Thursday, March 3, 2011

Little Reader & Al-Quran

Posted by tenangnow |
"Timang tinggi-tinggi sampai cucur atap, belum tumbuh gigi dah pandai baca Kitab"


Pantun ni zaman dulu-dulu lagi kita dengar kan..? orang tua-tua memang suka sangat nyanyi lagu ni masa nak tidurkan baby. Tapi apa significantnya pantun ni? Kalau kita tengok maksud pantun ni, orang dulu pun percaya dan yakin baby yang takde gigi tu pun boleh pandai baca Kitab, maksudnya al-Quran laaa..apatal lagi kita zaman teknologi mcm-mcm ni, bukan setakat Quran kita boleh ajar, bahasa lain dan subjek pun kita boleh ajar..

Menyingkap sejarah membaca ni, dalam Islam kita digalakkan untuk mengajar anak membaca pada usia awal, terutamanya membaca al-Quran. Kalau kita masih blur-blur dan pening lagi, tak percaya tengok baby boleh membaca, cuba kita tengok Imam Syafie sudah menghafaz 30 juzuk pada umur 7tahun, maknanya beliau sudah mula membaca pada usia 2 tahun..sebab family Imam Syafie telah berhijrah ke Mekah pada usia 2 tahun. Kemudian beliau menghafaz kitab al-Muwatta', Imam Malik ketika umurnya 10 tahun. Pada sesiapa yang pernah tengok, belek dan belajar kitab Muwatta' ni mesti salute abes la...umi sendiri yang belajar kitab ni pun pening-pening nak faham, apatah lagi nak hafal..Masyaallah!!! Then, sape lagi tokoh Islam yang sudah menghafal al-Quran sejak kanak-kanak; Imam as-Sayuti, Ibn Sina, malah ramai lagi....Allah telah menyebut dalam Quran, "Dan sesungguhnya Kami mudahkan al-Quran itu untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pengajaran.." (Surah al-Qamar, ayat 13)

Kebiasaannya dan mengikut fitrah alam, kanak-kanak yang boleh membaca al-Quran pasti akan lebih success dalam pelajaran, tingkah laku pun baik, happy selalu dan lebih tenang..Kerana al-Quran yang mereka belajar bukan sahaja merupakan mukjizat dan perlembagaan hidup yang sangat agung, malah berperanan sebagai sumber dan asas kepada semua ilmu dan kemahiran yang lain seperti bahasa English, Cina, Matematik, Sains dan sebagainya. Oleh itu, dengan Little Reader, kita boleh manfaatkan system dan mendowload file yang sesuai untuk mengajar baby membaca al-Quran. Mana yang sudah memiliki software LR, boleh cari author Nellie dan share file surah al-Quran dengan beliau.

Peringkat awal kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan cepat, sama ada dari segi intelek, jasmani mahupun rohani. Baby tiak akan berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan menjiwai setiap apa yang dia belajar. (Mukhlis sekarang ni, tersangat sensitif dan cikgu dia kata Mukhlis sangat manja kat sekolah, hobi dia suka melanding2 kat badan dan kaki....kot dia tgk kat umah orang suka melanding2..hehe..)  Inilah masa yang sesuai untuk mengajar, merangsang dan mendidik. Mengajar mereka ini seolah-olah mengukir di atas batu...

Antara penemuan dan fakta penting yang telah ditemui oleh pelbagai pakar pendidikan awal kanak-kanak, mereka telah mengenalpasti peringkat ini merupakan peringkat yang paling penting untuk merangsang dan meningkatkan keupayaan otak dan minda agar menjadi lebih cekap dan bijak melalui pelbagai bentuk rangsangan.

Salah seorang pakar yang banyak membuat kajian dan percubaan terhadap kecerdasan kanak-kanak adalah Dr Glenn Doman. Antaranya:
  • Tiada ahli sains yang dapat mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik.
  • BKanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  • Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima rangsangan pendengaran dan percakapan. (Sangat-sangat betul...mukhlis suka sangat bercakap, tapi cakap bahasa baby la...ummi tak faham lagi..)
  • Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca juga pada masa kanak-kanak itu dapat bercakap. Kaedah rangsangan mata dan telinga ini telah digunakan oleh LR untuk memastikan baby cepat membaca dan bercakap.
  • IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsang pada peringkat ini dan tidak berkesan lagi bila dirangsang selepas peringkat ini.
  • Apa yang tidak diperolehi semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila mereka besar kelak.
  • Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak pada apa yang didapatinya semasa baby.
Oleh itu, melalui kajian ini, pakar kanak-kanak amat menyarankan supaya kita memulakan pendidikan seawal yang mungkin. Kita perlu memahami proses pembelajaran baby yang berkesan melalui rangsangan, belaian sentuhan dan sebagainya sebagaimana yang telah dicipta oleh Brillkids dengan mengutamakan "bonding time" antara ibu dan baby semasa belajar.

Kemampuan baby membaca pada usia yang awal tidak datang dengan sendirinya, kita sendiri yang perlu mencipta suasana dan persekitaran membaca bermula dari rumah.

BE THE BEST TEACHER AT HOME TODAY!!





0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen / cadangan / pertanyaan anda di sini:
*
*
*
*

Visitor

Nak tanya..?

LR's Blogger

Followers

 

My Blog List

Designed by Miss Rinda | Inspirated by Cebong Ipiet | Image by DragonArtz | Author by mybabycanread :)