"If intelligence is the ability to learn, then babies are born geniuses"
USIA EMAS
Baby mempunyai potensi untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari, oleh itu ibubapa perlu mengambil inisiatif untuk melihat betapa mudahnya dan senangnya baby belajar.
Proses mengajar bayi anda untuk membaca adalah tidak memakan masa yang lama,hanya 10-15 minit setiap hari. Yang penting anda perlu disiplin dan konsisten dalam mengajar sekurang-kurangnya 2kali sehari. Anda perlu memiliki sesi dengan bayi anda setiap hari pada waktu yang tetap. Oleh itu, bayi anda akan terbiasa dengan sesi yang sama pada setiap hari.
BABY SANGAT SUKA UNTUK BELAJAR
Memandangkan pada usia ini, mereka belum lagi dibebani dengan kerja sekolah, kuiz, peperiksaan, maka masa mereka dipenuhi dengan mainan dan belajar. Bagi mereka, belajar itu adalah sesuatu yang menyeronokkan!!
MENGAJAR TIDAK PERLU KEPADA PAKSAAN
Kita adalah guru terbaik kepada baby kita. Dengan kasih dan sayang melalui pembelajaran, sudah tentu amat mudah untuk mereka belajar. Ibu bapa juga tidak perlu tertekan untuk memastikan membaca dan mempunyai target yang tinggi kerana mereka akan belajar dengan sendirinya jika dibantu dan diajar dengan happy dan suasana yang gembira...
BERMAIN ADALAH UTAMA
Ibubapa perlu menjadikan waktu membaca juga adalah seperti waktu bermain. Mereka pasti seronok bermain dengan memegang, explore dan melihat sesuatu yang baru.
RELAX & HAVE FUN!!
Elakkan daripada mempunyai target atau matlamat yang tinggi. Pastikan hubungan rapat dengan baby anda semakin romantis dan secara automatik, baby anda akan belajar sesuatu daripada apa yang dia rasa, lihat dan perhati.
Mudahkan..!!!
0 comments:
Post a Comment