Monday, May 16, 2011

Kasih Sayang Dalam Mendidik

Posted by tenangnow |
Bila kita sebut tentang kasih sayang, dari mana datangnya kasih dan sayang itu...tentunya ia satu soalan yang susah untuk dijawab..memang payah untuk kita jejak di mana sayang itu.

Umumnya mungkin kita boleh kata, sayang itu datang dari hati. tapi hati itu di sini..nak kata jantung, bukan juga... hakikatnya ia adalah satu perasaan halus yang ada dalam sanubari manusia. Rasa semulajadi yang mana boleh menyuntik rasa bahagia, tenang dan gembira. Inilah nikmat yang Allah beri, khususnya kita sebagai ibubapa..rasa kasih dan sayang itulah yang mendorong kita untuk mendidik dan membesarkan mereka dengan cara yang terbaik. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Bukanlah termasuk golongan kami seseorang yang tidak menyayangi anak-anak kecil dan tidak menghormati orang yang lebih tua." Oleh itu, daripada kata-kata yang pendek ini, kita boleh simpulkan kaedah yang paling berkesan dan efektif dalam pendidikan adalah pendekatan kasih sayang. Sebab kasih sayang memiliki daya tarikan yang sangat unik, mengubah jiwa yang keras kepada jiwa yang lembut...Jom kita tengok, apa kata survey tentang kasih sayang daripada perspecktif anak-anak kita:


  • "Kasih sayang ialah bila kita melakukan aktiviti bersama-sama." ~ Siraj (sewaktu berusia 7 tahun)
  • "Kasih sayang ialah apabila dua orang dewasa berkahwin, mempunyai anak dan hidup bahagia selamanya."  (Syarif, 10 tahun)
  • "Bila kita kasih dan sayang kepada seseorang, kita mengambil berat tentang dirinya dan berkongsi apa jua dengannya." (Safi, 12 tahun)
  • "Saya merasa diri saya disayangi apabila Ayah atau Ummi memeluk atau memuji saya." (Alia, 15 tahun)
Begitulah apa yang anak-anak rasa tentang kasih sayang. Mereka mengaitkan kasih sayang itu dengan sesuatu perbuatan yang membuatkan mereka merasa seronok, gembira dan tenang. Apabila mereka mengalami dan cukup kasih dan sayang daripada ibu bapa, mereka mudah menerima sesuatu didikan dan pembelajaran, malah pembentukan emosi dan akhlaq juga mudah dibentuk. Perasaan benci atau marah jauh sekali ada jika kasih sayang ini menebal dalam jiwa ibu dan bapa kepada anak-anak. Malah sifat memberi maaf dan belajar untuk memaafkan kepada anak-anak menjadi satu tradisi kerana cabaran mendidik ini adalah suatu yang memerlukan kepada kesabaran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab dan amanah yang besar pada Allah....


Naluri kasih sayang dan peranannya dalam pendidikan anak-anak

Kasih sayang ini sangat berperanan dalam 3 keadaan:

USAHA MENDIDIK YANG MENYERONOKKAN.

Allah menjadikan kasih sayang ini supaya ibubapa merasa seronok dalam usaha mendidik anak-anak. Sambil girang menimang baby, mommy boleh mengacah baby dengan berunsurkan didikan tarbawi, sambil mendodoikan baby, mommy boleh menyanyi nasyid atau zikir yang boleh membangkitkan jiwa, sambil bergurau senda, mommy boleh menerapkan nilai membantu dan kerjasama, taat, sopan, dosa pahala dan sebagainya, pendeknya bermacam-macam cara atau medan untuk kita didik anak dengan penuh kasih sayang.

Malangnya, sekarang umi tengok ibu bapa mengambil mudah tentang perkara ini, sehingga sangat mudah bagi mommy mengeluarkan kata-kata marah dan herdikan kepada anak-anak. Sedangkan pada usia ini , mereka sedang belajar dari setiap sudut dan segi yang perlukan kepada bimbingan dan tunjuk ajar daripada ibubapa. Tiada salahnya jika anak membuat kesilapan, maka ibubapa menegur dengan cara yang baik, bukan dengan memarahi dan meleter mereka dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Umi kenkadang rasa sedih dan tertanya-tanya, kenapa nilai kasih sayang itu masih kurang dalam jiwa ibubapa yang mendidik, dan umi pasti mungkin mommy telah puas memarahi anak, ada sekelumit rasa kekesalan di dalam lubuk hati mommy, tetapi perkara itu sudah berlaku, dan anak-anak telah belajar sesuatu tentang perkara yang tidak sepatutnya mereka belajar. Maka para ibu/mommy, pupuklah dalam jiwa itu nilai kasih sayang yang Allah telah beri dan manfaatkanlah ia sebaiknya.  



MENCIPTA TABAH DAN GIGIH DALAM MENDIDIK
 
Kadang-kadang ibu dan bapa terasa letih mendidik anak. Nasihat demi nasihat. Pesanan demi pesanan. Teguran demi teguran. Tapi anak tetap tidak endahkan. Di sinilah perlunya ibu bapa mengubah naluri kasih sayang tadi kepada kesabaran dan kegigihan yang tidak kunjung henti. Pandanglah air muka anak-anak. Belai mereka tika berkomunikasi. Luahkan rasa sayang dan harapan. Teruskan usaha mendidik itu secara berterusan dengan penuh kesabaran.  Yakinlah dengan kuasa kasih sayang itu mampu mengubah perasaan dan emosi anak-anak kita.

MENDORONG PENGORBANAN

Pengorbanan yang lahir dari kasih yang ini dapat membina momentum semangat dalam mendidik anak. Bagi ibubapa, biarlah masa, kudrat empat kerat, wang mencurah-curah, bahkan nyawa dikorbankan, asalkan anak-anak menjadi manusia yang berjaya. Bahkan sejuta keperitan dan penderitaan mampu diharungi dengan tabah semata-mata untuk membesarkan dan mendidik anak. Allah s.w.t. tentunya tidak akan membiarkan hambanya begitu sahaja. Allah menjamin rahmatnya kepada ibubapa yang mengasihi dan merahmati anak-anaknya.

Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. katanya: Seorang wanita telah datang kepada Sayyidatina Aisyah r.a. Maka Aisyah memberikan kepadanya tiga biji kurma. Kemudian, wanita itu memberikan dua biji kurma kepada dua orang anaknya. Sebiji lagi dipegang untuk dirinya. Setelah kedua-dua anak itu selesai makan kurma masing-masing, mereka pun meminta kurma yang masih ada di tangan ibunya. Lalu si ibu membahagikan kurma itu kepada dua, lantas memberikan kepada setiap seorang anaknya sebelah kurma. Apabila datang Rasulullah s.a.w. maka Aisyah menceritakan hal itu kepada Baginda. Lalu Baginda pun bersabda kepada Aisyah: “Kenapa pula adinda hairan dengan apa yang berlaku itu? Sebenarnya Allah telah merahmati si ibu itu sebagaimana dia merahmati anak-anaknya.”


Tegasnya, naluri kasih sayang itu adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak. Bahkan hakikatnya, kasih kepada anak itu berakar umbi daripada kasih, sayang serta rahmah Allah Azzawajalla.

Umi Sayang Mukhlis...Muah..muah..;)
waktu ni umur brp ye..tak ingat dah umi..mbe dlm 5-6 kot!

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)