perkara ini, wallahu'alam...umi sendiri tiada jawapan yang pasti..kita semua perlu belajar dari orang yang berpengalaman, belajar juga dari ibu mithali yang berjaya membentuk dan melahirkan anak yang soleh solehah musleh muslehah..tetapi pengalaman mereka itu sebagai guideline untuk kita mendidik anak mengikut rentak dan waqi' kita sendiri namun masih mengikut acuan Quran dan sunnah. Kepelbagaian cara mendidik itu terpulang kepada masing-masing asalkan acuan itu masih sama. Setiap anak yang dilahirkan tidak sama dengan yang lain, masing-masing mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri...maka tiada salah jika kita menggunakan apa cara dan teknik sekalipun asalkan niat dan matlamat kita untuk mendidik anak sebagai ibadah dan amanah itu dipikul dengan sebaiknya. Usaha dan ikhtiar kita untuk melakukan sesuatu yang terbaik itu insyaallah akan diganjari dengan pahala yang berlipatkali ganda insyaalllah..dengan doa dan munajat yang berterusan....

Oleh itu jika matlamat kita jelas, persoalan untuk mendidik anak pada usia yang paling awal lagi tidak timbul, bila mana pendidikan itu dengan penuh kasih sayang, seronok, gembira, happy happy go lucky, maka ia sama sekali tidak menjejaskan kebebasan anak untuk bermain dan mereka boleh menjelajah dunia kanak-kanak mereka secara ter"pimpin". Secara tidak langsung jugam jika kita mendidik mereka pada usia awla lagi, mereka akan terdedah dengan suasana/biah yang baik..contoh budaya membaca ( tak kira la buku ke, majalah, quran lebih-lebih lagi..kaan..?) then kita boleh mencipta permainan yang mendidik melalui interaksi dengan alam dan benda sekeliling mereka..so mereka pasti akan enjoy..makanya, ia pendidikan itu tidak terhad kepada pendidikan formal atau terlalu formal...;)




Last but not least, perkara yang sangat penting bagi ibubapa ialah "konsisten"..bagaimana nak menjadikan anak-anak kita ini konsisten "bijak" dan konsisten "cerdik"nya sehingga dewasa. Ada juga setengah kanak-kanak bijak pada usia awalnya tetapi berlaku kemunduran apabila mencecah usia sekolah menengah dan universiti. Pendeknya kita perlu memastikan mereka ini bijak dan cerdik di dunia dan bijak cerdik di akhirat.Umi pernah mendengar satu ungkapan.."ibubapa ini mendidik tetapi keputusan itu hanya mutlak di tangan Allah". Jika kita lihat di luar sana, tidak dinafikan ada ibubapa yang mendidik dan memberi yang terbaik kepada anak-anak, tetapi apakan daya, pendidikan anak itu berakhir dengan bukan sesuatu yang diharapkan...so anak ini adalah amanah Allah, kita sebagai hamba hanya mampu berusaha dan berikhtiar dengan sebaiknya berbekalkan doa dan tawakkal, insyaallah, semoga Allah sentiasa merahmati usaha kita semua..ameeen... fikir-fikirkanlah..



0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)