Dulu masa kita menjadi anak, belum menjadi seorang ibu, mungkin kita belum merasai aura dan naluri seorang ibu..tapi setelah menggelar ibu, maka baru kita tahu hakikat dan perasaan sebenar menjadi seorang ibu...
- Seorang ibu tidak pernah berhenti mengingati anaknya, itulah hakikatnya kerana ibu yang mengandungkan anak selama 9bulan...
- Seorang ibu sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya, kerana kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan ibu juga..
- Seorang ibu tidak pernah mendoakan sesuatu yang buruk berlaku pada anaknya, kerana ibu tahu doa ibu itu makbul
- Seorang ibu akan menitiskan air mata bila anaknya bahagia dan berduka, kerana ibu akan menangis kegembiraan bila melihat kebahagiaan anaknya dan juga akan menangis kesedihan bila melihat anaknya berduka...
- Seorang ibu sentiasa berharap dan berdoa agar anaknya menjadi anak yang soleh, taat kepada Allah, bahagia dan dirahmati di dunia dan akhirat..(ameen!)
- Seorang ibu tidak pernah berharap wang ringgit daripada anaknya, hanya mengharapkan kasih sayang daripada seorang suami dan anak
0 comments:
Post a Comment